You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Sunday, February 26, 2012

Kem Puteri Solehah.

Semalam we have a camp called Kem Puteri Solehah hosted by Tun Hasan College. The camp is so worth it. We even dont have to spend a single cent on it. Sangat membuka mata untuk aku. Ya, aku tahu yang tak semestinya lepas dengar ceramah gedegang gedebum tu terus kena berubah jadi alim sebab kita manusia perlukan masa. Yang paling penting adalah hati. Buat apa berubah jadi lebih baik kalau hati tak ikhlas kan?


Penceramah tu cakap 'Jatuh cinta tu lumrah. Seandainya awak sekarang ni biasa tengok lelaki yang handsome macho, insyaallah awak akan dapat suami yang bila dengan awak pun dia jeling perempuan lain. Sekiranya awak biasa bertepuk tampar dengan lelaki macam benda tu perkara biasa, isyaallah akan dapat suami yang biasa bertepuk tampar dengan perempuan lain jugak'. Ini pesan untuk diri aku jugak since aku suka tengok lelaki macho handsome bergaya semua kann?


Kem tu ajar aku untuk sangat sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur sebab masih bernafas, bersyukur sebab sihat walafiat, bersyukur untuk semuanya. Terlalu banyak kalau aku nak tuliskan satu persatu. Pokoknya, aku sangat bersyukur. Terima kasih Ya Allah, terima kasih yang tidak terhingga! Penceramah tu pesan doa kita belum tentu makbul, doa orang lain sebenarnya lebih penting. Sebab itu sangat penting untuk orang mendoakan kesejahteraan kita. *Untungnya awak, sebab awak selalu ada dalam doa saya :) Btw, penceramah siap kira budget kahwin kitorang and sum up semua, it costs RM 45,200. Tercengang aku hoii! Baru semalam aku sedar yang nak kahwin ni mahal gila :0




So bakal-bakal suami diluar sana, kumpul duit dari sekarang ye? Hehe

Much love, parents (:

I sent this text to Walid and Umi yesterday at 3.58pm.


'Ucapan terima kasih kakak untuk apa yang umi walid dah buat untuk kakak takkan pernah cukup. Takkan pernah terhenti. I love you both :)'


Walid reply ' I Love You More'. Comel kan walid itewww? HAHA

Umi tak reply pun but I dont mind sebab aku kenal sangat umi tu. Kalau bab nangis nangis peluk cium touching touching I Love You ni, memang umi tak layan. Not that umi tak sayang or apa cuma itu memang nature umi. Dia tak suka sedih sedih berjiwang ni semua. Tapi dia sayang semua.

Saturday, February 25, 2012

Let me be honest.

Kecelaruan emosi should be right word I guess. That moment bila kau rasa kau lonely gila, rasa macam takda orang pun pedulikan kau. Bukan maknanya family kau tak amik kesah or your friends tak ambil kesah, no! Not that! Its the feeling of rasa nak ada orang care pasal kau. I might sounds desperate here but that is reality. I found this somewhere in Tumblr, it says 'The worst thing in the world isn't being alone, it's being surrounded by people that make you feel like you're alone'. That is so true.


I'm okay with this status. Well is it okay? Haha yes, I'm okay. But when it surrounded by people yang tak single, haa mulalah perasaan rasa diri tu forever alone datang menjelma. Mimi ada Shidie. Nabilah ada Ewan. Nazhirah ada Acap. Aku? That is not the question actually. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. But as a human being, aku perlukan masa. Masa untuk sesuaikan diri dengan status ini, keadaan ini, rasa ini. Percaya tak yang aku automatically akan down bila Nabilah had her lunch with Ewan or Mimi talking to the phone with Shidie. Not because Im jealous, it just that forever-alone-feeling. Lame kan? Okay, boo me! My bestfriend took almost one year untuk betul-betul lupakan her ex. And its not even one year for me after the break-up. Tolonglah jangan fikir yang aku tak mencuba. Aku dah cuba sehabis baik untuk lupakan dia tapi tak boleh!


When it comes to him, memang lain. Kalau dia cakap kasar sikit dengan aku, aku rasa nak nangis dah padahal benda bukan matter sangat pun. Dia bukan marah plus cakap kasar yang gila gila punya, no! Cuma kasar nak dibandingkan dengan sebelum nilah. Aku selalu fikir yang aku akan sangat bahagia kalau kitorang macam dulu. Even Rafaa sendiri cakap when I'm in a relationship dulu, dia boleh nampak yang aku happy sangat. Allah knows how I feel back then. Its worth it. Mulut cakap lain tapi hati rasa lain. 


Aku pernah jugak rasa yang lebih baik aku tak kenal kau and tak pernah kenal kau. Supaya aku takda rasa sayang kat kau, supaya aku tak menangis disebabkan kau, supaya takda airmata yang keluar sebab kau dan hati aku pun tak sakit. Tapi bila fikir balik, aku bertuah sangat dapat kenal kau. Sebab kau satu-satunya yang layan kerenah aku, merajuk aku, ego aku. Kau sayang aku untuk diri aku. Kau care pasal aku. Kau satu-satunya yang dengar segala cerita aku. Kau yang sanggup call semata-mata nak dengar suara aku, nak berborak dengan aku. Kau adalah orang yang aku tak kekok nak cerita rahsia aku. Kau satu-satunya yang mengalah and minta maaf even terang-terangan itu memang salah aku. Tapi kau minta maaf sebab kau tak suka kita gaduh. Aku bukan tulis macamni sebab aku tahu kau akan baca. Aku takda masa nak mengampu orang. Aku cakap benda ni sebab aku maksudkan semua yang aku tulis ni.


Aku pernah cakap kat Rafaa and Diela- kalau kau couple dengan orang lain, aku adalah manusia yang paling jealous tengok kau dengan girlfie baru kau tu. Sebab apa? Sebab aku tahu cara kau layan perempuan. Cara kau value orang yang kau sayang. Nak diikutkan memang kau bukan jenis yang baik sangat, senang cerita perangai kau memang bukan taste aku lah. Dengan lepaknya, snookernya, smokingnya. Tapi entah. Aku tak kesah pun semua tu sebab kau cakap kau nak berubah. Aku boleh tunggu kau berubah tapi itu dululah. Sekarang tunggu pun takda guna sebab kita dah takda apa-apa.


Tapi sampai sekarang, memang aku tak bersedia nak buka hati aku untuk orang lain. Bukan maknanya kau masih ada peluang, cuma aku belum lupa macammana kau sayang aku, macammana kau buat aku rasa. Aku belum lupa. Yayaya! Aku tak move on kan? Memang pun! Memang aku tak move on. So? Even kat sini, hari-hari aku sebut nama kau. Farid itu Farid ini, agaknya Ekin dengan Mimi dah bosan dengar aku asyik cerita pasal kau je hari-hari. Mana taknya, bila Mimi cerita pasal Shidie yang Shidie ni makan lambat la apa la, aku boleh relax je cerita 'Kalau Farid dia makan 10 mins macamtu je then dia tak suka orang kacau dia kalau dia tengah makan'. Haa nampak sangat sangat sangat tak move on kan? 


Aku tak pernah lupakan kau. Walau macammana teruk pun aku layan kau, aku tak reply text kau, aku tak angkat bila kau call, itu semua aku buat supaya kau benci aku. Supaya kau berhenti mencuba dan berhenti menunggu. Nama kau selalu ada dalam doa aku. Doa supaya kau berubah and supaya Allah selalu lindungi kau. Saya sayang awak, Mohammad Farid Salehan. Dan macam saya pernah cakap kalau awak sayang saya, awak tahu apa awak kena buat.


*Menahan airmata daripada turun masa tulis entri ni.

Thursday, February 23, 2012

Maskot Tun Hasan (:


Saja je, nak jugak masuk gambar kennnnnnnn? Pfft!



Ada lelaki yang boleh jawab soalan ni?

Macammana lelaki tu nak jaga awak dan cintai awak sepenuhnya kalau nak jaga diri sendiri dan buat perkara wajib pun payah?

Thursday, February 16, 2012

Two weeks left before final.

There's so much things running on my head right now. Minggu ni busy gila dengan Open College, kereta berhias, FAR test and so much more. Rasa macam 24 hours tu  tak mencukupi. Ni semua for the sake of nak dapat kolej sem depan. Kang tak active tak dapat duduk kolej, dah susahkan mak ayah pulak nak cari rumah sewa bagai.


Bercakap pasal FAR, ahad ni ada test which involving Final Account. And aku tak tahu apa apa. Aku tak tahu macammana nak describe. Cuak nak mampus kot! Rasa pointless je pergi class FAR for several hours every week tapi tak pernah nak faham. Tipulah kalau aku cakap aku tak faham satu benda pun. Ada yang aku faham tapi terlampau sikit. Contoh macam kau nak bawak kereta tapi kau hanya pandai start enjin je, macam tulah aku. Apa yang aku faham tu takkan dapat markah banyak punn. Kalau cakap pasal FAR aku mesti sedih. Setiap kali nak belajar FAR dalam bilik, my roomates terangkan yang I have to bukak account this and that. Then I asked them back 'How?'. Bila dia suruh bukak account tu, aku boleh tanya macammana? Can you imagine? Then my roomates explain this and that, aku dah give up sebab aku tak faham dia tengah cakap pasal apa. And aku tutup buku and study benda lain. 


Carry marks aku untuk FAR adalah yang paling teruk aku rasa. Aku rasa aku boleh buat cuma entah. Aku kena study sendiri dulu, baca je apa yang ada. My friends kat sini always bagi semangat yang diorang akan tolong aku. My bestfriend, Rafaa pun ada cakap pasal her friends yang manage to succeed masa final even carry marks dia teruk. Sincerely, cerita tu yang jadi pembakar semangat aku. Kalau orang tu boleh buat, aku pun boleh. Cuma kena struggle sikit lah. Masa test haritu pun, malam tu study macam orang gila kott. Nana and Ekin yang ajarkan semua benda dalam masa berapa jam je. Credit kat diorang sebab walaupun aku failed, aku bangga sebab aku lagi sikit je nak lulus. And aku jawab test tu atas usaha aku sendiri. Aku bangga.


Kalau tengok nota FAR aku, kemas gila. Semua assignments yang lecturer tu bagi, aku buat. Neatly pulak tu. Tulis pakai pen padahal kalau tengok budak budak lain, assignment diorang macam conteng-conteng kat kertas je. Nak tanya dari mana aku tahu buat semua assignments tu? Aku meniru orang. I always managed to dapatkan assignments from orang lain yang dah siap and copy them all. Daripada aku tak buat langsung, baik aku tiru. At least bila aku dah faham nanti, aku boleh refer balik kat assignment tu and know how they get the answer. Aku sangat takut untuk terima hakikat yang final is just around the corner. Aku taknak musnahkan harapan Umi Walid. Aku taknak jadi contoh yang tak berguna untuk adik-adik. Nanti diorang fikir yang aku ni kakak tak boleh pakai.


I'm doing this for the sake of my Umi. Umi yang pilih course ni untuk aku because she knows apa yang terbaik untuk anak dia. Aku tak kesah, aku ikut je. No! Umi tak pernah paksa aku to study this and get good grades. Umi terima apa je result aku nanti. Umi takkan marah. So, aku akan cuba buat sehabis baik untuk buktikan yang pilihan Umi tak salah. Its never to late kann? And one more thing, Allah hanya bagi dugaan yang kita mampu hadapi. If Allah bagi kita kesusahan, Allah jugak akan tolong kita keluar dari kesusahan tu. Aku percaya tu.

L O V E (23)

Carilah lelaki yang menyintai kau lebih dari kau menyintai dia kerana lelaki macam ni akan sentiasa fikirkan diri kau lebih dari dia fikir diri dia sendiri.

#Dont get me wrong. Aku jumpa ni kat twitter.

Wednesday, February 8, 2012

Ketika cinta berputik, adakah kau jodohku?


K, Najah propa lebih tajuk entry dia. Kahkah

Semalam sebenarnya ada ceramah pasal tajuk kat atas tu. Tetamu yang diundang ialah juara Ustazah Pilihan, Ustazah Firus Akhtar. And also our very own Ustaz Asri Abdullah merangkap SDO Tun Hasan punya husband. Cakap pasal topik ni je, memang berduyun siswa siswi datang. Sampai tak cukup kerusi, yang baru habis class pukul 10 pun bantai datang jugak. Sebab tajuk hangat punya pasal.

Dalam ceramah tu ada montaj. And soalan dalam montaj tu berbunyi 'Pernah tak bercinta? Kalau pernah dengan siapa? Perasaan masa bercinta? Perlu ke bercinta sebelum kahwin?'. Biar aku jawab untuk diri aku sendiri. First, yes aku pernah bercinta. Dengan you-know-who. Perasaan masa bercinta ni bahagia sangat. Please minus the gaduh gaduh part bcause that is normal lah dalam percintaan. Perasaan bila kita sayang someone, kita care pasal dia and so do him. Bahagia kann? And bukan senang nak buat orang sayang kita or kita sayang orang tu sebab at first dia tu strangers untuk kita then bila kita dah sayang suka cinta and what not kat dia, dia dah jadi someone important untuk kita kan? And untuk soalan perlu ke bercinta sebelum kahwin, ini terpulang pada individu sebab if for me, aku no hal. Sebab Ustazah Firus cakap kalau kita tak berkenalan dengan dia macammana kita nak tahu perangai dia semua kan. BUT! Perkenalan tu mesti berlandaskan Islam lah.

Ustaz Asri pulak kata cinta ni macam kita makan gula-gula. Bila orang tanya kita macammana rasa manisnya gula-gula tu, kita tak dapat describe macammana rasanya tapi yang kita tahu gula-gula tu manis. So hanya orang yang rasa kemanisan gula-gula tu, yang makan gula-gula tu je yang tahu apa rasanya. Cinta ni subjektif. Cinta ni unik. Setiap orang mempunyai definisi yang berlainan tentang cinta. Kalau untuk aku personally, aku fikir perasaan sayang itu jauh lebih penting berbanding cinta. Cinta macam kita mudah jatuh cinta but if perasaan sayang susah nak lahir, susah nak wujud. Contoh macam kawan aku kat tuition dulu, H**** and K***. Si lelaki ni suka kat my friend ni and sayang kat dia. Tapi si perempuan ni takda perasaan apa pun kat Si Lelaki ni. Tapi Si Lelaki ni wat lek je, siap redha perempuan tu couple dengan orang lain. Tapi macammana pusing pun, lelaki tu still mention yang dia tak pernah semudah itu nak lupakan perempuan ni. Itu sebab apa? Sebab sayang.  Kalau cinta ni, dia boleh je pergi cari perempuan lain yang beribu-ribu lemon kat luar sana tu.

Ustaz pesan kaum Hawa kena memilih sekarang ni. Kena buat wishlist nak lelaki yang macammana. Aku akan buat in my next entry. Dalam hidup ni kita kena pandai bezakan yang utama dengan yang pertama. Yang pertama mesti family kan. Dan yang utama adalah keperluan diri kita sendiri contoh macam pelajaran. Memang takda orang pun or dalil yang cakap couple tu haram cuma kita kena pandai bawak diri. Ini ustazah yang cakap ikut cara Islam and all. Kalau boleh, aku hanya nak kahwin sekali je sampai ke syurga :) Aku always ingat perempuan yang baik untuk lelaki yang baik so aku akan cuba jadi perempuan yang baik supaya aku dapat lelaki yang baik. 

Bak kata Ustaz Don, kalau perempuan tu teruk dan dan nak kahwinkan dengan orang alim, ustaz supaya konon nanti boleh bimbing boleh betulkan apa yang salah. Eh tak larat nak betulkan dahhh! Ustazah pesan kita tak payah risau tak payah runsing. Buat kerja kita, go with the flow, stay pretty nanti adalah lelaki yang usha. Haha tak blah Ustazah Firus pesan macamni! Over all, ceramah was fun. Ketawa terbahak-bahak and sangat bermanfaat. Islam ni sangat indah, tolonglah hargainya. Siapa tak reti hargai Islam, dia bodoh!


Cinta tu satu fitrah kerana cinta adalah anugerah agung Allah untuk semua hambaNya. Cinta boleh buat orang yang lemah menjadi kuat dan orang yang kuat menjadi lemah.
Lagu blog dah tukar btw. Hehe tukar mood looking forward so mood jadi happy xD

Saturday, February 4, 2012

.


L O V E (22)


SO TRUE.

Kahwin.

Tajuk tak boleh nak kontroversi lagi ke hoii? -..-

 Act, bcause of Meera is getting married soon, I cant wait to see it. Aku sangat sangat happy untuk Meera. Rasa macam aku yang excited overloaded nak kahwin jugak. Hehe. My roomates and also Rafaa, Diela knows that aku tak sabar nak kahwin. Aku tak kesah kalau bercinta lepas kahwin. Aku lagi prefer macamtu.

Entah kenapa malam ni, aku pergi bukak Youtube and google semua video kahwin, nikah and also pre-wedding. Bajet macam dah nak kahwin dalam masa terdekat ni and nak cari videographer paling best ah? Blahh, puii! But seriously aku tengok semua video tu. Memang cun habis derr. Nipun baru je lepas habis marathon video tu semua. Why dont you all take a look at this on Youtube?

- Majlis Persandingan Tomok & Ayu by CST Production
- Zarith (Ira Era FM) & Shazril Love Story/ Save The Date Film
- Saya taknak jumpa awak lagi!!! by CST Production
- Highlight Majlis Pernikahan Amalin & Firdaus *sambungan saya taknak jumpa awak lagi*
- Kamal & Nora- Save The Date
- Save The Date Tomok & Ayu by CST Production
- Nabil & Zira- Save The Date *high-tech sungguh

L O V E (21)

Tuhan menjadikan kita berbeza-beza tapi Tuhan jadikan cinta supaya kita bersatu. Wanita jangan dibilang dia cantik, tapi bilanglah dia dengan sangat cantik. Wanita dijadikan atas nama cinta, kalau kita cari pasti jumpa. Tapi jumpa yang macam mana, kita yang buat pilihan.