You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Thursday, March 29, 2012

Hati ini nak meluahkan, mulut ini nak berkata-kata.

Tapi belum masanya lagi. Tunggu bila masanya dah tiba, amik kau! Menyesal nanti kenal perempuan macam aku. Sorry bro.

Wednesday, March 28, 2012

Laili Farhana sangat sweet!

'The heart, thats exactly their job. Pretending everythings fine by moving on. We live for that because thats life. So just hold on there. You gonna be just fine insyaallah :)'

-Laili Farhana Ibrahim

Tuesday, March 27, 2012

My Umi is so sweet yknoww.



Umi sekarang bagi nasihat kat facebook terus tau. Haa jangan main main. Thank you Umi. I LOVE YOU!

Sunday, March 25, 2012

A man.


And nak proposed tu guna cara yang lain dari yang lain. Kalau setakat mintak couple through call or text je, apa barang? Purposed depan Kelly's Castle ke depan Pantai Puteri ke, baru akan ingat sampai bila-bila. Tak pun macam Awal proposed Scha, nak menangis aku tengokk. Sweet GI-LA!


Friday, March 23, 2012

Thursday, March 22, 2012

Aizat Abd's blog.

http://www.eijatabdullah.blogspot.com/2012/03/kau-banyak-mengajar-aku-erti-cinta.html

*Copy paste jelah, benda ni tak boleh link pulak dah =,=


Masih ada rupanya jejaka idaman malaya macamni. Jejaka yang jadi idaman gadis sedunia. Haha mana jejaka saya? Oh takda. Kbye.

Wednesday, March 21, 2012


Hati ini kosong. Eh bukan hati ini sedih. Eh bukan. Erghh! Entah. Now Diela is in relationship with someone, I am so happy for you babe. Serious talk. After all this while you've been single and now he proposed you infront of the Kelly Castle, THAT IS INSANE! I mean like I'm so jealous beyonds word. So its left with me and Rafaa. Okay, ada siapa berkenan? Tinggalkan number handphone anda :p But Rafaa is happy with her life now. Family and friends. Maybe because of she have been get used to it.

Rafaa pun sekarang macam ada something something je dengan Bruno Mahh. Apa cer? Yelah yelah, hmmm. Memang aku jelah yang forever alone. Takpe takpe, aku tahu ini semua untuk kebaikan. Kalau kita buat baik kat orang, Allah akan balas kebaikan kita kann? :') Sabar je. The time will come, with the right person and best reason. Aminn.

Aku bantai pulak pergi baca blog Aizat Abd. Laaaaaagilah insecure datang berganda-ganda. Sweet gila dia tulis pasal gadis(awek) dia tu, maka beruntunglah dikau wahai Fatin amende entah nama dia. Kalian, hati ini perlukan masa. Masa untuk ia setuju melupakan semua perasaan yang ada. Jadi kalian harus faham yang aku telah melakukan yang terbaik, telah membina tembok seteguh mungkin dan telah mencanakkan egoku naik tinggi menggunung. Tapi hati ini masalahnya.

Jadi kalian semua jika ini masa kalian hargailah sepenuhnya, berbahagialah sepenuhnya. Aku mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Buat kau, hargai hidup kau sebaiknya. Hargai peluang yang ada depan mata. Aku takkan berada disisi kau selamanya. Jadi fikir dan berusahalah untuk kepentingan masa depanmu sendiri. Jangan mudah berputus asa dengan keadaan yang sukar. Terimalah keadaan itu dan jangan berfikiran pendek. Buat keputusan untuk jangka panjang. Kau perlu ada motivasi untuk diri kau sendiri, semangat yang datang dari diri kau sendiri. Aku akan selalu mendoakanmu, insyaAllah. Ingat, Allah hanya tolong orang yang menolong dirinya sendiri. Maaf andai kata kata ini buat kau terasa ke apa. Aku takda niat lain selain inginkan yang terbaik untuk kau. Assalamualaikum.

Saturday, March 17, 2012

Alor Gajah Sentral.

Bertolak from UiTM to Alor Gajah Sentral lebih kurang pukul 12 macamtu. Had our lunch kat restoran biasa tu yang penuh dengan abang abang kerja Honda tu. Then lepas settlekan perut, gerak pergi AG Sentral. Dekat je pun so jalan kaki je. Me with Ekin, kembar and also Mimi. Tapi Mimi naik bas lain so Ekin, kembar and me balik Klang dengan bas yang sama. Go Transnasional! xD


Sesampai je kitorang kat AG Sentral tu mulalah mata melilau carik tempat duduk kerana kalau nak berdiri memang lama lagi lah bas nak sampai kan. So dapat kerusi kosong and kitorang pun duduk tanpa buang masa lagi. Kebetulan depan kerusi Mimi tu betul-betul depan kerusi Mimi tu ada this one couple. Boyfie and girlfie. Sweet gila nak mamp! Guess what they are doing? Awek tu punya kepala relax je lentok kat leher lelaki tu. And ada one moment bila muka awek tu kat leher lelaki tu macam err EUW! Like seriously malulah sikit, tempat awam kot. Yang si lelaki budiman tu dengan tak pergi solat Jumaat, nak buat drama porno pulak kat situ. Yes, you heard me! MELAYU! Dah lama lepas tu diorang blah mungkin nak cari bilik kott. Pfft! -..-


Kerja aku kat situ adalah melihat gelagat orang lain. Ini kisah meruntun jiwa aku. Ada seorang budak syndrome-down not budak actually tapi macam dah dewasa je. Cause we cant tell their age kalau syndrome-down ni kann. Budak ni dengan mak dia. Selalunya aku takut dengan orang macamni sebab dia main tegur je sesiapa yang dia nak tegur, itu yang macam takut. Tapi budak ni tidak, dia duduk diam and perhatikan orang yang lalu lalang. Entah apa yang bermain difikirannya. Nampak macam orang Melaka, mungkin baru balik dari bandar. Aku perhatikan budak ni, sungguh!


Lalu ada satu bas MaraLiner berhenti di stesen dan penumpang pun naik. Maka bangunlah Si Ibu tadi sambil mengajak anaknya yang syndrome-down itu pulang ke rumah. Sampai diluar pintu kaca, Si Ibu tadi memujuk anak ini untuk naik bas tu tapi anak ini enggan. Si Ibu pujuk lagi dengan mengatakan 'Jika kita sampai rumah nanti, boleh tidur rehat' tetapi anak ini tetap enggan. Si Ibu ikutkan kata anak ini lalu masuk kembali ke dalam dan mencari tempat duduk. Rupanya anak ini mahu naik bas yang lain bukan MaraLiner. Tabahnya kau wahai Si Ibu. Syurga tempatnya :')


Setelah menunggu beberapa minit, bas Panorama pun sampai di stesen. Sebijik macam bas RapidKL tu kalau kat sini. Bas tu kan cool! Attractive je colour and design dia, itu yang budak tadi nak sangat naik bas ni. Setelah itu barulah mereka dua beranak pulang dengan menaiki bas tersebut. Aku perhatikan saja gelagat mereka sambil tersenyum kerana aku tahu ibu itu tempatnya di syurga.

Monday, March 12, 2012

Final final final.

As everyone know, first paper for Part 1 starts today. I am so nervous tapi dalam masa yang sama nak cepat habis final ni semua. Sekarang ni I am writing this lepas baru je balik from Dewan Taming Sari.


Masa mulamula masuk dewan 'Wuuuuuuuuuuuu~ Coolnya banyak meja tersusun rapi' sebab since high school tak pernah amik exam kat hall yang maha besar macamtu. Nak tangkap gambar sebenarnya where I sit tapi handphone ni banyak bunyi pulak if nak snap picture so better tak payah lah kan. Alhamdulillah the paper was okay. Dapat jawab and tak nervous. Syukur alhamdulillah (:


Semalam dah siap text semua kenalan *takdalah semua sangat -..- mohon tolong doakan yang terbaik untuk aku. Ustaz time ceramah cakap doa orang lain lebih makbul daripada doa kita sebenarnya thats why aku minta tolong diorang semua. This is my first time done that and terima kasih untuk semua yang mendoakan. Hanya Allah yang boleh balas jasa korang semua (:

Sunday, March 11, 2012

Friday, March 9, 2012

Bestfriends? Always will be.


 Just so you know, I miss you too. Us. Our friendship.

Wednesday, March 7, 2012

Work hard or die trying.

Dah nak balik Lendu. Hati ni tak rela nak balik sana. Tak suka. Tapi bukan sebab kat sana tak best cuma takda masakan Umi, takda family and takda adik-adik. Confirm nanti mesti rindu kat Natra and Danish. 

Balik Lendu maknanya perang dah nak bermula. Berperang untuk kali pertamanya. Cuak gila kot! Aku baru study BEL je, CTU tak cover lagi. Bawak balik buku kononnya nak buat revision bukan main berkobar lagi tapi studynya tidak pun. Online je lebih. Aku takut sangat nak final ni, takut yang aku akan menghampakan Umi Walid. Itu yang hati ni berat semacam je bila nak balik Lendu.

FAR is my BIGGEST MASSIVE HUGE problem. Inilah paper yang paling kill sekali. Aku berjanji yang aku akan cuba sedaya upaya sepenuh tenaga supaya aku tak fail subject ni. I dont wanna repeat any of the paper. Usaha doa tawakal, itu yang perlu aku lakukan sekarang. Untuk yang tengah baca entri ni sekarang, tolong doakan aku berjaya ye, berjaya buat elok-elok masa final nanti. Wish me luck and pray for me. Thanks a lot <3

Tuesday, March 6, 2012

Yang tidak dijangka.


K gambar takda kaitan kan? Peduli hapa aku.


Malam semalam Umi ada cakap if nak minum petang kena get ready so bila Umi balik kerja, Umi will pick me up and go straight untuk minum petang before fetch Darwis Danish and Natra. So aku fikir yang aku pun memang craving for karipap kat KRU tu. *Semalam craving burger and thanks to him yang make it come true* So lepas Umi call terus pergi KRU. Bergossip sikit sikit dengan Umi, oh itu perkara biasa xD

Masa tengah duduk minum tu, Umi kata 'Itu macam mak Rafaa je' and aku toleh. Sekali betul mak Rafaa so aku pergi and salam her. Cut the story short, Rafaa is joining us minum petang with Umi and also her mummy. Hooyeahhhhh! I am so excited yknoww. Okay, Rafaa cantik. Insecure tibatiba. HAHA. Berborak dengan dia even sekejap sudah sangat memadai untuk aku. Tengok muka dia yang memang aku rindu tu, terima kasih Allah (:

At one point, aku sampai tak tahu nak express macammana betapa aku value sangat friendship ni. Rasa sangat bersyukur sebab mempunyai kawan yang sangat baik. Kawan yang satu kepala, kawan yang sama taste *if you get what I mean*. Rafaa and Diela is my angel, my bestfriends. They knows me better. Kalau nak bergossip tu tak payah nak emo lebih lebih, diorang dah memang faham sangat perasaan aku. They are so protective, kalau boleh diorang taknak ada seorang pun yang sakitkan hati aku. Bila aku cerita masalah aku, diorang pun akan rasa sama macam aku rasa. This are two people yang terima aku apa adanya, buruk baik, gelabah gedik, poyo manja, berlagak macam bagus, sedih ketawa. Inilah dua orangnya. Dua orang yang aku akan cerita if I had crush with someone or everything. Saya sayang awak berdua ye. I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG GITUUUUU! :D

Monday, March 5, 2012

Meera's Wedding.

Semalam is Meera's wedding day. Meera is my cuzzy fyi, sebaya dengan aku. First of all, bangun pukul 11 bersiap and terus pergi dewan at 12. Majlisnya sangatlah simple but nice. No sanding and no pelamin. Baju kahwin Meera cun gila. Okay nak tanya mana dia tempah, nanti boleh tempah baju kahwin aku kat situ. PFFT!


Masa mula mula sampai tu tak ramai orang lagi, so aku pun macam relax chill bro. Sekali dah ramai perghhhh! Dewan tu penuh dengan orang yang berserban and berpurdah. Serious macam sejuk je tengok diorang semua. Aku terfikir masih ada lagi budak budak yang sebaya aku yang ada pendidikan agama yang sangat tinggi, menjaga aurat dengan cukup sempurna. Rasa terlalu hina nak dibandingkan aku dengan diorang semua. Itu kalau bukak purdah, confirm semua cun melecun tu.


Aku tak habis habis rasa blessed sangat tengok Meera dengan Al-Amin. Rasa macam sangat seronok tengok diorang. Seorang cucu opah dah lepas berkahwin dengan orang yang boleh membimbing cucunya. Dah lepas satu tanggungjawab Pak Teh sebab anak sulung dia dah kahwin. Dalam kalangan diorang, kahwin muda tu macam takda benda. 18 19 dah kahwin dah, relax je. For my side personally, aku sangat sangat happy untuk kau Meera :') Semoga perkahwinan ini berkekalan sampai ke syurga.


Aku nak suami yang boleh bimbing aku. Suami yang boleh jaga aku daripada api neraka. Suami yang boleh terima aku apa adanya, bertolak ansur dan memahami. Suami yang boleh mengimamkan solat. Suami yang boleh bacakan Yassin dan mengetuai majlis tahlil. Suami yang boleh terima family aku. Btw, masa lepas habis majlis tadi Dieba beriya-iya ajak Meera berborak. Rupanya nak tanya pengalaman malam pertama. HAHAHAHAHAHA! Lawak gila. Okay, the rest is history.


Masa dah nak balik and its time to say Goodbye to Meera, aku peluk dia. Aku pegang muka dia, nak menangis aku masa ni. Punyalah hati aku sebak sangat, entah kenapa. Macam tak percaya yang dia sama baya dengan aku dah kahwin. Selepas aku dengan Dieba buat perkiraan tadi, bulan 12 nanti opah bakal dapat cicit opah yang pertama. Insyaallah (: Okay, nah jamu mata tapi ini part 1 punya takda gambar pengantin since gambar yang tangkap dengan pengantin semua ada kat Dieba. Nanti part 2 tengok pengantin ye?








Ini kad kahwin aku pulak. Jemput datang ye?

Watch this.

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=Ev18Uv06l7c

Sunday, March 4, 2012

Saturday, March 3, 2012




Safely arrived Shah Alam at 3.40PM yesterday. Alhamdulillah (: Umi pick me up and went straight to her office. Singgah office Umi sementara tunggu pukul 5, pick up Natra and Darwis kat rumah Mak Mi and Danish kat MBS.


Rindu nak makan masakan Umi. Masa dalam kereta dah pesan awal awal kat Umi taknak lauk beli, lauk dah siap dan sebagainya. Nak Umi masak jugakk! So malam ni Umi decide nak masak rendang, yummy! Oh fyi untuk mereka yang tak tahu, aku balik Klang just for study week. And akan balik Lendu semula on 7th March. I only have 5 papers to sit and all of them are killer papers I must say. Mohon tolong doakan saya yang akan menduduki final ni ye? Semoga segalanya dipermudahkan, aminn.


Jadual final. Final habis on 31st March so bermulalah cuti semester masa tu. Time ni baru boleh hang out macam takda hari esok yuolls. Btw, Meera dah selamat menikah semalam. Congrats to her and esok majlis sanding akan berlangsung. Tak sabar nak pergi esok. Hee

Friday, March 2, 2012

Untitled.


Jumaat balik Klang. Pukul 2.30 petang. Tak sabar nak balik Klang, nak jumpa family, adik adik and friends. Aku rindu semuanya tentang Klang. Semuanya! Btw, gambar kat atas tu untuk kongsi ilmu semata-mata.