You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Monday, April 30, 2012

L O V E (28)

'Apabila kita mencintai seseorang, kita juga sedia menangis untuk dia.'

Sunday, April 29, 2012

Jika aku seorang lelaki.

Jika aku seorang lelaki, aku akan laksanakan tanggungjawab ku sebaik mungkin.
Aku akan patuh kepada orang tua ku.
Aku akan rapat dengan mereka, dan berkongsi masalah dengan mereka.


Mungkin ada yang fikir 'Tak main ah anak lelaki nak kongsi masalah dengan parents, settle sendiri sudah'
Tapi bagi aku tidak.
Ibu bapa ku harus tahu semuanya tentang aku.
Siapa yang aku sukai, siapa yang aku sayangi dan siapa yang aku cintai.


Jika aku seorang lelaki, aku akan menjadi anak yang baik.
Aku akan menjadi abang yang baik, yang ambil peduli tentang adik-adiknya.
Aku akan lindungi mereka jika bahaya mengancam.
Biar rakan sekolah adik ku tahu yang dia tak boleh sesuka hati membuli adikku.
Akan ku lipat mereka terlebih dulu.


Jika aku seorang lelaki, aku juga akan menjadi kawan yang baik untuk teman ku semua.
Aku tidak mahu menjadi 'kepala' dalam apa jua benda baru yang mereka ingin cuba.
Aku tidak akan balik lewat malam semata-mata untuk lepak bersama teman.


Kat sekolah kan dah jumpa, cukup-cukuplah tu.
Lagipun bukan tugas aku pergi ke kedai dan berbicara mengenai hal yang tidak penting.
Buat ibu bapa aku risau sahaja.
Sudahnya bergelak ketawa sana sini.
'Huha Huha' sahaja yang lebih.


Jika aku seorang lelaki, aku tidak akan mencuba rokok.
Tidak perlu dibahas lagi soal rokok ini, sudah lali benar dengan kenyataan mengenainya.
Aku tidak akan berkawan dengan kawan yang tidak berguna.
Yang tidak memberi manfaat.


Jika aku seorang lelaki, aku akan menjaga penampilanku.
Aku akan sembur bau-bauan supaya badanku berbau wangi sentiasa.
Aku juga akan bersukan, baru badan tough.
Aku nak badan 6pax. Wohoo!
Baru macho.


Jika aku seorang lelaki, aku juga ingin menjadi imam untuk temanku yang lain dalam solat jemaah.
Atau mungkin mengimamkan adik-adik ku solat berjemaah dirumah.
Menghafal Yassin sudah satu kewajipan.
Akan aku hafal Yasin tu sebab aku lelaki.
Malunya kalau sebagai lelaki, aku tak hafal Yasin.
Malu teramat sangat.


Jika aku seorang lelaki, aku akan pergi solat Jumaat.
Aku akan datang awal untuk mendengar khutbahnya sekali.
Mana tahu aku boleh berkongsi ilmu dengan yang lain tentang khutbah tersebut.


Aku juga akan mempelajari ilmu agama sebaiknya.
Kerana aku lelaki.
Supaya aku boleh mengetuai upacara tahlil atau kenduri arwah.
Supaya ibu bapa ku bangga dengan aku.
Kerana aku lelaki.


Jika aku seorang lelaki, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.
Mendapat kerja yang bagus dan gaji yang banyak.
Supaya isteriku nanti tidak perlu bekerja mencari duit.
Serahkan sahaja urusan mencari rezeki pada aku.
Kerana aku lelaki.


Jika aku seorang lelaki, aku tidak akan mainkan perasaan wanita.
Akan ku layan mereka sebaik mungkin.
Aku hanya lafazkan apa yang aku maksudkan.
Supaya mereka tidak keliru dan rasa dibohongi.


Tetapi ini semua JIKA aku seorang lelaki.









Saturday, April 28, 2012

Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah (:

27 April memang tarikh yang paling cuak untuk semua warga UiTM. Tarikh result final diorang keluar. Haa termasuk aku. Aku mula-mula tak rasa cuak langsung. Semua orang tweet telling diorang risau lah takut lah tak boleh tidur kejadah apa semua lah. Aku tak tweet pasal result pun semalam.

Bukan berlagak weh cuma memang aku malas nak fikir. Benda aku dah jawab, aku dah usaha and sekarang serahkan kat Allah jelah. So buat apa nak fikir lagi? Allah rancang apa yang terbaik untuk kita. Then sebelum tidur tu check email aku, benda alah tu tak masuk lagi so aku malas nak tunggu. Aku pun tidur jelah.

Sebelum tidur tu aku text umi, asking her help untuk check result tu. Aku takut nak tengok dengan mata kepala sendiri sebenarnya. Then bangun pagi awal gila kot harini- time adik adik aku pergi sekolah aku dah bangun dah and tak boleh tidur balik. End up aku yang tak boleh tidur pulak.

Dalam pukul 9++ tu, aku call umi. And alhamdulillah umi happy with the result and so do walid. Diorang happy sangat dengan result aku. Syukur Ya Allah, terima kasih. Walid senyum je memanjang. And haritu umi kata kalau dean list umi nak hadiahkan hp baru tapi sebab result ni not bad, walid nak belikan guitar.

Actually aku yang request nak guitar tu so walid cakap boleh and walid akan belikan. Hooray hooyeahhhh! (Y)

Berkat usaha tawakal dan doa dari aku sendiri juga dari kalian semua, inilah hasilnya. Terima kasih juga untuk yang mendoakan. Moga Allah membalas jasa kalian.

Thursday, April 26, 2012

Happy Birthday Nana (:

Selamat Ulangtahun. Buat kali ke-19 dalam hidup kau. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Teruskan hidup kau dengan baik. Kau ada family yang sporting, saudara mara yang gila gila- Yami and Farmira sangat sayangkan kau. Kau juga ada kawan-kawan yang best-Baim and sape lagi entah. Haha sorry tak sempat nak kenal yang lain.


Terima kasih sebab kau sangat caring dengan aku. Kau sangat baik dan maaf aku menulis panjang lebar disini. Patutnya aku text kau dan bagitahu apa yang aku rasa kan? Sejujurnya dalam hati ini memang takda perasaan dendam terhadap kau. Takda langsung, cuma aku belum bersedia nak cakap dengan kau. Mungkin aku tak tahu macammana nak mulakan. Ini bukan salah kau, ini salah aku.


Aku masih ingat macammana kau sapukan minyak gamat kat jari aku masa jari aku berdarah haritu. Terima kasih! :') Dengar sini. Kau takda sebab untuk sedih. Jadi aku taknak kau sedih. And please jaga kesihatan, jaga makan kau tu. Semoga kau panjang umur, murah rezeki dan takkan rasa sedih lagi. Aku harap kau simpan 'Be Strong' aku tu elok elok. Tengoklah kertas tu bila semangat kau hilang. Moga ianya membantu.

Hariku telah dilengkapkan oleh mereka (:

Bangun awal gila harini. Haha takdalah awal sangat sangat pun =,= Itupun Rafaa yang kejut sebab nak jumpa Laili tengahari. Oleh sebab twitter aku private jadi Laili tak boleh stalk apa yang aku tweet. Nahh Laili, aku sediakan kau easy way to stalk my tweets :)







Terima kasih sebab belanja me pappa roti and also thanks for the black forest. Sayang kamu <3

Lets vain!









Patutlah haritu Fiezi tegur cakap aku ada lesung pipit. Yes memang ada pun. Haa!

Aku sangat bertuah ada kawan yang sangat memahami dan sangat menyayangi diri ini. Terima kasih Allah kerana hadiahkan mereka buat aku. Untuk kalian wahai Rafaa Diela Laili, janganlah kalian menyuruh aku memilih salah satu daripada kalian kerana aku pasti akan mempunyai masalah untuk membuat pilihan.

Laa, walaupun awak takda kat sini tadi saya sayang awak jugak tau? :) Juga buat kawan-kawan yang lain, Fieqa Huzai Lisa, korang juga kawan baik aku. Aku sayang semua. Yeay hari saya sudah lengkap! Terima kasih Allah kerana Kau telah permudahkan semuanya. 

Ada sesiapa lagi mahu lengkapkan hari saya?

Aku.

Nak tahu aku macammana? Baca tweet aku. Tengok Tumblr aku. Then kau akan tahu hati aku. Bukan daripada facebook, fb ni tak membantu kau untuk mengenali aku.

Wednesday, April 25, 2012

L O V E (27)

'Cari lelaki yang baik-baik ataupun ubah seorang lelaki jadi baik. Lagi besar pahalanya :)'- Adah

'LELAKI yang tidak pernah menjatuhkan lututnya untuk solat, tidak berhak menjatuhkan lututnya untuk menyarungkan cincin ke jari manis seorang WANITA'- Twitter

Its my happy day. I'm a happy kid!

Cubalah kalian teka apa yang telah menggembirakan hati aku pada 24 April ini? Sangat happy tidak terkata. Ada orang masuk meminang aku. HAHAHA k tak lawak.


Actually, buku yang order dari Zahiril Adzim tu dah sampai. I am so happy and excited beyond words. Bukak je post box nampak sampul pos laju ni. Then bila tengok nama, nama aku. Lagilah excited kat surat ada nama sendiri kan. Aku macam tak expect buku tu sebab aku fikir Zahiril akan bagitahu kat blog dia dulu yang dia dah post buku ni semua.


Then masuk dalam kereta bukan main excited aku bagi Umi sampul tu. And Umi yang bukak. Aku dah tak keruan dok Oh my god! Oh my god! Tak percaya. Siap tanya Umi 'Can you believe this?'









Sweet kan cakap kat isteri macamni? K nak nangis :') And bayangkan setiap copy of this book, dia tulis dia sayang isteri dia. Saya sangat sukakan orang yang romantik. Sebab dengan adanya manusia seperti ini hidup akan bahagia. Saya nak suami macam ni. Ya Allah bantu aku ya? :) Terima kasih ZA. 


Tuesday, April 24, 2012

Mengapa Laili sangat sweet?


Tadi online fb and Laili posted this photo for me. She is so sweet like candy. Kalau dia rindu, aku sampai boleh rasa rindu dia tu. I guess this is hand made. Budak ni kreatif so ini confirm dia buat sendiri. I love this and I love you Laili :)

Btw lets sum up few things in this post. Me will be going back home to Kelantan for few days maybe 4 5 days. Taknak lama lama, nanti bosan pulak since aku balik sana sorang sorang. Walid Umi kerja plus adik semua sekolah kan. So Chek Lie will come and teman me by bus to Kelantan and she will hantar me to Klang  after few days. 

Reason utama sekali nak balik cause rindu suasana kampung. Plus nak makan masakan Kelantan which is Nasi Kerabu and what not plus nak gunting rambut kat sana plus nak beli tudung and kerongsang baru. Haa itu jelah sebabnya. Tapi exact date belum ditentukan lagi. Tentu sebelum balik Kelantan, aku akan post satu entri dulu.

Lagi nak cerita pasal plan cuti sem! Nak jumpa Laili. Nak jumpa Fieqa. Nak jumpa Arief. Nak jumpa Scha. Nak jumpa Lisa. Nak jumpa Ekin. Nak jumpa Fikri. Ini semua berkenaan mahu bergossip. Mahu berkongsi cerita dan kisah hidup masing-masing. Kata lama tak jumpa, haa apalagi kan? Minus Arief dengan Fikri lah sebab Arief tu memang dah lama nak jumpa tapi tak jumpa-jumpa lagi, belum berkesempatan. Yang Fikri pulak beriya-iya nak belanja aku makan. 

Banyaknya orang yang aku nak jumpa. Semoga Allah permudahkan urusan ini, Aminn.

Monday, April 23, 2012

L O V E (26)

'Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya sekali. Tidak hanya salah satu'

This quotes sangatlah betul. Aku pernah tulis dulu if sesiapa yang tengah couple sekarang, maknanya lelaki tu taste perempuan tu and perempuan tu memang taste lelaki tu. Dalam erti kata lain, kalau perempuan tu suka lelaki tinggi tapi lelaki yang suka dia tu pendek, tak jadi jugak kan? Jadi aku sangatlah setuju dengan petikan diatas. Sangat menarik.

First sekali, entri ni tiada tajuk. Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Aku tulis apa yang terlintas dalam otak jelah. Nampak gambar atas tu? Yes kadang-kadang melepaskan sesuatu tu lebih mudah daripada mencuba lagi.

Ada banyak sebab sebenarnya kenapa melepaskan lebih mudah daripada mencuba lagi, mengikut situasi. Contohnya mungkin kerana kalau kau tak lepaskan dia pun kau ambil keputusan nak cuba lagi, dengan harapan kalau kau cuba kau akan berjaya? Mungkin kau akan berjaya dan mungkin kau tak akan berjaya.

Kita juga perlu melihat situasi kedua belah pihak. Yang melepaskan dan yang dilepaskan. Mungkin lelaki yang taknak lepaskan ni dia terlalu sayangkan perempuan tu. Dan mungkin juga perempuan yang mahu dirinya dilepaskan ini punya alasan sendiri kenapa dia taknak ada apa apa hubungan lagi dengan si lelaki tadi.

Mohon kalau ada masalah, haruslah dengar dari mulut kedua belah pihak. Jangan dengar dari sebelah pihak dan terus buat konklusi berdasarkan pandangan separuh cerita sahaja. Bahaya sangat benda macamni. Aku teringat masa zaman sekolah dulu, heboh video sorang mamat ni bunuh diri sebab awek dia. Kat dalam bilik mamat tu penuh kad topup bertampal kat dinding. Menunjukkan dia telah banyak mengeluarkan duit untuk topup and text/call awek dia tu.

Ya aku faham sesetengah orang mesti menyalahkan si awek tadi. Kenapa tak hargai lelaki yang sangat sayangkan dia and yadayadayada? Apalagi yang dia nak, orang dah sayang sampai macamtu? Tapi kalian juga harus fikir apa yang telah lelaki tadi lakukan kat awek dia. Mungkin lelaki ni pernah melakukan sesuatu yang kita tak tahu yang membuatkan perempuan ni tak boleh terima dia lagi.

Sama sama fikir. Hidup ni kena buat pilihan. Lecturer BEL aku cakap, 'Apa yang PENTING kalau semua kat dunia ni kau rasa penting?'. Maknanya kalau semua benda kat dunia ni kau rasa penting, susah lah. Apa istimewanya perkataan penting tu lagi? Sama macam kau panggil orang as 'sayang'. Kalau orang yang baru kenal pun kau dah bersayang-sayang, dah tkda bezanya nanti kalau kau panggil orang yang betul betul kau sayang.

Hidup kena buat pilihan. Siapa lagi penting? Awek ke member. Mana nak buat? Melepaskan atau cuba lagi. Nak ikut jalan mana? Sini ke sana. Live well or live hell, YOU choose.

Jawab soalan tu untuk diri sendiri. Melepaskan atau cuba lagi?

L O V E (25)

'Perempuan yang sombong adalah perempuan yang setia. '
-Betul sangat dah tu!

Friday, April 20, 2012

L O V E (24)

Perempuan kena tahu: Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun.


Lelaki perlu tahu: Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah anda untuk banyak perkara tetapi masih menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.

Syazana Kamarudzaman

Err first of all, takda gambar so tak dapatlah kalian nak menatap wajah dia. Sorry sebab tak sempat tangkap gambar dengan dia pun :/


Ni pun one of my kawan rapat masa kat Lendu. Bilik dia just berhadapan dengan bilik aku. Kira bukak je pintu bilik aku dah boleh nampak katil dia dah. Dia baik. Sangat kot. I mean memang sekarang kitorang dah tak bertegur or talk to each other anymore sebab misunderstanding I guess. I hate it when small misunderstanding ruin it all. Macam sayang sangat hubungan persahabatan tu putus macam tu je. Tapi tak pernah declare pun persahabatan tu putus. Harap maklum.


Aku ingat lagi masa aku first sekali nampak dia. Masa first day aku dah nampak dia and bila aku pandang dia, dia senyum kat aku. So aku pun balas senyuman tu. Aku terus fikir, 'Tak sombong pun orang depan ni. Bagusnya!'. I can tell yang Nana ni orang senang from her way. Dia tak perlu nak brag cakap dia beli barang kat mana or else sebab dari jam dia, kasut dia aku boleh tahu itu semua barang branded. The most important thing is dia tak berlagak langsung! Langsung tak. Ini aku paling suka.


Mengenali dia, dia tak berkira, murah hati, sangat kuat orangnya. Mula-mula nilah favourite person yang akan teman aku pergi tandas pukul 2 3 pagi. Then dalam toilet, terjerit-jerit aku panggil nama dia takut dia tinggalkan aku. Haha silly me. Dia sangat kuat dan berani sebab dia berjaya untuk sembunyikan apa yang dia rasa. Dia tak luahkan sebab dia tahu bukan semua orang boleh terima apa dia rasa. Walaupun dia sedih, dia akan selalu tersenyum dan bergembira.


Masa aku ada probs dengan Frd dulu, dia banyak tolong aku. Yes, Nana adalah satu-satunya kawan aku kat Lendu yang ada number phone Frd. So kalau aku tak angkat call Frd, he will ask Nana if anything. I always have this heart-to-heart conversation with her. Duduk luar bilik pukul 1 2 pagi then borak borak pasal life. How she managed to stand strong and all. And just so you know, I miss that.


If you are reading this right now, aku nak kau tahu yang aku takkan lupa apa yang kau pernah buat kat aku. Kau ajar aku FAR, kau bagi aku semangat, kau marah aku bila aku menangis all day and taknak pergi class. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk kata nasihat kau. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik untuk aku. Aku tahu kau kuat. If anything happens, you know what to do. Aku sayang kau.

Tuesday, April 17, 2012

My first day of work.

Okay first of all, entri ini didedikasikan untuk my bestfriend, my one and only Rafaa. Actually semalam Rafaa punya first day tapi officially-nya harini yang betul-betul dia bekerja. Alah korang tak faham kan? Takpelah. So I decided nak share experience story bout my first day masa kerja kat my mydin dulu. 


2011 adalah tahun yang sangat memberi makna untuk aku. Tahun tulah baru nak jadi dewasa, kerja hidup sendiri semua sementara nak tunggu result SPM tu. Macam-macam kerja aku buat time tu. First kerja kat tuition centre and bos kat situ cikgu tuition aku dulu. Memang lek je ah datang kerja lambat then masa tengah kerja beronline sana sini. Kata anak murid kan. So itu takdalah chalengging sangat since bos pun buat macam kawan je.


Then aku kerja kat kedai baju kat Giant. 9 pagi sampai 10 malam. Aku tak suka kat situ sebab gaji kecil and takda cuti. Yang lain okay je sebab aku jaga kedai tu sorang-sorang. Bos datang pun seminggu sekali macamtu so tak stress sangat. And kena layan customer bila diorang nak beli baju. Tapi kalau takda customer, kau nak tergolek terlentang ke suka hati kau lah. 


Bila dah berhenti kat situ, semua kawan aku dapat masuk UiTM and sambung study. Tapi aku tak dapat, sedih gila! Ahh ini the hardest time untuk last year kot. Feels of rejection tu membuak-buak rasanya. Menangis tak payah cerita, setiap hari kott! Lepastu aku kerja kat my mydin. Nasib baik dekat sangat dengan rumah aku so macam senang nak balik rehat ke apa. Tapi itupun walid yang hantar and ambil balik rumah. Haha anak manja, semua orang ejek macamtu =,=


Masa first day kerja tu, aku menangis balik rumah. Time malam nak tidur tu, aku menangis. Sebab nilah first pekerjaan aku yang official. Yang kena ada akaun bank, KWSP segala hal, kena datang on time, kena pakai uniform yang dia bagi, ada bos yang duduk kat situ tengok aku buat salah ke apa. Andddddddddddddd! Aku tak boleh duduk langsung! Cashier my mydin memang tak boleh duduk ye, kerusi tidak disediakan. HARAP MAKLUM.


So aku pun berdiri macam apa for the first day tu. Siap tanya akak-akak cashier yang senior tu tak penat ke berdiri, tips macammana diorang boleh tahan berdiri lama and yadayadayada. Malam tu nangis :/ Barulah aku tahu macammana susahnya nak dapat duit tu. Kerja penat penat dapat seribu, eh sikit sangat untuk nilai masa kini. Tapi aku always berpegang 'Alah bisa, tegal biasa' and it works. Tak percaya kalau korang alami sendiri korang mesti faham. Lama-lama confirm biasa dah, confirm!


To my beautiful Rafaa, you will get used to it. You will, trust me. Always takecare and jaga diri baik-baik. *Eh sama kan maksud dia? Nak pergi makan, nak balik malam ke apa hati-hati. And a very good luck for your upcoming days. I know you can do it. I'll pay a visit nanti :D

Sunday, April 15, 2012

Kembar! :D




Spot the differences! Haa amik kau, confused punya. Btw Achik if you're reading this susahnya nak carik gambar kau dengan aku. Aku banyak tangkap gambar dengan Angah je. Next sem kena amik banyak gambar dengan kau :D


First of all, ni kembar. Dah boleh nampak tajuk kan? K joking. Kembar ni sorang nama Fathin Nazhirah(kakak), sorang lagi Fathin Nabilah(adik). Memang kalau tengok gambar takkan dapat bezakan punya. Sedangkan Mimi dengan Ekin pun still tak dapat bezakan sampai habis sem. Kalau diorang datang bilik aku, nanti bila diorang dah balik bilik- masing-masing 'Yang cakap dengan aku tadi tu kakak ke adik?'. Aku pulak nak kena kenal pasti. Mimi dengan Ekin bukan cam pun, main bantai cakap je dengan any one of them. Haha

Kenal diorang time MDS tapi tak rapat sangat. Kembar ni famous kot kat Lendu tu haa. Pergi mana mana kalau jalan dengan diorang, mesti everyone macam berbisik-bisik 'Eh diorang kembar lah!'. Dahlah susah nak jumpa spesis kembar yang dah dewasa *tibatiba*. Diorang nilah yang menemani hari hari aku. Haha tak blah. Sebenarnya aku pergi class dengan diorang. Since diorang budak Hasan jugak tapi tingkat 3 so bila diorang dah siap, diorang turun bilik aku and pergi class sama-sama. Tapi most of the time bila diorang datang bilik aku tu, aku mesti belum siap. Hahahahahaha terpaksalah diorang tunggu aku sekejap. Sorry ye?

Kenal dengan diorang ni tak sampai seminggu aku dah boleh cam muka masing-masing mana satu adik, mana satu kakak. Aku pun tak tahu macammana tapi muka diorang berbeza lah. Beza sangat. Tapi lecturer BEL selalu cakap yang dia tak dapat bezakan twins and yadayadayada. Tapi sekarang classmates semua dah reti bezakan dah. Tak dapat aku nak kenakan diorang. Dua beradik ni dah berpunya btw. Aku dah kenapa asyik cerita pasal relationship status orang doe? O.o And adik punya boyfie belajar kat Lendu jugak, amik AD. Haa, mereka nilah yang selalu buat saya jealous gara gara lunch bersama-sama dan sebagainya :D

Aku paling rapat dengan Nabilah who aku panggil Achik. Sebenarnya dalam family diorang, diorang ni anak ke 2 and ke 3. Thats why panggil Angah Achik. Tapi bila kat sana, aku jadi Along diorang. Tak pasal-pasal dah jadi tiga beradik. Diorang pun sometimes panggil aku Along semua. Terasa macam Kak Long kawasan kejap. Pfft! Aku always share stories dengan Achik since Angah kalau pergi mana-mana sibuk dengan hp dia je. So kalau ada apa apa hot news, aku cerita kat Achik.

Nak cerita pasal rapat memang aku rapat lah dengan diorang. Eh korang if tengah baca ni aku nak korang tahu aku rindu kat korang :/ Terima kasih selalu tolong aku dalam class kalau aku tak faham, tolong back up aku kalau aku ponteng class, tolong belikan makanan, tolong dengar luahan hati aku, tolong ajarkan aku FAR, tolong belikan tiket bas. Eh banyak ah yang korang dah tolong. THANKS A LOT! Me love you both :D







Saturday, April 14, 2012

Duit.

Macam macam boleh buat kalau ada duit kan? Macam macam boleh beli. Tapi orang kata duit takkan boleh beli cinta, yeke? Cinta ke duit lagi penting. Entah, aku tak tahu. Tapi kalau untuk aku, cinta tu penting tapi kalau kau nak hidup berumah tangga berdasarkan perasaan cinta tu je memang takke mana lah. Nanti lapar nak bagi anak bini makan apa? Cinta yang setinggi gunung tu?


Kalau kau pergi McD time lapar pun, cuba kau bagi cashier tu cinta. Agak-agak kau dapat Big Mac or Mc Flurry tak? Confrim cashier tu pandang kau petak je bro. Cuba kau bawak duit, dah confirm-confirm perut kau kenyang. So fikir-fikirkan lah. Sekarang dunia dah makin maju, semua orang nak hidup senang.Lagi-lagi lelaki. Sangat sangatlah penting nak kena cari duit dari sekarang. Dulu aku ingat kahwin tu murah je, silap weh! Kahwin tu mahal gila! Kalau kumpul duit dari skrg pun entah cukup entah tidak. Tapi takpe, kumpul je :)


Sebenarnya memang dengan duit kita boleh buat apa saja. Dan sangat beruntung mereka mereka yang lahir dalam golongan yang kaya. Aku personally tak suka berhutang. Kalau dengan kawan-kawan tu cepat nak langsaikan sebab takut terlupa. Memang takda nak simpan lama-lama. And aku tak suka orang yg berhutang dengan aku. Macam menyusahkan orang. Kalau ingat takpe weh, no hal lagi. Yang buat diam je tu, panas hati aku. Aku pun nak guna duit jugak. Time berhutang pandai pulak?


Walid pun dah pesan jangan suka berhutang dengan orang. Kalau kecil-kecil dah pandai hutang orang, dah besar nanti macammana? Walid memang selalu cakap pasal benda ni. Kalau pendapatan kau RM 1, belanja kau tu janganlah sampai RM 1.50. Lagi 50sen tu nak cekau mana? End up pinjam orang lah kann. Benda ni bukan boleh buat main, kena langsaikan jugak. Kalau tak nanti kat akhirat kena tuntut!


Tadi masa balik petang, Walid berborak dgn sorang jiran kat sini. Dia cikgu. So Walid ceritalah yang aku nak jadi cikgu semua tapi tak dapat and blablabla. Cikgu ni tadi cakap kena ada orang dalam baru boleh jalan. Dia cerita zaman dia belajar dulu, yang tak pass BM pun boleh jadi cikgu. Cuba bayangkan. Hebatkan kuasa duit? Then bila nak grad kantoi tak lulus BM sebab diorang amik paper Julai. Tak adil langsung macamtu!


Ada je sorang kawan aku yang subject maths time SPM tu tak credit pun tapi boleh masuk UiTM. Apa cer? Sedangkan syarat wajib masuk UiTM kena credit on maths. Adil ke macamtu? Kalau macamtu memang porak puranda lah semuanya. Tak payah lah orang lain belajar and score tapi yang tak lulus pun boleh lepas. Apa bezanya lulus dengan tak lulus di akhir ceritanya? Kau jawab sambil lewa and tak study hard pun, kalau kau ada duit kau akan dapat tempat.


Duit, hebat sungguh kau.

Tuesday, April 10, 2012

Sunday, April 8, 2012

Jangan fikir bila orang tu senyum, hidup dia bahagia je sentiasa.

Setiap orang ada masalah masing-masing. Setiap orang ada kenangan masing-masing. Setiap orang ada cerita masing-masing. Setiap orang ada kisah cinta masing-masing. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Cliche kan ayat ni? Tapi betul. 


Cuma kita belum tahu apa yang Allah nak tunjuk. Dia dah plan untuk kita malah maybe way better than apa yang kita impikan. First of all, aku menulis entry ni dalam masa yang sama untuk nota kepada diri aku sendiri. Kira cakap dengan diri sendiri lah lebih kurang.


Breakups. I have few friends yang pernah berada dalam situation ni and so do me. Aku pun pernah ada dalam keadaan ni. First thing- sakit. Rasa macam kau taknak bangun satu hari dari katil. Nak tidur and tidur supaya benda tu tak bother fikiran kau. Tapi syukur yang teramat sebab breakup aku secara baik. I mean we both agree settlekan cara baik. And still texting macam kawan.


About my friends, lets name her as N. Dia clash sebab parents tak suka or tak bagi or whatever. Padahal hubungan dia dengan boyfie dia tu baik je takda gaduh semua. Then bila mak dia tak kasi kawan dengan N ni, diorang terus lost contact macam tu je. MACAM TU JE. Last sekali lelaki tu bagi video macam suruh N ni jangan sedih and ask her to move on. And lepas tu, N tak tahu langsung anything pasal lelaki ni. Mana dia belajar, apa activity harian dia, lelaki tu siap tukar number phone. Idk whether dia dipaksa tukar or whatever. Itu bukan apa yang aku nak cerita sebenarnya. 


Back to N, after that day dia bersunggguh-sungguh cuba untuk teruskan hidup without knowing anything about her ex. Okay cuba bayangkan perasaan rindu dia tu? Nak campak mana? Everytime aku cerita pasal kisah aku dengan Frd and tell her that I understand what she feel sebab keadaan kitorang sama, dia always akan cakap 'No! Kita tak sama Najah. At least kau boleh text dia, kau tahu apa dia buat. Aku tak. So kita tak sama Najah'. Family N pun macam tak suka dengan relationship tu sebab lepas diorang clash, family N memang tak kasi N nak ingat lagi kat lelaki tu or nak flash back segala memory. Memang tak ah. Kalau N cakap dia rindu ex dia mesti kena marah suruh move on. Apa kau ingat move on tu macam nak maju selangkah ke hadapan macam tu je ke? Sebab dia tak boleh express feeling dia dengan orang terdekat so dia diam jelah. Pretending to be happy and laugh out loud. Jadi bila kau tengok dia happy macamtu, maknanya dia bahagia ke? Kau tanyalah dia :)

Tengok apa yang saya dapat :B


Cuba teka apa yang nak diketengahkan dalam gambar keluarga di atas? Eh nak macam soalan sivik Form 5 =,= Cuba tengok betul-betul. Ada Zahiril Adzim dalam gambar tu and ini gambar family dia. Mana aku dapat gambar ni? Since Umi berkawan dengan mak dia so aku curi from fb mak dia. Hehe

Well not actually berkawan yang ajak datang rumah and yadayadayada tu, it just mak ZA is Umi's senior masa Umi belajar kat STF dulu. How cool is that?! :O Aku baru je tahu beberapa hari yang lalu sebab Umi baru cerita. Umi tak tahu anak dia ni suka sangat sangat dengan si Bob ni. Kalangan family and friends tak panggil dia Zahiril or Adzim, diorang panggil ZA ni Bob. 

And tadi dah bagitahu Umi pasal niat nak bank-in duit untuk BMT Langsung Dari Tangan tu then Umi macam okay je. Umi kata esok boleh bank-in. Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah. Aku benar benar inginkan buku itu. Kau permudahkanlah Ya Allah :)

Saturday, April 7, 2012

21



Baru lepas habis tengok movie ni. One word, BEST! Actually movie ni aku dah ada masa kat Lendu lagi, ambil daripada kembar. Masa mula mula tu aku dah pesan kau masukkan jelah movie apa apa pun, aku tak kisah. Then balik rumah tengok, apa kejadahnya lah cerita ni tajuk 21? O.o Cerita senonoh ke tak ni. Haha.

Untuk mengisi masa lapang malam ni, aku pun tengok lah. Actually mula mula aku tak amik port sangat nak tengok cerita ni dulu since kat folder movie ada banyak movie lain tapi I read review somewhere cakap movie ni memang berbaloi tengok and bla bla bla. Jalan cerita movie ni sangat intersting yknoww. 

Cerita pasal budak genius nak mampus terpaksa berjudi supaya dia dapat masuk Harvard tanpa susahkan mak dia. Can you imagine budak genius nak mampus pun susah nak dapat scholarship? :O Sebab dia tahu dia tak dapat scholarship, dia pergi earn money sendiri. Oh well dia budak baik sebenarnya. Kalau korang tengok nanti tahulah ceritanya. Tapi please janganlah carik kat wayang dengan harapan dapat tengok cerita ni kat wayang sebab cerita ni maybe dah keluar kat wayang 2 3 years back. Aku je yang lame baru nak tengok. Hikhokk =,=

Friday, April 6, 2012

Bogel Menuju Tuhan by Zahiril Adzim.
BMT Langsung Dari Tangan #2

Nak sangat punya buku ini. Zahiril Adzim dah pernah buat langsung dari tangan masa dulu tapi sebab ramai orang request so dia buat kali kedua pulak. Meminati jejaka ini, aku mestilah kena ada dia punya hasil tulisan kan? And kenapa namanya Langsung Dari Tangan? Kerana Zahiril sendiri yang akan bungkus buku tersebut, dia sendiri yang poskan dan dia siap signkan sekali buku tersebut. Cool kann? Nanti kalau dapat buku ni memang tak buang pembalut wrapping tu sebab ada bau tangan Zahiril Adzim. Huahuahua! -..-

Oh ya! Seminggu dah duduk rumah. I'm not doing any productive things pun, kemas rumah and do the house chores itu biasalah. Bangun lewat gila! Kalau mak mertua tahu, terus dia buang nama aku dari senarai menantu kesayangan. Haha. Umi dengan Walid puas marah tapi nak buat macammana time malam tu mata tak mahu mengantuk pulak. Ni sebab mata belum biasakan diri dengan waktu Selangor. Maklumlah kat Lendu tidur bangun tak menjadi isu yang besar pun. Hehe

Dah plan to meet several friends such as Laili, Scha and also Arief. Laili petang tadi text tanya bila nak jumpa? Alahai so sweet. Arief toksah cerita, dah berapa kurun lamanya plan nak jumpa tapi tak jumpa-jumpa pun. Dia dah penat mengajak and penat menunggu agaknya. Kasihan. Nanti ada rezeki, kita jumpa ye :)

No words, pictures will do the talking.







Thursday, April 5, 2012

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

Harap maklum, tittle post ada maksud tersirat. Siapa faham , dia bijaklaksana.



Berapa kali nak cakap, SUKA CINTA SAYANG tu tiga benda yang berbeza. Berapa kali nak cakap ni? Tumblr kata SUKA tu bila kita minat kat seseorang dan kita tahu sebab apa kita minat dia. Maybe sebab senyuman dia, character dia or lesung pipit dia. CINTA pulak bila kita tak reti nak explain kenapa kita minat kat someone tu or maybe semua pasal dia kita suka sampai tak reti nak cakap macammana. SAYANG is perasaan kasih kita kat orang yang kita minat tu. Euw gelinya sebut macamni. Haha.

Bukan nak judge orang seriously tapi aku tak suka orang buat kawan aku macamtu. Please lah tolong reti pastikan perasaan masing masing. Ini suka ke sayang ke cinta yang sanggup redah lautan api kejadahnya tu? People make mistakes kan. Ada baiknya jugak supaya kau tak tipu perasaan kau as well as perasaan dia jugak. 



Bumi Lendu 1

Haa! Ini design pintu bilik untuk level bawah Marwah. Macam filem indon ada Safa Marwah kau. So every bilik kat bawah tu memang design pintu sebijik macam nilah masing masing. Merah itu aku, Ekin warna Hijau and dia tak letak gambar =,=

Haa ini tempat aku. Katil aku, meja belajar aku, papan kenyataan dah lain kann? Tukar design lah uolss. Atas meja ada Gardenia, sorry tak kemas. Then ada radio Mimi and depan meja kat suis tu nampak ada kertas bertampal kann? Bawah tu collection Tumblr and atas tu lirik lagu Move On *Nana yang tuliskan tu :') Konon letak lagu Move On depan mata boleh move on cepat sikit lah. Hahaha takdo maknanyo!

Nampak macam banyak baju kan? K memang banyak, masa nak pack barang time balik tu baru perasan baaaaaanyak gila barang aku. Tapi always tak tahu nak pakai baju apa pergi class. Boooo me! *Susunan kemas sebab Umi yang susun time mula-mula masuk dulu*

Nilah kekuatan kitorang. Yang buat aku Ekin and Mimi berjaga setiap kali ada paper esok harinya. Thank you ah kat kau Nescafe. And Nescafe ni bukan kitorang punya, pergi ketuk pintu bilik orang tanya 'Ada Nescafe takk?' Haha. Sorang minum 2 paket benda ni.

Bilik aku ni memang mewah dengan novel. Siapa nak novel memang datang bilik aku je pinjam. Tapi bukan semua novel aku. Novel Mimi Ekin Nana pun ada jugak. Novel aku yang Cecelia Ahern tu je. Bila aku baca novel mesti Ekin dgn Mimi perli 'Eh kau baca novel ke tu? Memang berzaman lah nak tunggu kau habiskan satu novel tu.' Jahat doe diorang padahal kat rumah ni aku baca je novel tapi tak boleh lawan Ekin Mimi dgn Nana, diorang kalau baca novel tak sampai seminggu boleh habis, siap nangis nangis baca novel tu T.T

Tebal gila macam dictionary novel diorang ni =,= Kalau aku memang tak ah aku nak baca. Tunggu aku jadi surirumah takda buat apa duduk rumah tunggu suami balik kerja, baru aku baca novel ni :B

Ni kotak aku kat Lendu. Beli kat Daiso, Jusco Melaka RM5 setiap barang. Aku ada banyak kotak sebenarnya. Kat rumah dah ada 4. 2 kotak hadiah orang bagi, 1 beli kat Daiso JBT lagi satu Umi bagi. I'm a collector I must say. Kad topup aku kumpul, resit beli barang, resit shopping baju pun aku simpan padahal takda benda pun tapi aku simpan jugak, entah kenapa. Suka. Sebenarnya macam macam ada dalam kotak-kotak ni. Banyak kenangan dalam ni. Setiap satu kotak lain isinya. Memang aku akan simpan kotak-kotak ni sampai aku kahwin, sampai tua. Ada conversation pasal crush aku yang aku tulis kat kertas, ada nametag pengawas aku dulu., gambar gambar time high school and most important thing is ada Cadbury Black Forest punya wrapping. Siapa yang bagi aku, memang aku simpan and tulis kat situ bila and dari siapa choc ni. Tapi 1 kotak tu takda isi apa apa melainkan hadiah baju dalam tu. Memang simpan baju tu kat situ je dengan birthday card sekali. From Laa :) Nak tengok isi dalam kotak kuning yang comel ni? Jom!


Resit beli coolblog pun ada? PFFT!

Selamat Tinggal Tun Hasan :/