You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Wednesday, February 20, 2013

Missing.

Rindu.
Dah lama tak jumpa, dah lama tak dengar suara, jarang text/ call.
Rumah jauh, takda masa yang terluang, masing-masing sibuk dengan kerjaya.
Logiklah kalau kau rasa rindu pun.

Tapi ini,
Hari-hari jumpa, hari-hari tengok muka, hari-hari dengar suara.
Tetap juga rindu.

Tak logik kan?

Sunday, February 17, 2013

Be Right Back.

So yes Chinese New Year break has finally end. This might be a good news for me. Sesungguhnya aku manusia yang mudah lalai dan alpa. Aku duduk rumah tak buat apa pun. Memang bawak balik assignments tapi tak completely siap. Ada lagi a few yang tak siap and this few assignments make me feels so useless. Sigh

Aku sangatlah benci hidup yang takda jadual sebab aku jenis manusia yang bila takda jadual, aku tak tentu arah. Aku jadi macam takda tujuan dan end up tak buat kerja yang aku plan nak buat. Ini sangat mengecewakan, dear self. 

Officially aku happy bila balik Lendu ni sebab aku boleh fokus. Aku suka hidup ada dateline. Aku suka hidup yang harini-lecturer-bagi-assignments-esok-lecturer-nak-tengok. Aku suka aku suka dan aku suka! Esok ada test CTU dan aku tak belajar lagi. Hari Selasa ada quiz dan aku tak belajar lagi. Aku okay.

Wish me luck! Semoga Allah berkati jalan ini, usaha ini. May Allah ease. Aminn :)



Saturday, February 16, 2013

Aku tak bisa bayangkan jika aku di tempat mereka. Mereka yang putus cinta tanpa sebab kukuh. Mereka ini khususnya untuk perempuan kerana aku seorang perempuan jadi aku hanya bayangkan jika aku jadi perempuan yang putus cinta tu.

Putus cinta memang bukan isunya disini. Dah memang takda jodoh nak buat macammana. Takda jodoh, takda persefahaman, dah tak sayang atau mungkin dah ada orang lain. Apapun alasan yang penting cinta itu dah takda, dah putus.

Aku cuma tak dapat bayangkan perasaan orang yang putus cinta tapi dia tak tahu apa masalahnya. Tiba tiba je si pasangan minta putus. Dan dia menjadi seorang perempuan, dah orang tak sayang takkan nak pertahankan jugak relationship tu kan?

Perempuan ini fikir yang hubungan itu takda masalah kerana cinta dan sayangnya masih sama seperti di awal perhubungan dulu. Tapi untuk si lelaki tidak. Jadi hubungan berakhir disitu.

Aku tak bisa bayangkan jika aku di tempat perempuan itu. Perasaannya masih sama tapi sebab lelaki tu minta putus, dia terpaksa rela. Untuk cakap kat hati ni berhenti sayang kat lelaki tu, macammana? Tanpa sebab? Mustahil.

Betul kata Wani Ardy, kalau orang tu buat sesuatu yang kita benci dan marah memang senang kita nak lupakan orang tu. Contoh macam kau in relationship and sayang pasangan kau tu tapi dia curang ada orang lain. Ini boleh dijadikan alasan untuk kau benci dan marah dia. Tapi bila all of the sudden dia minta putus without doing anything wrong (mungkin alasannya semata- mata kerana rasa sayang itu dah takda), susah nak ajar hati ini untuk berhenti sayang dia. Susah.

Setakat ini aku tak pernah rasa macamni dan aku berdoa supaya aku takkan pernah rasa macamni sampai bila-bila. Aku rasa aku tak kuat untuk hadap benda macamni. Kalau nak putus, buat aku benci kau dulu supaya senang hati nak hentikan rasa sayang ni.

Buat orang-orang kuat diluar sana, jangan berhenti menjadi kuat. Dan tahniah kerana kuat :)

Friday, February 15, 2013

Inspired.

Rasa terilham nak tulis entri bila tengok video terbaru Mat Lutfi- Hari Jubah. He inspired people. He inspired me. Thanks to him.

Dia bukannya dapat straight A's pun masa UPSR PMR. He even failed when he is in foundation, Uni and stuff. Tapi tengok! Dia futher kat overseas jugak, dia berjaya jugak, dia grad jugak. Aku personally rasa bangga dan gembira untuk dia. Masa view video tu, aku yang tersengih-sengih masa part yang 'Nah hadiah :)'. I wonder how his parents feel, confirm bangga sangat.

Aku secara rahsia sangat ingin belajar di luar negara. Terlampau mahu! Dah lama rasa nak belajar kat luar negara tapi masa pergi rumah Auntie Lili tu lagilah eager rasa nak belajar kat luar negara as her daughter yang sebaya dengan aku dah duduk luar negara and study kat sana.

Semoga Allah permudahkan jalan aku. Semoga Allah bagi peluang untuk cita-cita aku ni tercapai. May Allah ease :)

Friday, February 1, 2013

Monolog aku.

Tak dapat aku bayangkan perasaan orang yang cintanya tak berbalas.
 Perasaan orang yang suka seseorang tapi tak dapat memiliki orang itu.
 Perasaan orang yang melihat seseorang yang disukainya itu setiap hari tapi tetap juga tidak berbalas cintanya. 
 Perasaan orang yang hatinya hancur akibat cinta. 
Tak dapat aku bayangkan.
 Pasti sakit bukan?