You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, January 30, 2016

L O V E (37)

"Rezeki setiap orang berbeza-beza, sayang. Kita mungkin susah sekarang. Tapi kita akan senang pada masa depan. Ada orang dilahirkan miskin dan ada orang dilahirkan kaya. Yang miskin bukan selamanya miskin dan yang kaya bukan selamanya kaya. Macamtu jugak kita. Kita susah sekejap je. Just go with the flow, remember?"   



                                                                            25/1/2016: 0216am MYR//0516am AUS

Saturday, August 22, 2015

Setuju tak kalau aku kata sifat jujur tu suatu benda yang tak pasti?

Kalau kau buat sesuatu yang hanya kau seorang yang tahu, mana alibi yang boleh menyokong kejujuran kau? Sedangkan takda orang lain yang tahu.

Kalau kau jujur, sejauh mana kau betul betul jujur dan sejauh mana orang percaya kejujuran kau?

Sesetengah orang hanya mengiyakan apa yang kau cakap sebab malas nak layan kau atau dia malas nak fikir pasal apa sebenarnya yang berlaku. Dia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

Jujur ni hanya akan jadi benda yang pasti kalau diri kau sendiri yang mengaplikasikannya. Maksudnya disini, kau pasti kau jujur sebab kau tahu apa kau buat (Kalau kau tak jujur dengan diri sendiri, tipu diri sendiri namanya tu). 

Tapi kalau kau tanya orang lain, orang lain tu memang akan bagi jawapan cuma jawapan yang dia bagi tu hanya dia dan Allah saja yang tahu kebenarannya. 

Contoh 1-
A: Kau ada terjumpa duit aku tak?
B: Tak, aku tak jumpa duit kau.

Contoh 2-
A: Kau dah move on ke dengan perempuan tu?
B: Weh aku dah lama move on ah

Contoh 3-
A: Betul ke awak tak suka perempuan lain selain saya?
B: Betul. Hanya awak yang saya suka dari dulu, kini dan selamanya (lol)

Kesemua makhluk B diatas mengakui yang mereka bersifat jujur semasa menjawab soalan. Tetapi sejauh mana kejujuran mereka hanya mereka yang tahu :)

Friday, June 19, 2015

Current phase

Assalamualaikum. My life has been so different now. As I forgot my blogspot password, this blog are missing so much of my life. Presently, I'm pursuing my degree in Bachelor in Business Adminisration (Hons) Finance.

The reason why I didnt continue my degree in Accountancy is because I know what I'm capable doing of. PM Zaiton selalu cakap ukur baju di badan sendiri and being me, I dont like to take the risk. For me Accountancy is hard. My result for my diploma is not that bad tapi memang sengaja nak cuba sesuatu yang berbeza. Alhamdulillah, my parents faham and they let me decide what I wanna do in future.

Untuk setakat ini, saya berada di Semester Ke-2 dan segalanya berjalan lancar. I hate Segamat because Lendu is forever in my heart. Almost everything in Segamat I compare to what we have in Kampus Lendu. Made some new friends dan masing-masing masuk kepala.

Last month was my convocation month. It was so happy to see Umi and Walid bangga dengan saya. Priceless. Even I didnt get many stars as others tapi Umi dan Walid bangga dengan saya. I promise to make both of you proud with me even more for my degree.

Meanwhile, Frd is still sailing as usual. This is his 3rd ship and I begin to get used to it. He never make me feel like he's far away from me but no matter what, I hate long distance relationship. Sucks big time

Monday, October 27, 2014

#NaniOffLimits

Been ages since the last time I updated my blog. Final semester equals to super duper busy semester. Couldn't find the right time to update sebab tak bukak laptop sangat pun. The last semester went well Alhamdulillah, way better than the fifth semester. Everything were well organised and finally everything were on their places. Will do another blog post to sum up my last semester. 

Now nak cerita pasal my bestfriend's eldest sister who is getting married. Finished my last paper on 14th October and balik Klang on the same day. Days after that were filled with nothing but makan, tidur and the circle continues. Diela decided that I have to sleepover at her's to help here and there and I wouldn't mind at all since I have a lottttt of free time (plus diri sendiri pun excited sebab perasan macam kakak sendiri kahwin lol sebab anak sulung so takda kakak)

Slept over at Diela's few days before the wedding. Tolong here and there to the point dah boleh gurau dengan her mum, her Tok Yan, her Tok Wah and relatives macam gurau dengan family member sendiri. You know she's your bestfriend when you feel like home when you are actually at her's kan? Rasa selesa sangat and did I tell you that Diela is the one who decorates the hantaran? Yup, she did it. She is so talented. I helped her making cookies for nikah's door gift, isi bunga telur dan sebagainya.

I was excited to the point I planned my wedding day in my head during the helping session. Hahahaha padahal lambat lagi nak kahwin tapi sibuk nak imagine. Whatever it is, I am so happy bila tengok Nani kahwin. I were there during the akad nikah ceremony pastu emotional aku sebak rasa nak nangis. Nani sangat cantik on that day sebab make up dia natural. Selalu makeup pengantin tak lawa, I personally think some bride looks like drag queen.

Masa majlis persandingan adalah masa kita bertemu dengan kawan yang dah berkurun tak jumpa. Rasa terharu sebab semua dah besar, dah lawa, dah boleh kahwin. Eh?









































 Till then, toodles! :)


Tuesday, April 29, 2014

Long time

Lama gila tak update blog as I am too lazy to write anything and to think of anything. Yang berlambak dalam draft semua puisi. Banyak puisi tapi tak tahu bila nak update. Cuti sem ni boleh update slow-slow kot rasanya. So yep, this is my part 5's semester break dan saya hanya duduk di rumah menjadi surirumah pada waktu ini.

Cakap pasal semester 5, semester ini adalah semester paling celaka bagi aku. Everything in Lendu falls apart. Everything is falling out of their places and its driving me crazy. And crazier. Trust me- everything. Aku macam takda arah tuju dan hilang punca. I have no bestfriends to comfort me there and my boyfriend is so far away from me. I hate Lendu so much. Lendu sucks big big time.

That celaka part is done at least for now sebab sekarang tengah cuti semester. I better make use of my semester break wisely. Gonna spend more time on family and cooking and baking and reading. About Frd, he's coming back another 2 weeks from now. I am hella super excited. Missing him so much!

Sunday, December 22, 2013

Fifth Semester

Semester ini adalah semester ke-5. Yep, another 1 semester and I'm done with my diploma. Currently I'm having my mid sem break dan baru ada masa yang betul-betul lapang nak update blog.

Talking about my 5th semester, everything went well so far. Validation semua dah settle, itu yang senang hati sikit nak update blog ni pun. Pasal result sem lepas pulak, memang kena cerita kat blog tapi no more photos of the actual result sebab masa haritu google nama sendiri pastu keluar semua gambar yang pernah upload kat blog. Bahaya gila!

Itu yang delete beberapa gambar dalam blogpost yang lama. Berbalik pada topik, result semester 4 adalah result yang PALING teruk pernah aku dapat. Its not surprising for me sebab aku tahu yang memang itu yang selayaknya untuk aku. Carrymark aku memang semua rendah belaka. First time carrymark semua macam haram. Idk whats wrong with me

Tapi aku bersyukur sebab aku tak repeat apa apa subjek and CGPA aku tak turun mendadak. Itu dah cukup buat aku sangat bersyukur. Aku sedih tapi tak kecewa sebab Allah bagi apa yang setimpal dengan usaha aku. 

Terima kasih Ya Rabb sebab sudi mengasihani saya. Gonna fight real hard for this semester! May Allah ease, amin :)

Monday, December 16, 2013

Kau hargai semua orang yang TAK hargai kau
kau campak tepi semua orang yang HARGAI kau.

Takpe, bila kau rasa nak hargai aku
datanglah sini.
Aku ada.

Sunday, December 15, 2013

The 20th birthday

Speaking about my 20th birthday which is on 6 Dec, I'm happy to be surrounded with this amazing peoples and friends. During my primary and secondary school years, I never fancy my birthday because its happened during school break. Start masuk U, dah mula suka dekat birthday sendiri sebab hari yang ada class.

Sebenarnya aku tak harap orang bagi hadiah pun sebab harijadi orang pun aku tak bagi hadiah. Tapi jika niat awak bagi hadiah tu adalah supaya harijadi awak nanti saya bagi awak hadiah, saya minta maaf awal-awal. Terima kasih untuk semua ucapan, semua ingatan dan semua doa kalian. Terima kasih juga untuk hadiah-hadiah yang kalian beri tak kiralah besar mahupun kecil.

Adah excited sebelum masuk 6 Dec dah call nak wish Happy Birthday. Alasannya takut nanti tak dapat jadi yang pertama wish and takut pukul 12 nanti line busy. Anisah pagi 6 Dec nyanyikan saya 3 version of Happy Birthday song. Kembar bagi hadiah coklat besar pastu atas coklat tu ada sticky notes 'Happy Birthday girl'. Nana buat surprise malam 6 Dec tu belanja Cheese Naan and bawa saya pergi Jonker Walk sebab saya lame walaupun dah lama belajar kat Melaka tak pernah jejak Jonker Walk. Esoknya Nana belanja crepe paling sedap kat Melaka pulak

Even harini pun classmates still celebrate beli kek semua makan ramai-ramai. Untuk yang saya lupa sebutkan, saya ucapkan terima kasih dan saya sangat hargai segala yang kalian buat pada saya. Tak kiralah kecil ke besar, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Sayang kalian semua! :)

I'm finally 20. Alhamdulillah

Wednesday, November 20, 2013

Adapt

Setiap benda ada pros and cons. Setiap benda ada cabaran/ dugaan tersendiri. Bila kita dah terbiasa dengan sesuatu keadaan, ada waktunya kita perlu keluar dari zon selesa kita. Dan untuk keluar dari zon selesa itu tidak mudah.

Cabaran/ dugaan akan nampak lebih hebat dan dahsyat. Segalanya akan jadi mencabar. Terpulang pada kita macammana kita nak handle this kind of situation. Manusia perlukan masa untuk selesakan diri dengan apa jua keadaan. Sebab kita dah terbiasa keadaan yang selama ni kita lalui, kita perlukan masa.

Contoh macam kita dah terbiasa pergi sekolah naik basikal dan satu hari basikal tu rosak, kita terpaksa jalan kaki. Hari pertama kita akan rasa 'Eh jauh jugak nak sampai sekolah ni. Selalu terasa dekat je'. Bila masuk hari ke-3, 4 kita akan rasa okay. Sebab kita dah boleh adapt the situation. The situation where we have to walk to school.

Alah bisa tegal biasa. Ini cliche tapi aku percaya phrase ni. Bila kita dah adapt the situation, it will be alright. Cuma untuk hati kita, badan kita, jiwa kita dalam proses nak adapt tu sakit sikit lah. Mula-mula memang kena struggle sikit.

To all first timer out there, always remember that the first step is the hardest step. Everything will be alright. Chin up and have faith. May Allah ease your first experience and journey. May Allah ease your way and hardship. Teruskan berjuang untuk hidup! :)

Thursday, November 14, 2013

Sacrifice

'How did you handle the feelings and i wanna know abt your hopes i mean after 6 months tu apa yang kau harapkan'

So Adah asked me this question.

Aku tak reti nak gambarkan perasaan aku macammana. Memang sedih sangat dan takkan ada orang yang faham macammana sedihnya aku. Sebab kita memang takkan faham perasaan sebenar orang tu melainkan kita ada di tempat yang sama dia berada.

Aku menangis sampai aku puas. Masa mula-mula tu, bila orang cakap be strong Najah and bla bla bla, aku mesti nangis. Padahal orang bagi semangat tapi itupun aku tak dapat tahan sedih. Sebab aku rapat dengan Farid, my closest friends tahu macammana Farid dan macammana aku. Mereka tahu kenapa aku beriya benar sedih bila Farid pergi.

Aku bertambah sedih bila memikirkan yang Farid takda dengan aku sebab selalu dia yang akan buat aku okay kalau stress dengan lecturer ke apa. Aku negative thinker jadi bila aku cerita kat dia masalah belajar aku, dia selalu bagi positive feedback.

Aku percaya SEMUA benda kat dunia ni perlukan pengorbanan. Semua benda termasuk ini. Jadi ini adalah pengorbanan aku. Dia kat tengah laut jadi aku tak tahu dia dapat tak tweet aku/ dm aku. Aku terfikir kalau kau clash and kau nak text ex-boyfriend kau tu, at least kau tahu dia dapat text kau dan dia baca. Kes aku lebih teruk dari itu. Aku tak tahu Farid boleh dapat ke tak tweet tu semua.

Aku kawal perasaan aku dengan bercerita pasal Farid dengan Umi aku dan Najwa, adik aku. It helps you know. Perasaan risau tu tak payah cakap lah. Sekejap sekejap tengok jam and wondering where is he now tapi bila bercerita dengan family tu, rasa kurang sikit perasaan sedih.

Dan untuk benda yang tidak boleh dikawal seperti perasaan rindu, yang ini memang kena tahan sampai takda rasa apa dah. Sebab aku tak boleh nak arah hati aku untuk tak rindu dia.

Harapan aku lepas 6 bulan nanti adalah dia masih lagi Farid yang sama aku kenal sebelum dia pergi belayar. Perangainya masih sama dan semoga Allah selalu lindungi Farid walau dimanapun dia berada :)

Takpe, Allah ada. Allah akan jaga dia

Friday, November 8, 2013

Kawan baik

Aku sedar yang mereka ini adalah kawan baik aku sebab mereka boleh terima aku. Mereka sekepala dengan aku. Mereka faham aku. Kalau kita tengok balik kawan baik kita masing-masing, mesti ada persamaan antara kalian, sebab tu kalian boleh jadi kawan baik.

Umi kata kawan baik tu kita tak perlu jumpa hari-hari/ call hari-hari, tapi bila sekali jumpa tu memang bercerita bergossip macam setiap hari jumpa.





Aku dah jumpa kawan baik aku :)

Wednesday, October 30, 2013

Tabik

Aku tabik hormat pada semua manusia di dunia ni yang pandai berlakon.
Yang sakit hati tapi boleh berlakon macam takda apa berlaku.
Yang benci tapi depan orang tu layan baik je.
Yang marah tapi tetap sabar dan lupakan kemarahan.
Yang tak suka tapi pura-pura suka.
Yang rindu tapi buat macam tak rindu.
Tabik hormat pada kalian.

Kerana aku, tak reti berlakon.
Sakit hati aku akan nampak yang aku sakit hati.
Benci aku akan nampak muka meluat aku.
Marah aku akan terkeluar segala amarah dan rajuk.
Suka aku akan tunjuk betapa aku suka.
Rindu aku akan terus terang kata aku rindu.

Monday, October 28, 2013

L O V E (36)

Setahun jagung. Terima kasih untuk semua yang pahit manis. Je t'aime, amant <3

Wednesday, October 16, 2013

Semester 4

Semester 4 dah settle and next year is the final year for my diploma. Memang masa bergerak laju. Boleh dikatakan semester ini adalah semester paling teruk bagi aku. Semuanya kelam kabut. Semester lepas pun semester paling teruk tapi dari segi emosi aku sebab aku dikelilingi oleh negative vibes sampai nak belajar pun takda semangat and rasa nak menangis je sepanjang masa.

Semester ini pulak adalah semester paling teruk dari segi pelajaran. Masa nak final tu perasaan takut tu membuak-buak. Takut aku tak boleh buat yang terbaik. My first paper is ECO. Masa nak tidur malam tu sampai terjaga dari tidur, takut punya pasal.

Aku dah pesan awal-awal kat Umi and Walid yang aku rasa aku tak capable untuk DL lagi sem ni. Memang target semua lulus je sem ni, itupun dah cukup bersyukur kalau semua lulus.


Wednesday, September 25, 2013

Burung

Aku ni pipit,
kau tu enggang.



Mana padan.

Friday, September 20, 2013

Crush

Kalau boleh, aku taknak jumpa kau lagi.
Terserempak pun taknak.
Ternampak pun taknak.

Sebab aku tahu, segala perasaan dulu akan datang semula bila nampak kau.
Sebab aku rasa, segala sebak jiwa lihat kau teruskan hidup tanpa sedar kewujudan aku.


Wednesday, August 28, 2013

Paling

Cinta/ Sayang itu bukan kerana rupanya cantik


Yang sebenarnya bukan itu yang menyenangkan jiwa


Yang menyenangkan jiwa bila dia boleh terima buruk baik kita, 
boleh layan kerenah kita,
boleh bimbing kita,
boleh menjadikan kita orang yang lebih baik.



Tengok balik orang yang awak cinta/ sayang, bahagian mana dalam dia yang paling menyenangkan jiwa?

Monday, August 26, 2013

Jahanam

Pergi jahanam semua lelaki
yang bagi harapan pada perempuan
lepastu blah macamtu je.

Pergi jahanam semua lelaki
yang layan perempuan macam dia suka
tapi sebenarnya sikit pun dia tak minat perempuan tu.

Pergi jahanam mereka semua kerana mereka tak tahu
betapa sakitnya mengharap benda yang tak pasti,
betapa sakitnya menanggung rasa hati.

Sunday, August 25, 2013

Majlis Anugerah Dekan


Ini semua budak class aku yang dapat dekan. Nabilah, Atiqah, Fiezi, Ain, Mas dan aku. This is my very first time pergi majlis ni so I'm kinda batak sikit haha boleh bayangkan tak masa beratur tu nanti sistem akan scan barcode kat nametag kita then baru nama kita akan appear kat screen besar tu. High-tech en en en

Berada disitu, aku sebenarnya tak percaya yang aku tengah duduk dan aku adalah salah seorang dari mereka. Rasa macam tak percaya sangat. Takda lain yang aku fikir selain Umi dan Walid. Rasa sebak bila fikir yang ini semua untuk Umi dan Walid :') Aku ni sebenarnya takkan jadi sesiapa kalau bukan atas doa Umi, Walid.

Jujur aku katakan yang Daiyan Trisha adalah idola aku untuk sem lepas. Daiyan pun ada repeat subject macam aku tapi dia still manage untuk dapat DL. Bila aku tahu, aku terfikir kalau dia yang ada repeat tu boleh DL, mesti aku pun boleh.

Start dari situlah aku mula study hard kaw kaw. Tapi tak tipu lah orang macam aku ni kena work hard lebih sikit. Tak sama cara belajar dengan orang yang takda repeat. Dugaan belajar pun tak sama dengan orang yang takda repeat.

Masa dalam majlis tu, bila tengok orang kiri kanan aku tahu yang 3.56 sahaja tak mencukupi. Memang dl tapi kalau dibandingkan dengan mereka yang lain pergh aku ni sebelah mata pun diorang tak pandang. Yang semua 3.93 3.74 3.95, rasa malu pun ada.

Whatever it is, semoga itu membuatkan aku lebih ingin untuk berusaha keras dan dapat result yang lebih baik. May Allah ease our path and way. Aminn :)

p/s: Daiyan dekan lagi sem ni. So dearself, wanna make it one more time?

Monday, July 29, 2013

Apa yang kau lihat pada aku ini hanya aku dari luar
Kau belum tahu apa pada aku yang di dalam
Aku bagi amaran- ianya tak seperti yang di luar


Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan aku.
Aku dah bagi amaran