You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Tuesday, May 14, 2013

Alhamdulillah. Akhirnya :')

Aku cerita semua kat blog ini because this is mine. Kalau rasa nak judge jugak- nak cakap itu ini, suka hati kalian. People will judge anyway.


This is my first time getting this. Perasaan masa itu susah untuk digambarkan. Sebagai orang yang ada pengalaman kat result dia pernah ada 'GA', the first thing yang aku tengok ialah row paling belakang sekali and I am so relieved to see yang semuanya 'LU'.

Aku dah nampak pointer tapi aku macam tak percaya sebab pointer aku sem lepas 3.13. Aku terfikir takkan boleh naik banyak macamni sekali kot? Tapi bila tengok bawah sikit, terang terangan stated dl. Pergh terus menangis, capai phone and call Walid.

Walid yang mendengarnya pun menangis. I am so happy that I make Walid cry in a good way, for a good reason. Sungguh aku buat ini untuk Walid dan Umi. Kalau aku buat untuk aku pun hanyalah 10% sahaja. Yang lain semuanya untuk Umi Walid.

Sebab aku tak minat Accountancy. Kat sekolah dulu pun aku class Science. Tapi sebab Umi suruh ambil, aku turutkan. Aku selalu mengeluh sebab bidang ni susah. Susah sangat. Siapa belajar bidang ni dia tahu lah. Dan aku tahu bidang lain juga ada cabaran masing-masing. Apa je benda yang senang kat dunia ni?

Diri aku sendiri, Frd, Kembar, Nana, Tiqah tahu betapa aku struggle untuk semester ni. Betapa aku tak tidur sebab study, betapa aku nangis call Walid sebab aku takut sangat if I let him down. Ada yang pandang aku macam aku ni bodoh sangat tapi aku biar je. Allah nampak usaha kita. Dia bagi apa yang kita deserve.

Ada yang kata ini rezeki. Ya betul. Tapi ini bukan soal rezeki semata-mata. Usaha aku, effort aku. Ada kau ambil kira? Macam peniaga kat pasar malam. Untung jualan itu memang rezeki dia tapi kalau dia takda effort dan usaha nak bukak kedai dia, nak sediakan makanan sedap kau ingat orang nak beli ke?

Allah Maha Adil, Maha Mengetahui. Ini hadiah untuk Umi dan Walid. Terima kasih Ya Rabb. Semoga aku dapat kekalkan apa yang baik. Amin





Wednesday, May 8, 2013

My own definition of Happiness

Setiap orang punya beda pengertian mereka terhadap sesuatu perkara. Macam aku bila aku dengar live band, hati aku rasa tenang dengan merdunya alunan muzik dan gitar. Mungkin bagi sesetengah orang macam pelik macammana minah ni boleh tenang pulak tapi untuk aku itu pengertian aku bagi erti kata puas hati dan tenang.

Bahagia- Ada yang kata bila ada rumah besar, dia dah cukup bahagia. Ada yang kata bila dia ada banyak duit, dia dah cukup bahagia sebab dia mampu miliki apa yang dia nak. Ini mengikut pandangan masing-masing.

Untuk aku, bahagia yang paling utama ialah keluarga aku. Even adik-beradik aku ramai and rumah ni mesti riuh rendah dengan sana sini menjerit berebut remote control dan sebagainya, aku tetap bahagia. Aku pernah duduk rumah kawan. Serious aku memang tak boleh duduk tenang sebab rumah dia sunyi sangat. Terus rasa rindu kat adik adik :')

Selain keluarga, my own definition of happiness is bila ada orang yang boleh terima aku apa adanya. I don't know how to describe this feeling. Siapa yang rapat dengan aku, mereka tahu aku jenis keras kepala dan ego. Aku rasa kalau aku jadi lelaki pun, aku takkan minat kat perempuan yang perangai macam Najah ni. Sebab susah nak handle.

Tapi rupanya ada orang yang boleh terima aku apa adanya(so far). Ini pun tak tahu lah selamanya atau sementara. Semoga berpanjangan. Bila ada orang boleh terima buruk baik aku, boleh handle aku at my best and worst, aku jadi sangat sangat bersyukur. Terima kasih Ya Rabb :)

Bahagia tu ada disekeliling kita. Ini pengertian bahagia untuk aku. Mungkin tak sama dengan kalian. Jangan pulak hangpa semua fikir kalau takda orang boleh terima korang apa adanya maknanya korang belum cukup bahagia. Bukan begitu ya. Ini erti bahagia aku. Erti bahagia kalian mungkin lain, siapa tahu?

'Bahagia tu benda yang kita ada bukan benda yang kita cari'- Mengikut konsep ini, aku bahagia. Sebab tu aku kata even rumah aku riuh rendah, aku tetap bahagia. Sebab itulah benda yang aku ada :)

Tuesday, April 30, 2013

Boring

Cuti semester dah start and my semester break went so boring. All I do is the house chores and teman Umi pergi situ sini. Setakat hari ini belum ada lagi kawan ajak lepak ke apa so here I am enjoying my free time. Aku lebih rela jadual pack and I know what to do. Kalau macam sekarang ni takda jadual, mandi pun lambat. Dah petang nanti baru nak mandi. Sigh 

Sebabkan takda buat apa kat rumah, kepala otak ini asyik fikir apa nak makan je. So this is my craving list which need to be fulfilled before heading back to Lendu:

  • Spagetti 
  • Sambal Udang
  • Pajeri Nenas
  • Ikan Keli Berlada
  • Masak Lemak Kuning Ketam
  • Daging masak Black Pepper

Ini tak masuk lagi craving nak makan Mc Flurry, Hot&Roll dan sebagainya. Ini adalah craving list untuk dishes yang umi and walid masak. Very available and affordable hihi

Tuesday, April 23, 2013

Tunggu?

'Okay, aku tunggu kau kat sini. Jangan lambat tau'

Tapi bila kawan kita tu datang lambat dan kita dah tunggu dia lama, mesti kita bengang. Kalau tak banyak, sikit mesti ada rasa bengang. Dah janji pukul 10 tapi pukul 11 pun tak muncul lagi. Siapa tak bengang kan?

Ini tunggu yang lain.
Tunggu yang tak tahu sampai bila.
Takda siapa yang janji 5 tahun atau 10 tahun lagi atau minggu depan atau esok.
Takda siapa bagitahu sampai bila kena tunggu.
Tapi kau masih tunggu.

Sedangkan kita beratur nak ambil voucher buku yang percuma tu pun mengeluh sebab tak sanggup tunggu lama.
Sedangkan kita tunggu nasi masak bila perut kita betul-betul lapar pun kita rasa lama.
Sedangkan kita nak tunggu lesen P mati sebab excited sangat nak bawak kereta tanpa 'P' kat belakang kereta tu pun kita rasa lama.

Itu semua yang kita tahu berapa lama kita harus tunggu.
Ambil voucher buku tak sampai sehari.
Nasi masak dalam setengah jam.
Lesen P mati selepas 2 tahun.

Tunggu.
Semoga berjaya.



Tuesday, April 2, 2013

Jujur aku bilang ini
Ya sungguh
Jujur aku bilang
Bukan aku tak percaya pada kata-kata mu
Tapi bila kau juga bilang begitu pada yang lain
Bilang pada aku
Bagaimana hendak aku percaya pada kata-katamu?



Bilang pada aku.

Tuesday, March 26, 2013

Final Exam is finally here.

So I procrastinate since morning padahal esok my very first paper of Final Exam nak start dah. I didn't revise anything which that shows how hopeless I am. Have been online, checking blogspot and do stuff that is unrelated to my studies. Fyi, I'm currently addicted to ProudDuck. Hihi

I have 6 papers to be sitted for final. And me so tak sabar for the final to end. Because I already have plans on what to do during my semester break. Tolong doakan semoga saya dapat menjawab dengan baik dan jayanya, boleh? :)

May Allah ease my hardship during final exam week. Semoga dipermudahkan. Semoga semoga

Sunday, March 17, 2013

Syukur aku.

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Walaupun ada benda yang cukup atau tak cukup, aku tetap bersyukur.
Bersyukur dengan hidup aku, keluarga aku, Umi Walid aku, adik beradik aku.
Semuanya.
Tak semua orang ada apa yang kita ada.
Jadi aku selalu ajar diri untuk terima apa yang aku ada, seadanya.
Walaupun tak cukup, terima.
Ya Rabb, terima kasih.
Untuk Umi dan Walid yang aku ada sekarang,
Untuk adik beradik yang aku ada sekarang,
Untuk kawan-kawan yang aku ada sekarang,
Untuk hidup yang aku jalani sekarang.
Syukur.