You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, August 22, 2015

Setuju tak kalau aku kata sifat jujur tu suatu benda yang tak pasti?

Kalau kau buat sesuatu yang hanya kau seorang yang tahu, mana alibi yang boleh menyokong kejujuran kau? Sedangkan takda orang lain yang tahu.

Kalau kau jujur, sejauh mana kau betul betul jujur dan sejauh mana orang percaya kejujuran kau?

Sesetengah orang hanya mengiyakan apa yang kau cakap sebab malas nak layan kau atau dia malas nak fikir pasal apa sebenarnya yang berlaku. Dia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

Jujur ni hanya akan jadi benda yang pasti kalau diri kau sendiri yang mengaplikasikannya. Maksudnya disini, kau pasti kau jujur sebab kau tahu apa kau buat (Kalau kau tak jujur dengan diri sendiri, tipu diri sendiri namanya tu). 

Tapi kalau kau tanya orang lain, orang lain tu memang akan bagi jawapan cuma jawapan yang dia bagi tu hanya dia dan Allah saja yang tahu kebenarannya. 

Contoh 1-
A: Kau ada terjumpa duit aku tak?
B: Tak, aku tak jumpa duit kau.

Contoh 2-
A: Kau dah move on ke dengan perempuan tu?
B: Weh aku dah lama move on ah

Contoh 3-
A: Betul ke awak tak suka perempuan lain selain saya?
B: Betul. Hanya awak yang saya suka dari dulu, kini dan selamanya (lol)

Kesemua makhluk B diatas mengakui yang mereka bersifat jujur semasa menjawab soalan. Tetapi sejauh mana kejujuran mereka hanya mereka yang tahu :)