You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Wednesday, October 30, 2013

Tabik

Aku tabik hormat pada semua manusia di dunia ni yang pandai berlakon.
Yang sakit hati tapi boleh berlakon macam takda apa berlaku.
Yang benci tapi depan orang tu layan baik je.
Yang marah tapi tetap sabar dan lupakan kemarahan.
Yang tak suka tapi pura-pura suka.
Yang rindu tapi buat macam tak rindu.
Tabik hormat pada kalian.

Kerana aku, tak reti berlakon.
Sakit hati aku akan nampak yang aku sakit hati.
Benci aku akan nampak muka meluat aku.
Marah aku akan terkeluar segala amarah dan rajuk.
Suka aku akan tunjuk betapa aku suka.
Rindu aku akan terus terang kata aku rindu.

Monday, October 28, 2013

L O V E (36)

Setahun jagung. Terima kasih untuk semua yang pahit manis. Je t'aime, amant <3

Wednesday, October 16, 2013

Semester 4

Semester 4 dah settle and next year is the final year for my diploma. Memang masa bergerak laju. Boleh dikatakan semester ini adalah semester paling teruk bagi aku. Semuanya kelam kabut. Semester lepas pun semester paling teruk tapi dari segi emosi aku sebab aku dikelilingi oleh negative vibes sampai nak belajar pun takda semangat and rasa nak menangis je sepanjang masa.

Semester ini pulak adalah semester paling teruk dari segi pelajaran. Masa nak final tu perasaan takut tu membuak-buak. Takut aku tak boleh buat yang terbaik. My first paper is ECO. Masa nak tidur malam tu sampai terjaga dari tidur, takut punya pasal.

Aku dah pesan awal-awal kat Umi and Walid yang aku rasa aku tak capable untuk DL lagi sem ni. Memang target semua lulus je sem ni, itupun dah cukup bersyukur kalau semua lulus.


Wednesday, September 25, 2013

Burung

Aku ni pipit,
kau tu enggang.



Mana padan.

Friday, September 20, 2013

Crush

Kalau boleh, aku taknak jumpa kau lagi.
Terserempak pun taknak.
Ternampak pun taknak.

Sebab aku tahu, segala perasaan dulu akan datang semula bila nampak kau.
Sebab aku rasa, segala sebak jiwa lihat kau teruskan hidup tanpa sedar kewujudan aku.


Wednesday, August 28, 2013

Paling

Cinta/ Sayang itu bukan kerana rupanya cantik


Yang sebenarnya bukan itu yang menyenangkan jiwa


Yang menyenangkan jiwa bila dia boleh terima buruk baik kita, 
boleh layan kerenah kita,
boleh bimbing kita,
boleh menjadikan kita orang yang lebih baik.



Tengok balik orang yang awak cinta/ sayang, bahagian mana dalam dia yang paling menyenangkan jiwa?

Monday, August 26, 2013

Jahanam

Pergi jahanam semua lelaki
yang bagi harapan pada perempuan
lepastu blah macamtu je.

Pergi jahanam semua lelaki
yang layan perempuan macam dia suka
tapi sebenarnya sikit pun dia tak minat perempuan tu.

Pergi jahanam mereka semua kerana mereka tak tahu
betapa sakitnya mengharap benda yang tak pasti,
betapa sakitnya menanggung rasa hati.