You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Wednesday, January 11, 2012

Berpijak di bumi nyata.

Aku always ingatkan diri aku untuk berpijak di bumi nyata. Sebab kadang kadang impian angan-angan aku tinggi menggunung. Tapi takpe tak salah berangan-angan. Aku tak tahu nak define life aku sekarang macammana. Bercampur baur tak tahu mana yang perlu didahulukan, mana yang perlu percaya, mana yang perlu difokuskan.

Sabtu ni ada test FAR 100 and I'm telling you I will die. Aku dahlah tak faham sepatah apa dalam FAR tu. Pray for me. Sekarang ni masalahnya bukan itu. Fikiran aku ni, otak aku ni pening. Lagu blog bukan main gedegang tukar lagu Move On konon bajet nak move on. Puii! Mulut cakap move on, hati kata tak boleh move on macam tu je. Haa! Mana satu kau nak dengar? Apa kau akan buat if kau kat tempat aku? Itu soalan aku.

This one guy tak boleh lupakan kau like really really tak boleh lupakan kau. Tapi kau yeah walaupun bukan mudah nak lupakan dia, tapi kau tahu yang kau boleh lupakan dia. Tapi lelaki ni tak boleh. Bila kau suruh cari pengganti, dia tak mahu. Dia nak tunggu kau. Sedangkan kau pun belum pasti adakah perasaan kau akan tetap sama terhadap dia kalau dia masih menunggu disitu. Tapi jawabnya dia tak peduli. Kalau nanti tak sayang, dia redha. Aku susah nak gambarkan kat sini.

Untuk kau yang aku maksudkan ini, aku tahu kau tahu ini kau kann? Ini memang kau. Aku nak kau tahu buat masa sekarang ni memang takda yang boleh gantikan kau. Aku masih lagi tersenyum bila teringat kenangan kenangan kita. Aku rindu kita yang dulu. Kita yang rapat dan gelak tak ingat dunia bila on call. Eh aku rindu kau yang ceria tu kau tahu. Aku masih menyebut nama kau tanpa jemu setiap hari. Aku masih bercerita mengenai kau pada kawan kawan aku. Takda yang seperti kau. Mungkin ada cuma aku je yang tak perasan? Entah.

Untuk orang yang bagi muffin chocolate buat berbuka tempoh hari, saya masih belum makan lagi benda tu walaupun awak pesan makan muffin tu dulu. Ada atas meja tu, sayang nak makan. Simpan je boleh takk? :)

No comments:

Post a Comment