Malam semalam aku down gila. Gila gila punyalah. Aku tak tahu macammana nak describe semalam. Then ada satu peristiwa yang buatkan aku sedar yang ada lagi orang yang lebih rasa down daripada aku. Jangan kau fikir yang kau je dapat nasib yang paling buruk dalam dunia ni, Najah.
Its about my friend. Not to mention names, she's strong by judging on her outlook. Gelak sana sini, kepala otak macam aku gila gila. Tapi semalam bila aku menangis, dia tanya kenapa and pujuk supaya aku ceritakan kisah aku. Aku mulanya malu but then dia cakap 'At least kau boleh text dia'. Lalu aku tanyakan kenapa dia cakap macamtu. And she starts to share.
She's in relationship with this one boy and they are happy together. Tak pernah gaduh. But then mak lelaki ni tak suka and bla bla bla so diorang have to clash. Being a good obedient son, dia terpaksa ikut and my friends ni redha. Padahal diorang baru je in relationship bukan bertahun tahun pun. Hobi boyfie dia ni dulu is make video. The video is super awesome GI-LA! Cair jadi ais batu kalau kau tengok. Sumpah aku menangis balik bila tengok video yang last lelaki tu bagi masa diorang berpisah. Serious sedih. Sweet gila. Dalam video tu dia cakap yang dia taknak my friend ni sedih and dia pesan suruh move on, cari lelaki yang lebih baik. Aku sebenarnya nak tunjukkan video tu kat sini biar korang percaya yang video cool gila tapi my friend tak kasi aku cerita kat orang lain, tulis kat blog nipun dia tak tahu. Lelaki tu tulis jugak yang dia nak my friend ni lupakan dia. And selepas itu, this boy deactivatekan segala social network dia. Facebook Twitter Tumblr Blogger. I asked her, 'Macammana kau boleh move on?' and she replied, 'Siapa kata aku move on?'. Yes bukan senang nak move on, bukan senang nak lupakan lupuskan kenangan seseorang yang dulu strangers tapi pernah jadi someone special dalam hidup kau. Tidak semudah itu.
Aku mula berfikir. Macammana aku kalau ditempat kawan aku tadi? Adakah aku akan boleh berlakon ceria dihadapan semua? Berpura pura bahagia? Berpura pura yang ini semua tidak menyakitkan aku walau sikit pun. Jawapannya, aku tak boleh. Aku baru sedar yang ada orang yang lebih teruk lagi kisahnya daripada aku. Sekurang kurangnya aku masih boleh tahu apa yang dia buat atau dia sihat ke tak. Kali ni, aku berjanji kat diri aku sendiri yang aku nak move on. Doakan aku semua (:
No comments:
Post a Comment