Semalam we have a camp called Kem Puteri Solehah hosted by Tun Hasan College. The camp is so worth it. We even dont have to spend a single cent on it. Sangat membuka mata untuk aku. Ya, aku tahu yang tak semestinya lepas dengar ceramah gedegang gedebum tu terus kena berubah jadi alim sebab kita manusia perlukan masa. Yang paling penting adalah hati. Buat apa berubah jadi lebih baik kalau hati tak ikhlas kan?
Penceramah tu cakap 'Jatuh cinta tu lumrah. Seandainya awak sekarang ni biasa tengok lelaki yang handsome macho, insyaallah awak akan dapat suami yang bila dengan awak pun dia jeling perempuan lain. Sekiranya awak biasa bertepuk tampar dengan lelaki macam benda tu perkara biasa, isyaallah akan dapat suami yang biasa bertepuk tampar dengan perempuan lain jugak'. Ini pesan untuk diri aku jugak since aku suka tengok lelaki macho handsome bergaya semua kann?
Kem tu ajar aku untuk sangat sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur sebab masih bernafas, bersyukur sebab sihat walafiat, bersyukur untuk semuanya. Terlalu banyak kalau aku nak tuliskan satu persatu. Pokoknya, aku sangat bersyukur. Terima kasih Ya Allah, terima kasih yang tidak terhingga! Penceramah tu pesan doa kita belum tentu makbul, doa orang lain sebenarnya lebih penting. Sebab itu sangat penting untuk orang mendoakan kesejahteraan kita. *Untungnya awak, sebab awak selalu ada dalam doa saya :) Btw, penceramah siap kira budget kahwin kitorang and sum up semua, it costs RM 45,200. Tercengang aku hoii! Baru semalam aku sedar yang nak kahwin ni mahal gila :0
So bakal-bakal suami diluar sana, kumpul duit dari sekarang ye? Hehe
No comments:
Post a Comment