You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Wednesday, February 8, 2012

Ketika cinta berputik, adakah kau jodohku?


K, Najah propa lebih tajuk entry dia. Kahkah

Semalam sebenarnya ada ceramah pasal tajuk kat atas tu. Tetamu yang diundang ialah juara Ustazah Pilihan, Ustazah Firus Akhtar. And also our very own Ustaz Asri Abdullah merangkap SDO Tun Hasan punya husband. Cakap pasal topik ni je, memang berduyun siswa siswi datang. Sampai tak cukup kerusi, yang baru habis class pukul 10 pun bantai datang jugak. Sebab tajuk hangat punya pasal.

Dalam ceramah tu ada montaj. And soalan dalam montaj tu berbunyi 'Pernah tak bercinta? Kalau pernah dengan siapa? Perasaan masa bercinta? Perlu ke bercinta sebelum kahwin?'. Biar aku jawab untuk diri aku sendiri. First, yes aku pernah bercinta. Dengan you-know-who. Perasaan masa bercinta ni bahagia sangat. Please minus the gaduh gaduh part bcause that is normal lah dalam percintaan. Perasaan bila kita sayang someone, kita care pasal dia and so do him. Bahagia kann? And bukan senang nak buat orang sayang kita or kita sayang orang tu sebab at first dia tu strangers untuk kita then bila kita dah sayang suka cinta and what not kat dia, dia dah jadi someone important untuk kita kan? And untuk soalan perlu ke bercinta sebelum kahwin, ini terpulang pada individu sebab if for me, aku no hal. Sebab Ustazah Firus cakap kalau kita tak berkenalan dengan dia macammana kita nak tahu perangai dia semua kan. BUT! Perkenalan tu mesti berlandaskan Islam lah.

Ustaz Asri pulak kata cinta ni macam kita makan gula-gula. Bila orang tanya kita macammana rasa manisnya gula-gula tu, kita tak dapat describe macammana rasanya tapi yang kita tahu gula-gula tu manis. So hanya orang yang rasa kemanisan gula-gula tu, yang makan gula-gula tu je yang tahu apa rasanya. Cinta ni subjektif. Cinta ni unik. Setiap orang mempunyai definisi yang berlainan tentang cinta. Kalau untuk aku personally, aku fikir perasaan sayang itu jauh lebih penting berbanding cinta. Cinta macam kita mudah jatuh cinta but if perasaan sayang susah nak lahir, susah nak wujud. Contoh macam kawan aku kat tuition dulu, H**** and K***. Si lelaki ni suka kat my friend ni and sayang kat dia. Tapi si perempuan ni takda perasaan apa pun kat Si Lelaki ni. Tapi Si Lelaki ni wat lek je, siap redha perempuan tu couple dengan orang lain. Tapi macammana pusing pun, lelaki tu still mention yang dia tak pernah semudah itu nak lupakan perempuan ni. Itu sebab apa? Sebab sayang.  Kalau cinta ni, dia boleh je pergi cari perempuan lain yang beribu-ribu lemon kat luar sana tu.

Ustaz pesan kaum Hawa kena memilih sekarang ni. Kena buat wishlist nak lelaki yang macammana. Aku akan buat in my next entry. Dalam hidup ni kita kena pandai bezakan yang utama dengan yang pertama. Yang pertama mesti family kan. Dan yang utama adalah keperluan diri kita sendiri contoh macam pelajaran. Memang takda orang pun or dalil yang cakap couple tu haram cuma kita kena pandai bawak diri. Ini ustazah yang cakap ikut cara Islam and all. Kalau boleh, aku hanya nak kahwin sekali je sampai ke syurga :) Aku always ingat perempuan yang baik untuk lelaki yang baik so aku akan cuba jadi perempuan yang baik supaya aku dapat lelaki yang baik. 

Bak kata Ustaz Don, kalau perempuan tu teruk dan dan nak kahwinkan dengan orang alim, ustaz supaya konon nanti boleh bimbing boleh betulkan apa yang salah. Eh tak larat nak betulkan dahhh! Ustazah pesan kita tak payah risau tak payah runsing. Buat kerja kita, go with the flow, stay pretty nanti adalah lelaki yang usha. Haha tak blah Ustazah Firus pesan macamni! Over all, ceramah was fun. Ketawa terbahak-bahak and sangat bermanfaat. Islam ni sangat indah, tolonglah hargainya. Siapa tak reti hargai Islam, dia bodoh!


Cinta tu satu fitrah kerana cinta adalah anugerah agung Allah untuk semua hambaNya. Cinta boleh buat orang yang lemah menjadi kuat dan orang yang kuat menjadi lemah.
Lagu blog dah tukar btw. Hehe tukar mood looking forward so mood jadi happy xD

No comments:

Post a Comment