First sekali, entri ni tiada tajuk. Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Aku tulis apa yang terlintas dalam otak jelah. Nampak gambar atas tu? Yes kadang-kadang melepaskan sesuatu tu lebih mudah daripada mencuba lagi.
Ada banyak sebab sebenarnya kenapa melepaskan lebih mudah daripada mencuba lagi, mengikut situasi. Contohnya mungkin kerana kalau kau tak lepaskan dia pun kau ambil keputusan nak cuba lagi, dengan harapan kalau kau cuba kau akan berjaya? Mungkin kau akan berjaya dan mungkin kau tak akan berjaya.
Kita juga perlu melihat situasi kedua belah pihak. Yang melepaskan dan yang dilepaskan. Mungkin lelaki yang taknak lepaskan ni dia terlalu sayangkan perempuan tu. Dan mungkin juga perempuan yang mahu dirinya dilepaskan ini punya alasan sendiri kenapa dia taknak ada apa apa hubungan lagi dengan si lelaki tadi.
Mohon kalau ada masalah, haruslah dengar dari mulut kedua belah pihak. Jangan dengar dari sebelah pihak dan terus buat konklusi berdasarkan pandangan separuh cerita sahaja. Bahaya sangat benda macamni. Aku teringat masa zaman sekolah dulu, heboh video sorang mamat ni bunuh diri sebab awek dia. Kat dalam bilik mamat tu penuh kad topup bertampal kat dinding. Menunjukkan dia telah banyak mengeluarkan duit untuk topup and text/call awek dia tu.
Ya aku faham sesetengah orang mesti menyalahkan si awek tadi. Kenapa tak hargai lelaki yang sangat sayangkan dia and yadayadayada? Apalagi yang dia nak, orang dah sayang sampai macamtu? Tapi kalian juga harus fikir apa yang telah lelaki tadi lakukan kat awek dia. Mungkin lelaki ni pernah melakukan sesuatu yang kita tak tahu yang membuatkan perempuan ni tak boleh terima dia lagi.
Sama sama fikir. Hidup ni kena buat pilihan. Lecturer BEL aku cakap, 'Apa yang PENTING kalau semua kat dunia ni kau rasa penting?'. Maknanya kalau semua benda kat dunia ni kau rasa penting, susah lah. Apa istimewanya perkataan penting tu lagi? Sama macam kau panggil orang as 'sayang'. Kalau orang yang baru kenal pun kau dah bersayang-sayang, dah tkda bezanya nanti kalau kau panggil orang yang betul betul kau sayang.
Hidup kena buat pilihan. Siapa lagi penting? Awek ke member. Mana nak buat? Melepaskan atau cuba lagi. Nak ikut jalan mana? Sini ke sana. Live well or live hell, YOU choose.
Jawab soalan tu untuk diri sendiri. Melepaskan atau cuba lagi?
No comments:
Post a Comment