'Lelaki boleh ada prinsip. Tetapi prinsip tidak boleh mengatasi hati.'- copyright Zulfikar Ismail
Perlu ke terangkan lagi apa maksudnya? Atau kalian baca sahaja sudah faham maksudnya? Pandangan aku tentang ayat ini ialah lelaki ni ada diorang punya ego and pandangan masing-masing tapi bila datang seorang perempuan yang betul, ego tu semua tolak tepi sebab ego tu semua tak boleh mengatasi hati.
Contoh seorang lelaki ni dia tough kuat tak main ah jiwang jiwang nak romantik ke or nak ada awek ke, bukan dia lah kalau perangai macamtu. Dia jenis yang tak romantik and tkda masa nak pujuk pujuk perempuan ni. Itu PRINSIP dia lah.
Tetapi bila ada sorang perempuan yang dia betul-betul suka, time tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Baru berubah nak ambil hati perempuan tu, belikan perempuan tu macam-macam. Sebab katanya perempuan ni lain dari yang lain. Tak pernah jumpa perempuan macamni. Itu namanya cinta dan datangnya dari HATI. Ternyata prinsip lelaki tadi tidak boleh mengatasi hati kan?
Itulah yang aku faham pasal ayat Zul tu. Eh Zul, otak kau brilliant. Ayat power dan bermakna. Terbaik bro!
No comments:
Post a Comment