You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Friday, August 3, 2012

Kita buat kerja kita.


Heboh benar sana sini bercerita mengenai konspirasi Yahudi dalam pembukaan Olympics 2012. Mulanya aku mendengar cerita di twitter yang pembukaan sangat grand tanpa mengetahui apa yang grand sangat tu. Dengar cerita ada David Beckham, Rowan Atkinson. Jadi aku excited nak tengok full opening ceremony kat youtube. Bila aku tahu full opening ceremony adalah selama 4 jam, aku terus batalkan niat. Aku hanya tengok part Mr. Bean sahaja.

Menulis entri ini bukan untuk menunjukkan aku bijak dalam soal agama atau aku dah bertukar jadi alim. No! Ini hanya sedikit ilmu untuk dikongsikan ya. Masa berbuka tadi Danial kata dia lepak dengan Along selepas terawih malam sebelumnya. Along ni belajar di Mesir jurusan berkaitan agama tapi bulan puasa ni dia balik Malaysia. Dia boleh keluarkan hadith petik jari je. Macam ustaz-ustaz kat TV yang bagi ceramah terus pop out hadith dari mulut diorang. Along ni macamtu lah. Danial memang kenal dengan Along ni sebab Along minat photography jugak kalau tak silap.

Jadi mereka membicarakan tentang Dajjal, Illuminati, Freemason dan sewaktu dengannya. Sungguh kalau aku diberi peluang untuk lepak dengan orang macamni pun, aku sanggup. Orang yang banyak ilmunya, baik dan merendah diri. Along kongsi banyak tanda-tanda akhir zaman dah mula muncul. Antaranya, Tanah Arab menjadi subur.

Sekarang Padang Arafah yang dulunya kering kontang takda tanaman pun dah mula ditumbuhi rumput. Apakah maknanya itu? Aku juga tidak sempurna solatku- kadang solat kadang tinggal, tidak sempurna waktu solatku- tidak selalu solat di awal waktu, aku juga takut jika kiamat datang dan aku belum bersedia mengumpul amalku. Time tu nak buat apalagi. Kiamat dah datang, takkan kita nak lari?

Along pesan kiamat akan jadi walau apapun. Kiamat tetap akan terjadi. Kita hanya buat kerja kita. Faham tak maksudnya? Besar sungguh makna ayat ini- 'Kiamat tetap akan terjadi. Kita hanya buat kerja kita.'

No comments:

Post a Comment