You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Monday, October 1, 2012

By Fynn Jamal

Janji kalian akan baca sampai habis. Janji? 

'kalau saya lemas di laut lepas--
awaklah pelampungnya
membawa saya ke atas.

kalau saya tersesat di hutan luas--

awaklah mancisnya
memberi api binatang buas.

kalau saya jatuh di gaung dalam--
awaklah talinya
membawa keluar sebelum malam.

kalau saya di gua suram--
awaklah cahayanya
menyuluh jalan jiwa yang seram.

awak penyelamat saya--
dari terus hanyut sesat jatuh dan suram.
awak adalah pertolongan yang dihulur tuhan demi mengembalikan saya semula dilahirkan.

makandi hari kelahiran awak,
bukan awak yang selayaknya diraikan--
tapi saya.

kerana tanpa awak--
sesungguhnya saya sudah mati lama.

selamat hari lahir, suami saya.
terima kasih kerana sentiasa ampunkan dosa saya.
terima kasih kerana selalu ada memegang jari saya.
terima kasih kerana xpernah penat membobok tidur saya.

salam penuh cinta,
saya dan anak kita.

sayang awak moga ke akhirat sana,
tri yang paling indah dalam dunia.'





Nampak tak kenapa aku sangat menyukai Fynn Jamal? Terima kasih kerana mengotakan janji kalian :)

2 comments:

  1. Replies
    1. Fynn Jamal ni penulis. Dia sangat puitis dan rare. Lagu 150 juta tu dia yang cipta. Sweet gila lagu tu. Try ah search kat youtube

      Delete