You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Tuesday, May 15, 2012

Zul kata,

'Lelaki boleh ada prinsip. Tetapi prinsip tidak boleh mengatasi hati.'- copyright Zulfikar Ismail

Perlu ke terangkan lagi apa maksudnya? Atau kalian baca sahaja sudah faham maksudnya? Pandangan aku tentang ayat ini ialah lelaki ni ada diorang punya ego and pandangan masing-masing tapi bila datang seorang perempuan yang betul, ego tu semua tolak tepi sebab ego tu semua tak boleh mengatasi hati.


Contoh seorang lelaki ni dia tough kuat tak main ah jiwang jiwang nak romantik ke or nak ada awek ke, bukan dia lah kalau perangai macamtu. Dia jenis yang tak romantik and tkda masa nak pujuk pujuk perempuan ni. Itu PRINSIP dia lah. 


Tetapi bila ada sorang perempuan yang dia betul-betul suka, time tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Baru berubah nak ambil hati perempuan tu, belikan perempuan tu macam-macam. Sebab katanya perempuan ni lain dari yang lain. Tak pernah jumpa perempuan macamni. Itu namanya cinta dan datangnya dari HATI. Ternyata prinsip lelaki tadi tidak boleh mengatasi hati kan?


Itulah yang aku faham pasal ayat Zul tu. Eh Zul, otak kau brilliant. Ayat power dan bermakna. Terbaik bro!

Monday, May 14, 2012

'Biar kita penat bekerja dan pulangannya sedikit. Takpa, yang penting ia halal. Daripada pulangan yang banyak tetapi haram, tak berguna. Rezeki juga harus kita teliti haram halalnya.'- Zahiril Adzim

Friday, May 11, 2012

Away.

For 3 days 2 nights to Tanjung Tuan, Port Dickson. Semasa entri ni ditulis, baju saya belum siap kemas letak dalam beg semua lagi. Satu pun tak siap lagi sebenarnya. Bertolak malam ni lepas Danial balik tuition. So itu jelah. Adios! Jaga diri readers, stay awesome :)

Thursday, May 10, 2012

Biar gambar yang berbicara.


















Semua gambar ni tak ikut turutan masa dan tempat. Harap maklum :)

Wednesday, May 9, 2012

Bliss.

First plan patutnya hangout dengan Diela, Rafaa and Fieqa. Since aku dengan Fieqa jobless, Rafaa pulak cuti on wednesday and Diela habis kerja pukul 1 elok sangatlah tu hari rabu menjadi hari pertemuan kami. So dah plan baik punya kencang, Fieqa pulak takda kereta last minutes.


Oleh sebab semua orang dah siap, hanya tunggu nak pergi je then pendekkan cerita, ayah Rafaa hantar aku, Diela and Rafaa pergi Harbour Place. Harbour Place sangat awesome! Sangat awesome (Y). Actually, habis SPM dulu dah jejak dah tempat ni. Masa mula-mula siap, masa orang tak tahu Harbour Place tu apa, masa Harbour Place ni baru nak hidup lah senang cerita. Aku dah pergi dengan Lisa and Ellia.


Tapi kini, Harbour Place telah berubah wajah. Haa amik kau ayat karangan dah keluar. Harbour Place sekarang cool gila. Ada DIY! Oh my, time memula nampak DIY tu aku rasa nak menjerit kat situ and terus terjun je ke tingkat bawah tu wehh. Macam tak sabar nak explore tempat tu kann. Tadi dlm DIY, aku boleh pulak sesat dalam tu tak jumpa Laa dengan Rafaa.  =,=


DIY tu macam Daiso Japan tapi good news! Bukan RM5 setiap barang. Harga depends on barang tu, macam kedai biasa. Tapi rasanya lagi murah. And stationaries sangatlah comel dalam tu. Ada sepit sepit untuk decorate meja, ada eh macam-macam weh. Aku rasa aku boleh jadi gila dalam tu kalau nak decide nak beli barang mana satu. K hiperbola sikit =,= Tkdalah sampai gila kan


And aku memang dah tahu pasal DIY since Aisya Aziz yang pandai decorate bilik tu, yang creative punya budak tu cerita yang dia beli semua cool stuff dia kat DIY. So I was like 'DIY? Amende tu? O.o Apsal aku tak pernah dengar? Apsal benda tu takda kat Klang?'. Itu yang bila nampak tadi macam mimpi jadi kenyataan. Haha poyo lebih


And dalam tu ada Daiso jugak. Tapi tak sempat nak CIO sebab kesuntukan masa. Ah tak kira, sebelum balik Lendu kena pergi situ dulu habiskan masa sehari google dalam tu. It will be amazing! Oh lupa, sebenarnya tujuan asal pergi Harbour Place tu nak tengok wayang. Untuk siapa yang kenal aku, aku memang tak pernah tengok wayang sebelum ni sebab aku tak minat and ada satu sebab lagi.


So tadi with my bestfriends adalah kali pertamanya aku tengok wayang. Battleship. Semua perempuan so tkda apa okay? Nak tangkap gambar ticket since itu adalah first time me watching movies kan tapi tak beli ticket lah pulak. Decided taknak tengok The Avengers sebab diorang kata tak best and yadayadayada. Battleship cool gila nak mamp kot cerita dia. Hero dia handsome, alaa lupa nak ingat nama dia tadi. Berbaloi bayar duit ticket. Haha macam bayar je.


Pergi sana and jumpa Joe. Padahal memang dah tahu Joe kerja situ. Haa so bila kitorang sampai je nampak Fakhrul first and dia tanya nak tengok cerita apa. Time tengah bincang nak tengok cerita apa tu, Joe pun datang kat kitorang. Dia tanya nak tengok cerita apa so kitorang cakap Battleship. Terus bawak masuk cinema hall. Haha cool gila xD I was like 'Eh tak payah beli ticket ke?'


Battleship is so fascinating. Tahu cerita ni dah lama dalam 3 4 minggu lepas tapi peduli apa aku? And gambar ada, banyak gila kot gambar. Nanti update gambar kat next post sebab post ni dah panjang sangat. And thank you Joe :) And also Fakhrul of course.

Tuesday, May 8, 2012

Peluang.

Peluang tu bukan selalu kita dapat. Maksud aku peluang untuk benda yang betul-betul kita nak, benda yang betul-betul kita mahukan. Bukan selalu dapat. Jadi bila kau dah dapat satu peluang tu, kau kena gunakan betul-betul sebab belum tentu kau akan dapat peluang kedua.


Tapi kalau kau tak gunakan betul-betul, nak salahkan siapa lagi? Diri kau. Sebab diri kau yang tak gunakan peluang yang satu tu dengan betul. Jadi apa yang berlaku selepas ini adalah akibatnya. Akibat perbuatan kau tidak menggunakan peluang tu betul-betul. Bila nasi dah jadi bubur, menyesal pun tak guna.

Monday, May 7, 2012

A week.

Another unproductive week for me. Itu bukan berita baik. Tak best ah macamni :/ Tidur pukul 4 5 pagi which obviously that is my fault lah kan. Walid selaaaaaaaaaaaaalu marah sebab tidur lambat and bangun lambat. Tapi kalau sabtu ahad tu bangun cepat sikit lah daripada hari biasa.


Memang aku buat semua house chores tapi tak cool lah kalau anak dara bangun lambat kan? Tahu tahu. Aku berazam nak ubah jadual harian aku. Haa semangat ni! Nak bangun awal and siapkan house chores dulu and nak ulangkaji untuk pelajaran part 2 nanti. Tengok sikit sikit apa yang aku perlu tahu. Nanti balik Lendu takdalah petak sangat bila lecturer ajar :)


Oh esok nak kena teman Danish pergi jumpa dentist. So malam ni kena tidur awal sikit. Till then, itu jelah.