Mana taknya tidur lambat dalam pukul 1 2 macamtu. Bangun pun lambat la apalagi kann? Pukul 11 12 macamtu. Buat house chores, settle things down semua then online sampai pukul 2++. Mandi then solat Zohor. Usai Zohor, aku sambung online lagi sementara tunggu Asar. Perform Asar dalam pukul 5 6 then dengan senang hatinya aku tidur. Aku tak risau terlajak Maghrib sebab Frd selalu kejut bila dia balik main bola. So Maghrib memang aku akan bangun.
Tadi time borak borak dengar aa Diela cerita. Mak dia kata tidur lepas Asar boleh hilang kewarasan, boleh jadi gila. Zafrul pun mengiyakan. Balik tu aku google. YES BETUL. Aku yang sangat katak dibawah tempurung tak tahu langsung pasal benda nie semua. Hampeh sungguh aku nie. Siap ada hadith bhaii.
Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
Okay start esok memang dah tkda dah nak tidur lepas Asar ye Najah. Ingat tu! Cuba praktikkan nie. Automatically bila malam saya akan cepat mengantuk dan tidur awal. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment