Sunday, December 4, 2011
Kau yang ku sayang.
Aku sayang kau. Sungguh. Aku tak tahu kenapa lately ni kita asyik gaduh. Aku tak suka gaduh dengan kau tapi kau selalu sakitkan hati aku, buat aku marah. Entah sampai aku pun tak tahu nak react apa bila kau buat aku marah. Kau duduk sana tu elok elok. Jaga diri kau baik baik. Aku akan selalu doakan kau dari jauh. Kau selalu ada dalam doa aku. Tak pernah putus. Apapun yang kau fikir, aku tak peduli. Asalkan aku tahu hati aku. Susah orang lain nak gantikan kau. Susah! Jadi jangan kau nak pesan kat aku supaya berbahagia dengan dia dan dia boleh buat aku bahagia. Teringat kat kau buat aku sedih walhal semasa aku sedang menulis entry ni untuk kau pun aku dah menangis. Wawa cakap tak payah lah nangis. Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa aku menangis. Airmata tu keluar je. Banyak kenangan dengan kau. Susah nak lupa. Alangkah indahnya kalau aku tak perlu buat keputusan tu dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment