You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Wednesday, December 14, 2011

Kemahiran Insaniah.

Last weekend adalah weekend pertama aku habiskan masa di Lendu. Itupun sebab ada KI ni, kalau tidak memang balik jugak. First of all, memang semua orang dah cakap confirm bosan. And yes for hari pertama tu memang bosan, mengantuk gila ahh! Tapi hari kedua, not bad at all. Sebab latihan dalam kumpulan kann. Kitorang buat debat which is gamat gila mempertahankan Maggi VS Spagetti masing masing. Haha. Last slot is to tulis wasiat for family. Touching terus ni. Aku nangis tulis benda alah tu. Here I wrote;


Untuk Walid dan Umi yang paling disayangi,

Andainya kakak pergi dulu sebelum kalian, kakak nak walid umi tahu yang kakak sangat sayang walid dengan umi. Tiada kata yang mampu digambarkan. Terima kasih kerana melahirkan menjaga mendidik dan menyayangi kakak dengan sempurna. Kakak sanggup buat apa saja asalkan walid umi bahagia.Terima kasih kerana menyokong segala benda yang kakak buat. Untuk umi, terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu mendengar cerita-cerita kakak. Untuk walid, terima kasih kerana selalu mencuba yang terbaik untuk mencukupkan keperluan kita sekeluarga. Impian pertama kakak adalah untuk masuk U. Sesungguhnya walid dan umi sajalah yang mengerti betapa kakak menginginkan  tempat yang kakak berada sekarang. Kakak tahu walid dan umi adalah orang yang paling gembira dan bangga saat mengetahui yang kakak akhirnya dapat masuk U. Katakan apa saja yang kakak mahukan sewaktu hendak mendaftar ke sini, semuanya dipenuhi oleh kalian. Terima kasih untuk itu. Terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang terbaik untuk kakak. Bahawasanya, kakak tahu ucapan terima kasih kakak takkan pernah mencukupi kerana pengorbanan kalian begitu besar nilainya. Untuk adik adik yang paling kakak sayang, Danial, jadi abang yang baik untuk adik adik yang lain. Najwa Darwis, belajar rajin-rajin tau? Danish Natra, jangan nakal nakal, dengar cakap umi walid. Kakak nak tengok adik-adik kakak berjaya. Allah sajalah yang tahu betapa kakak sangat rindukan korang semua. Ampunkan segala dosa kakak dan halalkan makan minum kakak. Doakan kakak selamat bersemadi di sana dan semoga kita bertemu di syurga.

Yang Ikhlas,
Nr Njh Nblh

No comments:

Post a Comment