Kelmarin admire aku time dulu dulu call. Dia ada masalah sebenarnya so aku pun cakap apa yang perlu, bagi kata semangat konon. Nasib baik dia okay lepas aku cakap cakap tu.
Yang tak blah nya, kitorang boleh siap cerita masa time dia minat aku dulu. Alahaii. He's nice. Sangat tak berkira untuk orang yang dia sayang. Kalau dulu setakat nak topupkan or share topup, petik jari je aku dapat. Contoh macam aku takda credit untuk texting dia so dia topupkan. Number yang aku guna sekarang ni pun, dia yang beli dulu sebab dulu aku pakai celcom and dia pakai maxis. So untuk jimatkan duit dia, dia belikan number maxis.
Dulu kitorang selalu lepak kat beranda centre. Dia cakap semalam dia paling suka time kat situ. Paling aku tak sangka, dia ingat apa yang kitorang bualkan kat beranda. Dia ingat semua benda yang aku lupa. Tapi bila dia cakap balik, memang dragging back all the memories. Aku ingat. Dulu dia make effort untuk kawan dengan aku. Haha kononnya aku letakkan macam macam syarat lah. But he managed to get through semuanya.
Kalau tanya Diela, dia tahu. Mesti hidup kau heaven bila setiap hari kau adalah orang pertama yang lelaki tu fikirkan masa dia bangun tidur? Aku rasa bertuah, terharu. Bukan senang nak buat orang suka kita. To know that I'm the 1st things yang pop up dalam mind dia masa dia bangun tidur, alahaii. Dia cakap semalam dia pun pelik macammana dia boleh sayang aku sampai takut kehilangan aku. Yang lain dia cakap jangan bagitahu orang lain. Rahsia.
Kii, first of all aku nak mintak maaf. Dulu aku tahu perasaan kau tapi aku memang anggap kau macam kawan je. Aku sayang kau sebagai kawan. Terima kasih sebab suka aku, sayang aku, and tak pernah berkira dengan aku. Terima kasih jugak sebab kau defend aku. Aku ingat lagi dulu kau pernah cakap if Farid tak jaga aku baik baik, siaplah dia! Terima kasih untuk itu. Terima kasih sebab doakan aku bahagia dengan Farid. Aku hargai sangat. Masa aku bagitahu kau yang aku dah couple tu, aku tahu kaulah orang yang paling sedih sekali. Maaf untuk itu ye? Maaf sebab hancurkan hati kau. Kau still boleh cakap tahniah bila kau tahu sedangkan time tu kau dah sedih gila dah. Samad sampai marah marah kau suruh kau move on sebab Samad cakap aku dah ada Farid. Tapi kau suruh orang lain jangan masuk campur sebab ini pasal hati kau. Jangan risau, aku still ada kat sini. Kalau kau rasa nak share masalah, kau text aku. Aku doakan kau bahagia, jumpa orang yang betul betul boleh terima kau apa adanya kay? -Najah :)
No comments:
Post a Comment