You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, March 17, 2012

Alor Gajah Sentral.

Bertolak from UiTM to Alor Gajah Sentral lebih kurang pukul 12 macamtu. Had our lunch kat restoran biasa tu yang penuh dengan abang abang kerja Honda tu. Then lepas settlekan perut, gerak pergi AG Sentral. Dekat je pun so jalan kaki je. Me with Ekin, kembar and also Mimi. Tapi Mimi naik bas lain so Ekin, kembar and me balik Klang dengan bas yang sama. Go Transnasional! xD


Sesampai je kitorang kat AG Sentral tu mulalah mata melilau carik tempat duduk kerana kalau nak berdiri memang lama lagi lah bas nak sampai kan. So dapat kerusi kosong and kitorang pun duduk tanpa buang masa lagi. Kebetulan depan kerusi Mimi tu betul-betul depan kerusi Mimi tu ada this one couple. Boyfie and girlfie. Sweet gila nak mamp! Guess what they are doing? Awek tu punya kepala relax je lentok kat leher lelaki tu. And ada one moment bila muka awek tu kat leher lelaki tu macam err EUW! Like seriously malulah sikit, tempat awam kot. Yang si lelaki budiman tu dengan tak pergi solat Jumaat, nak buat drama porno pulak kat situ. Yes, you heard me! MELAYU! Dah lama lepas tu diorang blah mungkin nak cari bilik kott. Pfft! -..-


Kerja aku kat situ adalah melihat gelagat orang lain. Ini kisah meruntun jiwa aku. Ada seorang budak syndrome-down not budak actually tapi macam dah dewasa je. Cause we cant tell their age kalau syndrome-down ni kann. Budak ni dengan mak dia. Selalunya aku takut dengan orang macamni sebab dia main tegur je sesiapa yang dia nak tegur, itu yang macam takut. Tapi budak ni tidak, dia duduk diam and perhatikan orang yang lalu lalang. Entah apa yang bermain difikirannya. Nampak macam orang Melaka, mungkin baru balik dari bandar. Aku perhatikan budak ni, sungguh!


Lalu ada satu bas MaraLiner berhenti di stesen dan penumpang pun naik. Maka bangunlah Si Ibu tadi sambil mengajak anaknya yang syndrome-down itu pulang ke rumah. Sampai diluar pintu kaca, Si Ibu tadi memujuk anak ini untuk naik bas tu tapi anak ini enggan. Si Ibu pujuk lagi dengan mengatakan 'Jika kita sampai rumah nanti, boleh tidur rehat' tetapi anak ini tetap enggan. Si Ibu ikutkan kata anak ini lalu masuk kembali ke dalam dan mencari tempat duduk. Rupanya anak ini mahu naik bas yang lain bukan MaraLiner. Tabahnya kau wahai Si Ibu. Syurga tempatnya :')


Setelah menunggu beberapa minit, bas Panorama pun sampai di stesen. Sebijik macam bas RapidKL tu kalau kat sini. Bas tu kan cool! Attractive je colour and design dia, itu yang budak tadi nak sangat naik bas ni. Setelah itu barulah mereka dua beranak pulang dengan menaiki bas tersebut. Aku perhatikan saja gelagat mereka sambil tersenyum kerana aku tahu ibu itu tempatnya di syurga.

No comments:

Post a Comment