You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Monday, March 5, 2012

Meera's Wedding.

Semalam is Meera's wedding day. Meera is my cuzzy fyi, sebaya dengan aku. First of all, bangun pukul 11 bersiap and terus pergi dewan at 12. Majlisnya sangatlah simple but nice. No sanding and no pelamin. Baju kahwin Meera cun gila. Okay nak tanya mana dia tempah, nanti boleh tempah baju kahwin aku kat situ. PFFT!


Masa mula mula sampai tu tak ramai orang lagi, so aku pun macam relax chill bro. Sekali dah ramai perghhhh! Dewan tu penuh dengan orang yang berserban and berpurdah. Serious macam sejuk je tengok diorang semua. Aku terfikir masih ada lagi budak budak yang sebaya aku yang ada pendidikan agama yang sangat tinggi, menjaga aurat dengan cukup sempurna. Rasa terlalu hina nak dibandingkan aku dengan diorang semua. Itu kalau bukak purdah, confirm semua cun melecun tu.


Aku tak habis habis rasa blessed sangat tengok Meera dengan Al-Amin. Rasa macam sangat seronok tengok diorang. Seorang cucu opah dah lepas berkahwin dengan orang yang boleh membimbing cucunya. Dah lepas satu tanggungjawab Pak Teh sebab anak sulung dia dah kahwin. Dalam kalangan diorang, kahwin muda tu macam takda benda. 18 19 dah kahwin dah, relax je. For my side personally, aku sangat sangat happy untuk kau Meera :') Semoga perkahwinan ini berkekalan sampai ke syurga.


Aku nak suami yang boleh bimbing aku. Suami yang boleh jaga aku daripada api neraka. Suami yang boleh terima aku apa adanya, bertolak ansur dan memahami. Suami yang boleh mengimamkan solat. Suami yang boleh bacakan Yassin dan mengetuai majlis tahlil. Suami yang boleh terima family aku. Btw, masa lepas habis majlis tadi Dieba beriya-iya ajak Meera berborak. Rupanya nak tanya pengalaman malam pertama. HAHAHAHAHAHA! Lawak gila. Okay, the rest is history.


Masa dah nak balik and its time to say Goodbye to Meera, aku peluk dia. Aku pegang muka dia, nak menangis aku masa ni. Punyalah hati aku sebak sangat, entah kenapa. Macam tak percaya yang dia sama baya dengan aku dah kahwin. Selepas aku dengan Dieba buat perkiraan tadi, bulan 12 nanti opah bakal dapat cicit opah yang pertama. Insyaallah (: Okay, nah jamu mata tapi ini part 1 punya takda gambar pengantin since gambar yang tangkap dengan pengantin semua ada kat Dieba. Nanti part 2 tengok pengantin ye?








Ini kad kahwin aku pulak. Jemput datang ye?

No comments:

Post a Comment