You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, April 14, 2012

Duit.

Macam macam boleh buat kalau ada duit kan? Macam macam boleh beli. Tapi orang kata duit takkan boleh beli cinta, yeke? Cinta ke duit lagi penting. Entah, aku tak tahu. Tapi kalau untuk aku, cinta tu penting tapi kalau kau nak hidup berumah tangga berdasarkan perasaan cinta tu je memang takke mana lah. Nanti lapar nak bagi anak bini makan apa? Cinta yang setinggi gunung tu?


Kalau kau pergi McD time lapar pun, cuba kau bagi cashier tu cinta. Agak-agak kau dapat Big Mac or Mc Flurry tak? Confrim cashier tu pandang kau petak je bro. Cuba kau bawak duit, dah confirm-confirm perut kau kenyang. So fikir-fikirkan lah. Sekarang dunia dah makin maju, semua orang nak hidup senang.Lagi-lagi lelaki. Sangat sangatlah penting nak kena cari duit dari sekarang. Dulu aku ingat kahwin tu murah je, silap weh! Kahwin tu mahal gila! Kalau kumpul duit dari skrg pun entah cukup entah tidak. Tapi takpe, kumpul je :)


Sebenarnya memang dengan duit kita boleh buat apa saja. Dan sangat beruntung mereka mereka yang lahir dalam golongan yang kaya. Aku personally tak suka berhutang. Kalau dengan kawan-kawan tu cepat nak langsaikan sebab takut terlupa. Memang takda nak simpan lama-lama. And aku tak suka orang yg berhutang dengan aku. Macam menyusahkan orang. Kalau ingat takpe weh, no hal lagi. Yang buat diam je tu, panas hati aku. Aku pun nak guna duit jugak. Time berhutang pandai pulak?


Walid pun dah pesan jangan suka berhutang dengan orang. Kalau kecil-kecil dah pandai hutang orang, dah besar nanti macammana? Walid memang selalu cakap pasal benda ni. Kalau pendapatan kau RM 1, belanja kau tu janganlah sampai RM 1.50. Lagi 50sen tu nak cekau mana? End up pinjam orang lah kann. Benda ni bukan boleh buat main, kena langsaikan jugak. Kalau tak nanti kat akhirat kena tuntut!


Tadi masa balik petang, Walid berborak dgn sorang jiran kat sini. Dia cikgu. So Walid ceritalah yang aku nak jadi cikgu semua tapi tak dapat and blablabla. Cikgu ni tadi cakap kena ada orang dalam baru boleh jalan. Dia cerita zaman dia belajar dulu, yang tak pass BM pun boleh jadi cikgu. Cuba bayangkan. Hebatkan kuasa duit? Then bila nak grad kantoi tak lulus BM sebab diorang amik paper Julai. Tak adil langsung macamtu!


Ada je sorang kawan aku yang subject maths time SPM tu tak credit pun tapi boleh masuk UiTM. Apa cer? Sedangkan syarat wajib masuk UiTM kena credit on maths. Adil ke macamtu? Kalau macamtu memang porak puranda lah semuanya. Tak payah lah orang lain belajar and score tapi yang tak lulus pun boleh lepas. Apa bezanya lulus dengan tak lulus di akhir ceritanya? Kau jawab sambil lewa and tak study hard pun, kalau kau ada duit kau akan dapat tempat.


Duit, hebat sungguh kau.

No comments:

Post a Comment