You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Sunday, April 29, 2012

Jika aku seorang lelaki.

Jika aku seorang lelaki, aku akan laksanakan tanggungjawab ku sebaik mungkin.
Aku akan patuh kepada orang tua ku.
Aku akan rapat dengan mereka, dan berkongsi masalah dengan mereka.


Mungkin ada yang fikir 'Tak main ah anak lelaki nak kongsi masalah dengan parents, settle sendiri sudah'
Tapi bagi aku tidak.
Ibu bapa ku harus tahu semuanya tentang aku.
Siapa yang aku sukai, siapa yang aku sayangi dan siapa yang aku cintai.


Jika aku seorang lelaki, aku akan menjadi anak yang baik.
Aku akan menjadi abang yang baik, yang ambil peduli tentang adik-adiknya.
Aku akan lindungi mereka jika bahaya mengancam.
Biar rakan sekolah adik ku tahu yang dia tak boleh sesuka hati membuli adikku.
Akan ku lipat mereka terlebih dulu.


Jika aku seorang lelaki, aku juga akan menjadi kawan yang baik untuk teman ku semua.
Aku tidak mahu menjadi 'kepala' dalam apa jua benda baru yang mereka ingin cuba.
Aku tidak akan balik lewat malam semata-mata untuk lepak bersama teman.


Kat sekolah kan dah jumpa, cukup-cukuplah tu.
Lagipun bukan tugas aku pergi ke kedai dan berbicara mengenai hal yang tidak penting.
Buat ibu bapa aku risau sahaja.
Sudahnya bergelak ketawa sana sini.
'Huha Huha' sahaja yang lebih.


Jika aku seorang lelaki, aku tidak akan mencuba rokok.
Tidak perlu dibahas lagi soal rokok ini, sudah lali benar dengan kenyataan mengenainya.
Aku tidak akan berkawan dengan kawan yang tidak berguna.
Yang tidak memberi manfaat.


Jika aku seorang lelaki, aku akan menjaga penampilanku.
Aku akan sembur bau-bauan supaya badanku berbau wangi sentiasa.
Aku juga akan bersukan, baru badan tough.
Aku nak badan 6pax. Wohoo!
Baru macho.


Jika aku seorang lelaki, aku juga ingin menjadi imam untuk temanku yang lain dalam solat jemaah.
Atau mungkin mengimamkan adik-adik ku solat berjemaah dirumah.
Menghafal Yassin sudah satu kewajipan.
Akan aku hafal Yasin tu sebab aku lelaki.
Malunya kalau sebagai lelaki, aku tak hafal Yasin.
Malu teramat sangat.


Jika aku seorang lelaki, aku akan pergi solat Jumaat.
Aku akan datang awal untuk mendengar khutbahnya sekali.
Mana tahu aku boleh berkongsi ilmu dengan yang lain tentang khutbah tersebut.


Aku juga akan mempelajari ilmu agama sebaiknya.
Kerana aku lelaki.
Supaya aku boleh mengetuai upacara tahlil atau kenduri arwah.
Supaya ibu bapa ku bangga dengan aku.
Kerana aku lelaki.


Jika aku seorang lelaki, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.
Mendapat kerja yang bagus dan gaji yang banyak.
Supaya isteriku nanti tidak perlu bekerja mencari duit.
Serahkan sahaja urusan mencari rezeki pada aku.
Kerana aku lelaki.


Jika aku seorang lelaki, aku tidak akan mainkan perasaan wanita.
Akan ku layan mereka sebaik mungkin.
Aku hanya lafazkan apa yang aku maksudkan.
Supaya mereka tidak keliru dan rasa dibohongi.


Tetapi ini semua JIKA aku seorang lelaki.









No comments:

Post a Comment