Err first of all, takda gambar so tak dapatlah kalian nak menatap wajah dia. Sorry sebab tak sempat tangkap gambar dengan dia pun :/
Ni pun one of my kawan rapat masa kat Lendu. Bilik dia just berhadapan dengan bilik aku. Kira bukak je pintu bilik aku dah boleh nampak katil dia dah. Dia baik. Sangat kot. I mean memang sekarang kitorang dah tak bertegur or talk to each other anymore sebab misunderstanding I guess. I hate it when small misunderstanding ruin it all. Macam sayang sangat hubungan persahabatan tu putus macam tu je. Tapi tak pernah declare pun persahabatan tu putus. Harap maklum.
Aku ingat lagi masa aku first sekali nampak dia. Masa first day aku dah nampak dia and bila aku pandang dia, dia senyum kat aku. So aku pun balas senyuman tu. Aku terus fikir, 'Tak sombong pun orang depan ni. Bagusnya!'. I can tell yang Nana ni orang senang from her way. Dia tak perlu nak brag cakap dia beli barang kat mana or else sebab dari jam dia, kasut dia aku boleh tahu itu semua barang branded. The most important thing is dia tak berlagak langsung! Langsung tak. Ini aku paling suka.
Mengenali dia, dia tak berkira, murah hati, sangat kuat orangnya. Mula-mula nilah favourite person yang akan teman aku pergi tandas pukul 2 3 pagi. Then dalam toilet, terjerit-jerit aku panggil nama dia takut dia tinggalkan aku. Haha silly me. Dia sangat kuat dan berani sebab dia berjaya untuk sembunyikan apa yang dia rasa. Dia tak luahkan sebab dia tahu bukan semua orang boleh terima apa dia rasa. Walaupun dia sedih, dia akan selalu tersenyum dan bergembira.
Masa aku ada probs dengan Frd dulu, dia banyak tolong aku. Yes, Nana adalah satu-satunya kawan aku kat Lendu yang ada number phone Frd. So kalau aku tak angkat call Frd, he will ask Nana if anything. I always have this heart-to-heart conversation with her. Duduk luar bilik pukul 1 2 pagi then borak borak pasal life. How she managed to stand strong and all. And just so you know, I miss that.
If you are reading this right now, aku nak kau tahu yang aku takkan lupa apa yang kau pernah buat kat aku. Kau ajar aku FAR, kau bagi aku semangat, kau marah aku bila aku menangis all day and taknak pergi class. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk kata nasihat kau. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik untuk aku. Aku tahu kau kuat. If anything happens, you know what to do. Aku sayang kau.
No comments:
Post a Comment