Tarikh diatas telah menunjukkan bila kejadian ini berlaku. Tapi harini baru nak cerita sebab Zurish baru upload gambar. Mula-mula plan nak jumpa kat Pelita je, saja nak lepak dengan Zurish sebab dah laaaaama sangat tak jumpa budak ni. So aku Rafaa Diela Lisa naik satu kereta and aku yang drive. Hahahaha tak tak, part aku yang drive tu tipu.
Jumpa Zurish kat Pelita terus and seperti biasalah, Melayu yang mengamalkan janji Melayu janji nak datang pukul 3.30. Pukul 4 lebih baru sampai. Takpelah, aku pun selalu mengamalkan janji Melayu so boleh kawtim ah. Duduk order air lepak-lepak tangkap gambar tunggu Zurish datang gelak-gelak.
Part gelak ni memang gelak aku yang paling kuat sekali kat dalam Pelita tu. Buat malu je siapa datang dengan aku. Pfft! They were like 'Babeeee! Awak gelak kuat kot' Hahahahaha I can't help it. Banyak sangat benda yang lawak kalau lepak dengan Zurish. *If you got what I mean.
And jumpa Humairah sekali. Yes Humairah yang sekolah agama kat Kampung Kastam tu. Ini lagilah lama tak jumpa. Last jumpa masa Form 1 then dia pindah duduk mana entah. Aku mula-mula macam segan je dengan dia. Dah lepak lama-lama tu haa amik kau! Masing masing masuk air.
Lepas lepak Pelita, pergi Secret Recipe pulak. Nasib baik dekat je and sebab Zurish dah janji nak belanja aku dengan Laa cake sempena birthday kitorang beberapa tahun yang lalu. Again, lepak lagi borak lagi dan ketawa dengan lebih kuat lagi. Time tu, I'm having Choc Mud Cake and Pure Jasmine Tea. Puii! Tea dia tak sedap. Nasib baik free. Patutlah dia bagi free je pun =,=
Balik tu singgah pasar malam Khamis, masing-masing beli air. Tebus balik air yang tak sedap tadi.
No comments:
Post a Comment