Memang kalau nak buat entri penghargaan kena letak nama penuh orang tersebut sebagai tajuk ye. Harap maklum.
Budak ni aku selalu panggil as Lisa. Comel kan? Bila dengar nama dia terus berhasrat nak letak nama anak yang ada Lisa Lisa gitu. Lisa Adriana ke Lisa Amanda ke. Sebenarnya dah kawan dengan dia since sekolah rendah kat Convent dulu tapi tak rapat. Form 4 satu class tapi tak rapat sangat.
Naik je Form 5, aku masuk 5 Sc 2 from 4 Sc 3 and dia pun sama. So sebab naik class and kitorang dua orang je dari class yang sama masa tu terus jadi rapat dengan dia. Dia duduk belakang aku je dalam class. Sebenarnya masa Form 5, aku main pindah pindah tempat duduk. Haha half of the year, duduk depan Lisa. Lagi separuh tahun tu aku pindah duduk sebelah Scha.
All I can say, Form 5 fun gila! Rindunyaaaaaa time sekolah. Memang macam tulah dunia ni. Bila ada tak bersyukur, bila dah takda zaman tu baru reti nak rindu rinduan pulak. Cuba tanya budak sekolah sekarang, memang bosan pergi sekolah lah jawab mereka. Time Form 5 selamba je makan dalam class, datang lambat padahal aku pengawas and kalau hari Jumaat budak Form 5 baca Yasin kat surau, masing masing masuk lambat. Saja je nak habiskan waktu BI yang first two periods tu.
Kalau dalam class, aku paling rapat dengan Lisa. Budak ni ambil tuition BM utk SPM so kalau ada apa apa tips yang cikgu tuition dia bagi, dia mesti share dengan aku. Bukan BM je, semua subjects dia share dengan aku. Siap fotostat kan lagi youu. Aku suka kumpul quotes, nanti kalau Lisa jumpa quotes yang best best, dia akan tulis and bagi aku masa kat sekolah.
Kalau peneman aku merayau kat sekolah tu, most of the time Lisa lah orangnya. Pergi masuk bilik guru, konon nak tolong cikgu angkat buku. HAHAHAHAHA padahal memang nak merayau kat meja Puan Fazlily and salin quotes kat calendar dia tu.
Kalau pergi Chemis or Physics lab, memang aku lah yang paling lambat sekali. Lepastu satu gang tunggu. Kena tunggu cukup semua ahli dulu baru gerak sama-sama. Nanti mulalah Cikgu Laili bising. Kalau pasal homework pulak, aku selalu tiru buku Lisa. Especially Chemis, Physic. Memang pagi-pagi mintak buku dia jelah sebab dia budak pandai :B
Kalau dalam lab pulak masa nak buat PEKA, Lisa yang akan pergi ambil apparatus semua. Aku duduk relax je kat meja and dia yang akan angkat barang barang ujikaji tu. Cool kan? Aku hanya duduk dan mencatat masa atau maklumat. Well, aku memang hopeless sikit nak pergi cari-cari barang makmal ni semua. Pemalas lah katakan =,=
Sebab masing-masing dah melanjutkan pelajaran kat tempat berbeza, susah nak jumpa each other. Minggu ni dia cuti mid-term, memang pulun hari hari asyik keluar dengan dia jelah. Takdalah hari hari tapi nak keluar tu senang lah. Thank you Lisa for the safe ride. Nasib baik selamat sampai rumah walaupun laju kemain dia bawak.
Bukan itu je thanks jugak untuk tempoh persahabatan kita dari darjah berapa entah sampai sekarang. Walaupun baru je rapat masa Form 5 kan. Terima kasih untuk semuanya. Salah silap aku selama ni yang mana aku sedar atau tidak, harap kau maafkan lah ye? Dah rasa macam raya lah pulak. Haha aku harap kau tersenyum baca entri ni macammana aku tersenyum sewaktu menulisnya :) Sayang kau <3
No comments:
Post a Comment