You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Wednesday, May 2, 2012

Hidup. Kehidupan.

Hidup dan kehidupan adalah dua benda yang berbeza. Eh yeke berbeza? Entah fikir sendiri lah malas nak kupas. Actually lately ni aku rasa nak berblogging sangat teramat amat tapi takda bahan yang boleh diketengahkan. Ada tapi macam nanti jelah aku cerita pasal benda tu sebab gambar belum masuk lappy lagi.


So here we go. Dalam hidup ni kita ada bahagian kita masing-masing. Semuanya Allah dah tulis dah. Rezeki ajal maut semuanya Allah dah tulis. Tapi itu tak bermakna kita boleh berserah kepada takdir semata-mata. Contoh 'Alah aku tak payah study untuk exam ni sebab kalau Allah dah tetapkan aku failed, belajar macammana pun tetap failed jugak' Tolonglah jangan fikir sempit sangat wehh.


Allah ada cakap dalam satu hadis-Kamu akan dapat apa yang kamu usahakan. Kalau sikit usaha kau, sikit lah kau dapat. Jadi takkan nak berserah pada takdir jugak kann? Itu semua boleh berubah bila bila masa. Jangan duduk goyang kaki kat rumah dan berharap duit jatuh dari langit. Kalau kau minat sorang awek ni pun, setakat pandang dari jauh tak dapat jugak. Kena usaha sikit.


Mengenai hidup, aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku. Ada family friends yang selalu ada dengan aku. Umi yang selalu dengar cerita aku, walid yang selalu buat mimpi aku jadi kenyataan. Kawan-kawan yang baik, menerima diri aku seadanya. Bila lama tak call, rindu. Alahai sweetnya. Terima kasih Ya Allah. La Tahzan kata kalau kita tak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, macammana Allah nak bagi kita nikmat yang lebih besar? Benda ni banyak mengajar aku. Kena bersyukur dengan nikmat yang sedikit dahulu. Selalu cakap 'Alhamdulillah'.


Hidup juga, kita takkan tahu yang kita boleh menjadi begitu penting dalam hidup seseorang.Sebab hidup masing-masing berbeza. Ada orang anggap hidup dia adalah music. Ada orang anggap hidup dia adalah beribadah. Depends on how kita nak takrif erti hidup tu. Aku personally sangat menghargai orang yang suka aku. I mean like admire and so on. Aku akan treat them nicely. Bukan in the way of gives them hope. No! Cuma layan baik baik sebab bukan senang nak buat orang suka kita. Bukan senang.


To know that ada orang yang sanggup layan kerenah kau, sanggup buat apa saja untuk kau, menangis sebab kau, rindukan kau, tak berkira dengan kau. Apa ingat senang ke nak buat orang sampai jadi macam ni? Tanpa perlu kau buat apa apa, orang tu suka kau sayang kau. Untuk aku, benda ni semua matters sebab bukan senang orang nak suka kita. Orang tu pulak memang yang tak pernah ada kena mengena dalam hidup kita.


Sometimes aku tak faham apa yang aku buat sampai aku jadi begitu penting dalam hidup seseorang tu. Aku tak rasa aku ada buat something special pun. Contoh macam Laili. Everyone knows yang dia sangat sweet. No doubt lah kan. I never expect yang dia akan cuci gambar kitorang berdua tu and letak kat dinding meja belajar dia. And she even lekat gambar tu kat dalam almari kalau dia kat Sri Iskandar. Ahhh! Aku hargai gila.


Bila kau tahu kau jadi seseorang yang penting dalam hidup seorang manusia lain, indah sangat perasaan itu. Aku selalu bersyukur kepada Allah kerana hidup aku terasa lebih bermakna :) Alhamdulillah. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment