Sejujurnya aku memang tak layak untuk berbicara mengenai ini. Tapi entah, aku hanya ingin membuahkan sedikit pendapat.
Dulu, aku hanya fikir rezeki tu dari segi makanan. Maksudnya kalau kau cukup makan maknanya kau masih ada rezeki. Kalau perut kau sentiasa kenyang maknanya rezeki kau masih ada. Tapi bila makin dewasa, aku mula faham yang rezeki tu sangat luas dan sangat besar pengertiannya.
Boleh melihat itu rezeki. Boleh berjalan itu rezeki. Boleh bercakap gelak ketawa itu rezeki. Itu semua rezeki. Kalau mata ni dapat tengok permandangan yang indah, lelaki yang tampan bukankah rezeki namanya tu? Kat dunia ni semua orang ada rezeki masing-masing. SEMUA ORANG ye.
Bak kata Johan, kita semua ada rezeki cuma rezeki itu milik kita atau tidak. Itu je. Mungkin sekarang belum rezeki kita kan, who knows? Ada orang kahwin bertahun-tahun tapi belum dapat anak. Belum ada rezeki katanya. Ada yang tak kahwin, sibuk sangat buat benda tak senonoh gedebuk keluar seorang manusia dari perut dia.
Yang ada hubungan halal ni, yang mampu bagi komitmen tak dikurniakan anak pulak. Rezeki masing-masing lah. Macam Guiliana and Bill, I dont know if you guys know who they are. Diorang ni Hollywood couples. Kahwin dah lama dan sangat sangat mahukan anak. Diorang buat IVF and you named it. Semua proses yang boleh Guiliana try untuk dapatkan anak, dia akan try. No matter how hurt she will be.
She dont care asalkan dia dapat anak. Dia dah cakap yang dia takkan putus asa. Tapi kalau Tuhan tu dah kata takda rezeki, maka macammana pusing macammana godek pun tetap takda jawapannya. Tapi Guiliana sangat beruntung sebab dapat suami macam Bill. Kalau kalian tengok reality show diorang, kalian akan faham apa yang aku maksudkan.
Bill ni dahlah handsome. Dia terima Guiliana apa adanya. Jujur, aku mahu suami seperti dia. Walaupun apa jadi kat Guiliana, dia tetap ada kat situ tanpa merungut. Sudah rezeki Guiliana dapat suami macam tu. Macam Fynn Jamal, kalau kalian dengar lagu 150 juta dia tu tentu faham apa maksudnya.
Fynn Jamal bukan jenis yang manja mengada, dia punya gedik sayang(suami) dia je boleh rasa. How cute is that? And ramai orang cakap yang Fynn Jamal tak layak dapat suami macam Tri. Eh who cares? Dah rezeki dia Allah tulis itu jodoh dia. Siapa kalian nak mempersoalkan benda tu.
Kadang-kadang aku pelik. Masa kat sekolah dulu, aku belajar bagai nak rak. Kemain berkobar tapi bila result keluar, orang yang main main dalam class orang yang main main masa tuition orang yang tak buat homework, dia punya markah lagi tinggi dari aku. I was like ' What?!!! Eh usaha aku lagi kuat lagi banyak dari kau kot. Aku tak nampak pun kau belajar. Apa ni? Apa ni?'
Tapi nak buat macammana. Dah itu rezeki dia. Mana tahu kat rumah dia sampai tak tidur buat revision tunggang terbalik ke kan. Again, rezeki masing-masing. Ada yang belajar sikit cepat faham, tak payah nak revise balik. Ada yang kena revise banyak kali, tapi tak faham faham jugak.
Ada yang tak lawa pun muka dia tapi suami dia handsome. Ada yang dia hitam tapi suami dia putih. Suami ke boyfriend ke tak kesah ah. Ada yang hidup senang tapi dia rasa kosong. Ada yang kaya raya tapi takda anak. Pokoknya harus bersyukur dengan setiap rezeki yang kita ada.
Rezeki masing-masing bermakna rezeki setiap orang tidak sama. Jadi kita tidak boleh bandingkan situasi diri kita dengan situasi orang lain. Sabar dan tunggu, mungkin sekarang belum tiba rezeki kita :)
No comments:
Post a Comment