'Bukan pada janji, tapi pada bukti'- copyright Zulfikar Ismail.
Tepat sekali kata-kata kawan aku di atas ni. Sekali lagi ayatnya memang bermakna. Aku sekali baca dah macam 'Yesssssss! Bijak betul idea budak ni. Meaningful!'
Nak tahu kenapa bermakna? Lelaki sekarang I mean sesetengah lelaki sekarang hanya pandai bermain kata-kata, ayat manis semanis kurma gitu tapi belum tentu diorang maksudkan apa yang diorang cakap. Aku tak kata diorang tak maksudkan cuma BELUM TENTU diorang maksudkan apa yang diorang cakap.
Ayat diorang memang sangat promising! Buat kita percaya apa yang diorang cakap. Contoh macam 'Saya takda orang lain dalam hidup saya. Saya hanya sayang awak seorang je and yadayadayada lagi lah' padahal pasang sparepart 2 3 orang. So the kasanova one =,=
So untuk kalian mana lah tahu berdepan dengan situasi ni, cuba balas kat lelaki tu macam ayat diatas. Agak-agak diorang nak jawab apa? Haha kita lihat apa reaksi mereka. Oh tetapi ini untuk yang kasanova je. Kalau ada lelaki yang betul-betul sayangkan korang and memang maksudkan semua yang dia cakap, jangan pulak pergi cakap macamni. Haa
Kesimpulannya, buktikan setiap apa yang dijanjikan. Bukan hanya pandai berjanji semata-mata. Bukan tunjukkan pada JANJI, tapi tunjukkan pada BUKTI.
No comments:
Post a Comment