You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, June 23, 2012

Boleh tak kalau entri ni takda tajuk?

Pengalaman banyak mematang manusia. Benda yang berlaku disekeliling kita banyak mematangkan kita. Ada peristiwa yang bilamana kita takkan faham situasi tu kecuali kalau kita alami benda tu sendiri. Diam bukan bermakna kita lemah. Diam tak bermakna kita takut. Diam tak bermakna kita takda pendapat. Diam tak bermakna kita takda apa yang nak diutarakan.


Diam adalah salah satu peluang untuk kita belajar. Belajar macammana orang sekeliling kita bertindak. Belajar macammana hidup ni berjalan. Melihat dengan teliti apa yang berlaku disekeliling kita. 


Peluang dalam hidup takkan datang berkali-kali macam mat bangla yang jual roti tu hari hari lalu depan rumah kita. Sebab tu orang selalu kata, peluang jangan dilepaskan. Kena rebut peluang tu habis-habisan.


Macam naik komuter. Walaupun kau lambat hanya beberapa minit kalau train tu dah bergerak, kau tetap akan ditinggalkan. Walau kau berlari selaju manapun untuk kejar train tu, kau tetap takkan dapat naik. Walau kau dah beli tiket dan tiket tu boleh guna, tapi kalau kau tak sempat nak kejar train tu tetap juga kena tunggu train seterusnya.


Bila dah dapat naik train tu lagi satu hal. Semua orang nak selesa, semua orang nak duduk tapi belum tentu semua orang dapat apa yang dia nak. Ada yang kena berdiri, yang bernasib baik dapat duduk dengan selesa dalam train yang bergoyang-goyang tu. Bila dah sampai destinasi pun satu lagi hal. Kita kena merebut peluang yang ada tu untuk keluar. Pintu train tu bukannya akan terbuka selamanya. Tiba masa nanti pintu tu akan tertutup dan teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Masa nak turun tu pun kena hati-hati kerana manusia lain juga ada yang mahu turun. Manusia lain juga ingin merebut peluang yang sekejap itu. Manusia yang diluar pula ada yang baru ingin mulakan perjalanan mereka. Masing-masing baik yang didalam gerabak train mahupun diluar, dua dua pihak ingin merebut peluang. 


Itulah kehidupan. Rebut peluang yang ada sementara peluang itu masih ada. Kalau peluang tu dah takda, menangis airmata darah pun tak guna.


Aku pun tak tahu kenapa aku tulis mengenai ini. Random. Aku balik Klang semalam by train from KL Sentral to Shah Alam. Dari situ aku dapat inspirasi. Dari situ aku belajar sedikit sebanyak- merebut peluang yang ada depan mata. 

No comments:

Post a Comment