You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan datang lagi.

Ya ramadhan datang lagi dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati pengalaman ramadhan pada tahun ini. First time akan berbuka puasa di kampus bersama rakan dengan juadah yang biasa.


Tapi first day harini, aku balik semata-mata nak berbuka puasa dengan family. Dah sampai rumah dari Jumaat lagi sebenarnya. So tadi pergi beli baju raya, haa semangat sangat nak raya padahal baru first day puasa kot. Kawan walid siap dah forward msg Selamat Hari Raya. Ini lagi tak sabar nak raya namanya. HAHA


Petang tu pergi bazar ramadhan kat Port Garden. Meriah gila kot :O Malam pulak pergi terawih kat masjid KRU yang baru. Bangga tengok masjid sebesar tu ada dalam KRU. Memang ramai orang, penuh gila sampai kat tempat wanita pun solat kat bahagian luar. And masjid tu lawa :')


Balik masjid singgah rumah Opah kejap, jumpa Isa Dieba Ameer. Isa cerita pasal dia bantu sorang hamba Allah time terawih tadi. Orang cacat anggota dan ceritanya bukan cacat yang tak boleh jalan macam biasa tu malah lebih teruk dari itu.


Jadi Isa dgn kawan kawan dia tolong pakcik ni naik ke motorsikal dia. Isa cakap dia insaf and terbuka hati tengok orang tua tadi. Memikirkan orang yang cacat anggota seperti itu juga gigih melakukan solat terawih dan ibadah sedangkan dia time bulan puasa ni baru nak buat ibadah. Terang-terangan disini yang orang sempurna anggota macam kita tak boleh bagi alasan untuk tidak berusaha. Sedangkan yang cacat tadi juga beribadah tanpa menyusahkan orang lain.


Semoga ramadhan kali ini memberi ruang untuk kita perbaiki diri masing-masing. Ramadhan ini, mari berpuasa kerana ALLAH :)

No comments:

Post a Comment