You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Sunday, July 29, 2012

Time flies fast.

Rasa macam baru semalam daftar masuk sem 2 tapi sebenarnya pejam celik berbaki 2 bulan sahaja lagi untuk menamatkan sesi semester 2 as final exam is on 1st October. Wo gila ah! 2 bulan je lagi, macam tak percaya bhaii. Rasa macam baru semalam puasa pada hari pertama padahal dah nak masuk hari ke-10 dah. Cepat sungguh masa berlalu zaman sekarang ni.


Test FAR baru lepas sabtu semalam. Test MGT pun dah lepas selasa haritu. Test QMT rabu lepas. Test ECO khamis minggu depan. Semua test berlangsung dengan meriahnya minggu ni. Tension je nak catch-up baca buku lepas satu, satu.


Lendu sangat sangat panas these days. Petang pukul 4 5 tupun rasa macam panas gila gila ah. Semalam berpeluang solat terawih di Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu. Bacaan imamnya sangat sedap dan syahdu seperti selalu. Best sangat dapat dengar bacaan semerdu itu.


Berbaki 2 bulan, semuanya harus baik-baik sahaja. Semuanya harus konsisten. Semuanya kena cekal, kena belajar dengan lebih gigih lagi. Semoga semuanya berjalan lancar. Moga Allah permudahkan, aminn.


p/s: Aku tak tahu macammana nak cakap lagi. Aku sangat meminati hasil karya Fynn Jamal dan Zahiril Adzim. Enough said

L O V E (32)

Saturday, July 28, 2012

Buon compleanno, Laili Farhana :)

Happy 19th birthday, Laili. As you requested before, aku wish in every social network yang aku ada. Hehe myspace dah lupa password, Friendster pulak tak pernah ada. So apa yang termampu jelah ya?

Disini, aku ingin mencoretkan ucapan hari jadi untuk kau. Semoga segala impian kau menjadi kenyataan. Belajar rajin-rajin. Jaga diri baik-baik kat SI. I'm here whenever you need someone to talk to or a shoulder to cry on. Again, thanks for being the wonderful you. Aku sayang kau babe :) <3

Aku tak mampu nak bagi Black Forest in XL size macam Azwa bagi kat kau. Hanya entri ni hadiah buat kau :/




Peluk cium aku untuk kau. Rindu kau :')

Monday, July 23, 2012






Aku simple je pergi shopping raya pakai baju Danial and seluar sukan Wawa. Selekeh much sebab balik Klang tak bawak balik baju punn =,=

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan datang lagi.

Ya ramadhan datang lagi dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati pengalaman ramadhan pada tahun ini. First time akan berbuka puasa di kampus bersama rakan dengan juadah yang biasa.


Tapi first day harini, aku balik semata-mata nak berbuka puasa dengan family. Dah sampai rumah dari Jumaat lagi sebenarnya. So tadi pergi beli baju raya, haa semangat sangat nak raya padahal baru first day puasa kot. Kawan walid siap dah forward msg Selamat Hari Raya. Ini lagi tak sabar nak raya namanya. HAHA


Petang tu pergi bazar ramadhan kat Port Garden. Meriah gila kot :O Malam pulak pergi terawih kat masjid KRU yang baru. Bangga tengok masjid sebesar tu ada dalam KRU. Memang ramai orang, penuh gila sampai kat tempat wanita pun solat kat bahagian luar. And masjid tu lawa :')


Balik masjid singgah rumah Opah kejap, jumpa Isa Dieba Ameer. Isa cerita pasal dia bantu sorang hamba Allah time terawih tadi. Orang cacat anggota dan ceritanya bukan cacat yang tak boleh jalan macam biasa tu malah lebih teruk dari itu.


Jadi Isa dgn kawan kawan dia tolong pakcik ni naik ke motorsikal dia. Isa cakap dia insaf and terbuka hati tengok orang tua tadi. Memikirkan orang yang cacat anggota seperti itu juga gigih melakukan solat terawih dan ibadah sedangkan dia time bulan puasa ni baru nak buat ibadah. Terang-terangan disini yang orang sempurna anggota macam kita tak boleh bagi alasan untuk tidak berusaha. Sedangkan yang cacat tadi juga beribadah tanpa menyusahkan orang lain.


Semoga ramadhan kali ini memberi ruang untuk kita perbaiki diri masing-masing. Ramadhan ini, mari berpuasa kerana ALLAH :)

Friday, July 20, 2012

Ahad yang lalu

Okay cerita dah lama tapi nak cerita jugak. Walaupun orang kata perkara yang dah lepas jangan dikenang. Cheq tak peduli, cheq nak ceghita jugakkk. Sebenarnya nakkkkkk sangat sangat sangat update blog ni, kalau boleh nak update hari-hari tapi oleh kerana line internet kat kolej tu canggih sangat sampai internet lembab gila terpaksalah membatalkan niat nak update blog.


So kumpullah cerita yang dah lepas tu untuk diceritakan pada waktu begini. Ahad lepas pergi Mahkota Parade with Nana and Mimi since Ekin memang malas nak join kalau bab bersuka ria ni. Jadi kami bertiga jelah yang pergi. Sewa kereta and gerak kesana pagi dalam pukul 11 macamtu. Aku first time pergi MP sejak belajar kat Lendu ni. Masa Part 1 dulu budak baik so weekends kalau tak balik rumah, aku hanya akan memerapkan diri di Hasan sahaja.


Dan aku tak pernah tahu how MP looks like. Memang batak ah wa cakap lu. Tak payah cerita kat sini lah MP tu macammana sebab kalian confirm pernah jejak MP punya. Aku je yang paling lame baru nak jejak MP =,= Tapi baju murah murah and lawa lawa. Nampak mahal tapi harga baru rm15 je. Nanti masa poket penuh, nak jejak MP sampai poket jadi kosong xD


Jadi kami telah menonton The Amazing Spiderman in 3D. And yes lagi sekali, kali pertama aku tengok wayang in 3D dan kali pertama tengok wayang kena beli tiket. Selalunya Joe kasi masuk free je. Memang best gila ah cerita tu. Aku nangis dua kali kot sebab ada scene yang betul-betul sedih. Andrew Garfield sangat handsome dan innocent dan sexy dan naive. Scene bila contractor tu semua tolong spiderman guna kren tu memang macam 'Awhhhhhhhhh :')'.


Okay jom tengok gambar. Tapi gambar mixed, bukan gambar hari Ahad je ada. Aku nak taruk semua














Saturday, July 7, 2012

Ini apa?




1. Saya berada dirumah saat ini
2. Saya pakai baju Spain kepunyaan Danial
3. Ya tahu tahu. Saya pendek 

Thursday, July 5, 2012

Updates.


Aku masih di bumi Lendu saat ini. Baru habis class dan berseorangan di bilik. Awalnya nak mencari bahan untuk assignments tapi melencong sebentar disini. Semuanya baik-baik sahaja, ALHAMDULILLAH! Lepas ni dah takda class on Friday so by Friday noon, saya sudah berada di Klang.

 So far, class berjalan lancar. Semuanya pasal pelajaran masih boleh dikejar. Masih boleh bertanya, minta tunjuk ajar dari kawan-kawan. Bahu sudah mula diletakkan assignments. Tarikh pula mengejar aku supaya menyiapkan segala assignments dengan pantas.

Oh tolong Ya Allah, aku mahu dekan sem ni. Shh ini rahsia blog saya ya? Jangan cerita dengan yang lain. Aku mahu dekan sem ini Ya Allah. Mohon dipermudahkan segala usaha dan jalannya.

Aku masih hidup di bumi Lendu. Melaka ajar aku kehidupan. Moga ketemu lagi