You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, February 16, 2013

Aku tak bisa bayangkan jika aku di tempat mereka. Mereka yang putus cinta tanpa sebab kukuh. Mereka ini khususnya untuk perempuan kerana aku seorang perempuan jadi aku hanya bayangkan jika aku jadi perempuan yang putus cinta tu.

Putus cinta memang bukan isunya disini. Dah memang takda jodoh nak buat macammana. Takda jodoh, takda persefahaman, dah tak sayang atau mungkin dah ada orang lain. Apapun alasan yang penting cinta itu dah takda, dah putus.

Aku cuma tak dapat bayangkan perasaan orang yang putus cinta tapi dia tak tahu apa masalahnya. Tiba tiba je si pasangan minta putus. Dan dia menjadi seorang perempuan, dah orang tak sayang takkan nak pertahankan jugak relationship tu kan?

Perempuan ini fikir yang hubungan itu takda masalah kerana cinta dan sayangnya masih sama seperti di awal perhubungan dulu. Tapi untuk si lelaki tidak. Jadi hubungan berakhir disitu.

Aku tak bisa bayangkan jika aku di tempat perempuan itu. Perasaannya masih sama tapi sebab lelaki tu minta putus, dia terpaksa rela. Untuk cakap kat hati ni berhenti sayang kat lelaki tu, macammana? Tanpa sebab? Mustahil.

Betul kata Wani Ardy, kalau orang tu buat sesuatu yang kita benci dan marah memang senang kita nak lupakan orang tu. Contoh macam kau in relationship and sayang pasangan kau tu tapi dia curang ada orang lain. Ini boleh dijadikan alasan untuk kau benci dan marah dia. Tapi bila all of the sudden dia minta putus without doing anything wrong (mungkin alasannya semata- mata kerana rasa sayang itu dah takda), susah nak ajar hati ini untuk berhenti sayang dia. Susah.

Setakat ini aku tak pernah rasa macamni dan aku berdoa supaya aku takkan pernah rasa macamni sampai bila-bila. Aku rasa aku tak kuat untuk hadap benda macamni. Kalau nak putus, buat aku benci kau dulu supaya senang hati nak hentikan rasa sayang ni.

Buat orang-orang kuat diluar sana, jangan berhenti menjadi kuat. Dan tahniah kerana kuat :)

No comments:

Post a Comment