You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Saturday, May 18, 2013

Aku pernah terfikir is it necessary for us untuk ada special someone, our very own special someone? Kalau takda boyfriend/ girlfriend, husband/ wife pun kita akan bahagia kan?

After a while, aku mula sedar yang sebenarnya kita perlu cari seseorang. Aku bukan nak bincang pasal bila masa yang sesuai nak cari special someone and yadayadayada. 

Jawapannya perlu sebab hidup kita semua ada tujuan. Tujuan hidup kita sekarang(selain Lillahitaala) mungkin untuk banggakan ayah dan ibu atau nak berjaya dalam hidup. Nanti bila tiba masanya, tujuan hidup kita akan berubah. Dari semasa ke semasa.

Bila dah kahwin, tujuannya mungkin terarah kepada nak menjadi isteri dan ibu yang baik. And this is why kita perlukan special someone. Sebab bila masa makin lanjut, ibu bapa kita semakin tua dan akan mati. Semua orang akan mati.

Bila ada keluarga sendiri, kita akan ada tempat bergantung yang baru iaitu suami. Aku selalu tak dapat bayangkan bila Walid dan Umi takda nanti. Aku tak dapat bayangkan sebab aku tahu itu perasaan dan waktu yang paling teruk sekali.

Dan mungkin juga sebab itu Allah benarkan kita berkasih sayang. Supaya nanti bila orang yang kita sayang dah takda, masih ada orang yang ada dengan kita. Untuk layan kerenah kita, untuk bersama kita waktu suka duka, untuk habiskan sisa hidup ni. 

Allah Maha Merancang, Maha Mengetahui. Semua yang Dia ciptakan itu bersebab. This is my random random thoughts which I'm not sure korang faham ke tak. I'm sorry if you didnt get the point because its really hard for me to transfer whats on my mind into words :/




Tuesday, May 14, 2013

Alhamdulillah. Akhirnya :')

Aku cerita semua kat blog ini because this is mine. Kalau rasa nak judge jugak- nak cakap itu ini, suka hati kalian. People will judge anyway.


This is my first time getting this. Perasaan masa itu susah untuk digambarkan. Sebagai orang yang ada pengalaman kat result dia pernah ada 'GA', the first thing yang aku tengok ialah row paling belakang sekali and I am so relieved to see yang semuanya 'LU'.

Aku dah nampak pointer tapi aku macam tak percaya sebab pointer aku sem lepas 3.13. Aku terfikir takkan boleh naik banyak macamni sekali kot? Tapi bila tengok bawah sikit, terang terangan stated dl. Pergh terus menangis, capai phone and call Walid.

Walid yang mendengarnya pun menangis. I am so happy that I make Walid cry in a good way, for a good reason. Sungguh aku buat ini untuk Walid dan Umi. Kalau aku buat untuk aku pun hanyalah 10% sahaja. Yang lain semuanya untuk Umi Walid.

Sebab aku tak minat Accountancy. Kat sekolah dulu pun aku class Science. Tapi sebab Umi suruh ambil, aku turutkan. Aku selalu mengeluh sebab bidang ni susah. Susah sangat. Siapa belajar bidang ni dia tahu lah. Dan aku tahu bidang lain juga ada cabaran masing-masing. Apa je benda yang senang kat dunia ni?

Diri aku sendiri, Frd, Kembar, Nana, Tiqah tahu betapa aku struggle untuk semester ni. Betapa aku tak tidur sebab study, betapa aku nangis call Walid sebab aku takut sangat if I let him down. Ada yang pandang aku macam aku ni bodoh sangat tapi aku biar je. Allah nampak usaha kita. Dia bagi apa yang kita deserve.

Ada yang kata ini rezeki. Ya betul. Tapi ini bukan soal rezeki semata-mata. Usaha aku, effort aku. Ada kau ambil kira? Macam peniaga kat pasar malam. Untung jualan itu memang rezeki dia tapi kalau dia takda effort dan usaha nak bukak kedai dia, nak sediakan makanan sedap kau ingat orang nak beli ke?

Allah Maha Adil, Maha Mengetahui. Ini hadiah untuk Umi dan Walid. Terima kasih Ya Rabb. Semoga aku dapat kekalkan apa yang baik. Amin





Wednesday, May 8, 2013

My own definition of Happiness

Setiap orang punya beda pengertian mereka terhadap sesuatu perkara. Macam aku bila aku dengar live band, hati aku rasa tenang dengan merdunya alunan muzik dan gitar. Mungkin bagi sesetengah orang macam pelik macammana minah ni boleh tenang pulak tapi untuk aku itu pengertian aku bagi erti kata puas hati dan tenang.

Bahagia- Ada yang kata bila ada rumah besar, dia dah cukup bahagia. Ada yang kata bila dia ada banyak duit, dia dah cukup bahagia sebab dia mampu miliki apa yang dia nak. Ini mengikut pandangan masing-masing.

Untuk aku, bahagia yang paling utama ialah keluarga aku. Even adik-beradik aku ramai and rumah ni mesti riuh rendah dengan sana sini menjerit berebut remote control dan sebagainya, aku tetap bahagia. Aku pernah duduk rumah kawan. Serious aku memang tak boleh duduk tenang sebab rumah dia sunyi sangat. Terus rasa rindu kat adik adik :')

Selain keluarga, my own definition of happiness is bila ada orang yang boleh terima aku apa adanya. I don't know how to describe this feeling. Siapa yang rapat dengan aku, mereka tahu aku jenis keras kepala dan ego. Aku rasa kalau aku jadi lelaki pun, aku takkan minat kat perempuan yang perangai macam Najah ni. Sebab susah nak handle.

Tapi rupanya ada orang yang boleh terima aku apa adanya(so far). Ini pun tak tahu lah selamanya atau sementara. Semoga berpanjangan. Bila ada orang boleh terima buruk baik aku, boleh handle aku at my best and worst, aku jadi sangat sangat bersyukur. Terima kasih Ya Rabb :)

Bahagia tu ada disekeliling kita. Ini pengertian bahagia untuk aku. Mungkin tak sama dengan kalian. Jangan pulak hangpa semua fikir kalau takda orang boleh terima korang apa adanya maknanya korang belum cukup bahagia. Bukan begitu ya. Ini erti bahagia aku. Erti bahagia kalian mungkin lain, siapa tahu?

'Bahagia tu benda yang kita ada bukan benda yang kita cari'- Mengikut konsep ini, aku bahagia. Sebab tu aku kata even rumah aku riuh rendah, aku tetap bahagia. Sebab itulah benda yang aku ada :)