After a while, aku mula sedar yang sebenarnya kita perlu cari seseorang. Aku bukan nak bincang pasal bila masa yang sesuai nak cari special someone and yadayadayada.
Jawapannya perlu sebab hidup kita semua ada tujuan. Tujuan hidup kita sekarang(selain Lillahitaala) mungkin untuk banggakan ayah dan ibu atau nak berjaya dalam hidup. Nanti bila tiba masanya, tujuan hidup kita akan berubah. Dari semasa ke semasa.
Bila dah kahwin, tujuannya mungkin terarah kepada nak menjadi isteri dan ibu yang baik. And this is why kita perlukan special someone. Sebab bila masa makin lanjut, ibu bapa kita semakin tua dan akan mati. Semua orang akan mati.
Bila ada keluarga sendiri, kita akan ada tempat bergantung yang baru iaitu suami. Aku selalu tak dapat bayangkan bila Walid dan Umi takda nanti. Aku tak dapat bayangkan sebab aku tahu itu perasaan dan waktu yang paling teruk sekali.
Dan mungkin juga sebab itu Allah benarkan kita berkasih sayang. Supaya nanti bila orang yang kita sayang dah takda, masih ada orang yang ada dengan kita. Untuk layan kerenah kita, untuk bersama kita waktu suka duka, untuk habiskan sisa hidup ni.
Allah Maha Merancang, Maha Mengetahui. Semua yang Dia ciptakan itu bersebab. This is my random random thoughts which I'm not sure korang faham ke tak. I'm sorry if you didnt get the point because its really hard for me to transfer whats on my mind into words :/
No comments:
Post a Comment