This is my first time getting this. Perasaan masa itu susah untuk digambarkan. Sebagai orang yang ada pengalaman kat result dia pernah ada 'GA', the first thing yang aku tengok ialah row paling belakang sekali and I am so relieved to see yang semuanya 'LU'.
Aku dah nampak pointer tapi aku macam tak percaya sebab pointer aku sem lepas 3.13. Aku terfikir takkan boleh naik banyak macamni sekali kot? Tapi bila tengok bawah sikit, terang terangan stated dl. Pergh terus menangis, capai phone and call Walid.
Walid yang mendengarnya pun menangis. I am so happy that I make Walid cry in a good way, for a good reason. Sungguh aku buat ini untuk Walid dan Umi. Kalau aku buat untuk aku pun hanyalah 10% sahaja. Yang lain semuanya untuk Umi Walid.
Sebab aku tak minat Accountancy. Kat sekolah dulu pun aku class Science. Tapi sebab Umi suruh ambil, aku turutkan. Aku selalu mengeluh sebab bidang ni susah. Susah sangat. Siapa belajar bidang ni dia tahu lah. Dan aku tahu bidang lain juga ada cabaran masing-masing. Apa je benda yang senang kat dunia ni?
Diri aku sendiri, Frd, Kembar, Nana, Tiqah tahu betapa aku struggle untuk semester ni. Betapa aku tak tidur sebab study, betapa aku nangis call Walid sebab aku takut sangat if I let him down. Ada yang pandang aku macam aku ni bodoh sangat tapi aku biar je. Allah nampak usaha kita. Dia bagi apa yang kita deserve.
Ada yang kata ini rezeki. Ya betul. Tapi ini bukan soal rezeki semata-mata. Usaha aku, effort aku. Ada kau ambil kira? Macam peniaga kat pasar malam. Untung jualan itu memang rezeki dia tapi kalau dia takda effort dan usaha nak bukak kedai dia, nak sediakan makanan sedap kau ingat orang nak beli ke?
Allah Maha Adil, Maha Mengetahui. Ini hadiah untuk Umi dan Walid. Terima kasih Ya Rabb. Semoga aku dapat kekalkan apa yang baik. Amin
Congrats.. dean list. Btw financial accounting 2? You're in sem 3 right?
ReplyDeleteMuch love from the Pluto, http://alienfromthepluto.blogspot.com/
thank you :) Yes I'm in sem 3 but I repeat the FAR paper.
DeleteSo, I have to re-sit the paper in sem 3