You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Sunday, December 25, 2011

Monday, December 19, 2011

Saturday, December 17, 2011

Putus cinta.

Baru- baru ni, ada kawan rapat aku putus cinta dengan girlfie dia. Aku tengok si lelaki ni seorang yang happy go lucky. Gelak sana gelak sini, banyak cakap pulak tu. Tapi masa malam dia clash tu, dia text aku. Aku tengah tidur time tu so bila aku baca text tu aku fikir yang aku tengah mimpi. But then bila bangun nak pergi class, aku tengok mamat ni semacam je. Mata dia bengkak, dia menangis malam tadi. So aku tnya dia, rupanya memang betul dia text aku tu. Aku tak bermimpi lah maknanya. Bila jadi macamni, aku tahu yang dia serious sayangkan girlfie dia tu. Tapi alasan diorang clash tu sangat munasabah. So memang tak boleh nak buat apalah kann? Redha jelah jalan yang ada.


Dan aku pulak teringat balik masa aku clash dulu. Sekarang ni dah nak masuk 2 bulan rasanya aku clash dengan dia. Aku teringat balik macammana aku sedih time tu. Mata aku bengkak jauh lebih teruk dari si lelaki tadi. Sampai orang cakap mata aku macam kena tumbuk. I wonder if Frd reacts the same way macam kawan rapat aku tadi. Ke dia relax je? Entah. Masa aku clash dulu, aku berusaha pujuk diri aku sendiri. Bestfriends aku pun banyak tolong kuatkan semangat aku sebab diorang tahu relationship aku macammana. Ayat-ayat macam Cinta tak selalunya memiliki, Andai jodoh takkan kemana, itu semua mulai nampak kebenaran maksudnya. Aku redha sebab itu adalah satu-satunya jalan yang ada. Allah dah tuliskan semuanya. Kita hanya bergerak mengikut apa yang Dia plan untuk kita. Malah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. 


Mengenai hati, hati perlukan masa. Masa untuk ia merelakan semuanya. Hati aku dulu puas aku pujuk pujuk. Sekarang Alhamdulillah beransur pulih. Tapi memang perasaan sayang tu takkan hilang macamtu je. Ada lagi perasaan sayang tu (:

Wednesday, December 14, 2011

Touched (2)

Touched.

Kemahiran Insaniah.

Last weekend adalah weekend pertama aku habiskan masa di Lendu. Itupun sebab ada KI ni, kalau tidak memang balik jugak. First of all, memang semua orang dah cakap confirm bosan. And yes for hari pertama tu memang bosan, mengantuk gila ahh! Tapi hari kedua, not bad at all. Sebab latihan dalam kumpulan kann. Kitorang buat debat which is gamat gila mempertahankan Maggi VS Spagetti masing masing. Haha. Last slot is to tulis wasiat for family. Touching terus ni. Aku nangis tulis benda alah tu. Here I wrote;


Untuk Walid dan Umi yang paling disayangi,

Andainya kakak pergi dulu sebelum kalian, kakak nak walid umi tahu yang kakak sangat sayang walid dengan umi. Tiada kata yang mampu digambarkan. Terima kasih kerana melahirkan menjaga mendidik dan menyayangi kakak dengan sempurna. Kakak sanggup buat apa saja asalkan walid umi bahagia.Terima kasih kerana menyokong segala benda yang kakak buat. Untuk umi, terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu mendengar cerita-cerita kakak. Untuk walid, terima kasih kerana selalu mencuba yang terbaik untuk mencukupkan keperluan kita sekeluarga. Impian pertama kakak adalah untuk masuk U. Sesungguhnya walid dan umi sajalah yang mengerti betapa kakak menginginkan  tempat yang kakak berada sekarang. Kakak tahu walid dan umi adalah orang yang paling gembira dan bangga saat mengetahui yang kakak akhirnya dapat masuk U. Katakan apa saja yang kakak mahukan sewaktu hendak mendaftar ke sini, semuanya dipenuhi oleh kalian. Terima kasih untuk itu. Terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang terbaik untuk kakak. Bahawasanya, kakak tahu ucapan terima kasih kakak takkan pernah mencukupi kerana pengorbanan kalian begitu besar nilainya. Untuk adik adik yang paling kakak sayang, Danial, jadi abang yang baik untuk adik adik yang lain. Najwa Darwis, belajar rajin-rajin tau? Danish Natra, jangan nakal nakal, dengar cakap umi walid. Kakak nak tengok adik-adik kakak berjaya. Allah sajalah yang tahu betapa kakak sangat rindukan korang semua. Ampunkan segala dosa kakak dan halalkan makan minum kakak. Doakan kakak selamat bersemadi di sana dan semoga kita bertemu di syurga.

Yang Ikhlas,
Nr Njh Nblh

Padat!

I've been busy this few weeks and I hate that. Sekarang ni jelah pun baru boleh bernafas dengan tenang. Past few days sibuk buat latihan for junior's night untuk MEDIA. Class aku excited gila padahal class lain relax je . Haha luckily kitorang manage to siapkan performance tu by the dateline. Apabila dah menumpukan diri ke arah latihan yang tak datangkan manfaat tu, mulalah kerja assignment menimbun-nimbun, bertingkat-tingkat jadinya.


Aku rasa sangat bodoh bila aku tak buat kerja then bila lecturer nak tengok kerja tu, aku tunjuk je kerja kerja yang aku dah buat sebelum ni. Aku rasa bersalah gila kat pensyarah tu. Maafkan saya puan. Aku janji dengan diri aku sendiri nak catch up balik and nak fahamkan semula semuanya. Sebab Math ni dia berkait-kait. Kalau mula-mula kau tak faham, memang sampai akhirnya kau takkan faham.


FAR 100 lagi satu masalah besar. Aku tak faham sepatah apa pun. Best kann? Lecturer dahlah muda, ajar macam every each person dalam class tu ada basic account. Orang yang takda basic macam aku ni boleh mati kebingungan sebab tak faham apa yang dia ajar. Aku pun tak tahu macammana nak buat, aku nak belajar. Aku nak jugak jawab soalan kat depan class macam aku selalu buat kat tuition dulu. Addmath laagi senang kot. Hmph.


Christmas nanti balik. I cant wait to meet my bestfriends. Ohmyy! Miss them so badly. I wish they were here with me, sharing the same room. I can live inside my room the whole time without jumpa kawan baru. And oh! Smlm dah berbaik-baik dengan Frd. Saya sayang awak.


Lepasni busy untuk English week then dah free, insyaallah :) Doakan semuanya berjalan lancar ye? Terima kasih banyak.

Thursday, December 8, 2011

Jealous GI-LA beyond words.



puisi cinta yg datang dari hati....


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Boyfriend kau ada buat puisi macamni untuk kau? Aku die hard fan si ZA ni weyy. And to know this, aku frustated GI-LA*cehh* T.T
Selamat menjadi separuh dari aku.

Thank you.

Here, I wanna thanks everyone yang wish birthday aku on 6 December haritu. Terharu pun ada sebab entah siapa siapa yang aku tak kenal pun wish jugak. Kalau aku, tkda de nak wish orang yang aku tak kenal. Thanks all. Danial siap call and nyanyi lagu Happy Birthday. Menangis aku dengar dia nyanyi. Wawa pun call untuk wish. Walid umi hantar text pukul 12 lebih tu bagi nasihat kat anak dia sorang ni. Aku rasa macam aku kat luar negara je sambut birthday sorang sorang. Macam Nabilah Hannah sambut birthday kat Egypt. Haha


First mestilah roomate aku yang wish dulu kan. Dah satu bilik and dah pukul 12 takkan buat dek je? She is being so sweet sebab buat birthday card and belikan hadiah untuk aku. Dia letak sebelah bantal, atas buku Harry Potter aku. Then bila aku nak tidur, aku nak amik buku tu terkejut bila nampak hadiah tu. Speechless sebab aku jarang dapat hadiah kann? Haha. Many friends yang text, thank you jugak. Aku nangis baca text my one and only Rafaa. Touched. Ada yang cakap hadiah tunggu aku balik Klang. Alolololo :D


Thanks to all 108 people yang wish kat FB and berapa entah yang text. Thank you. Yang penting, its the thought that counts (:

Sunday, December 4, 2011

Kau yang ku sayang.

Aku sayang kau. Sungguh. Aku tak tahu kenapa lately ni kita asyik gaduh. Aku tak suka gaduh dengan kau tapi kau selalu sakitkan hati aku, buat aku marah. Entah sampai aku pun tak tahu nak react apa bila kau buat aku marah. Kau duduk sana tu elok elok. Jaga diri kau baik baik. Aku akan selalu doakan kau dari jauh. Kau selalu ada dalam doa aku. Tak pernah putus. Apapun yang kau fikir, aku tak peduli. Asalkan aku tahu hati aku. Susah orang lain nak gantikan kau. Susah! Jadi jangan kau nak pesan kat aku supaya berbahagia dengan dia dan dia boleh buat aku bahagia. Teringat kat kau buat aku sedih walhal semasa aku sedang menulis entry ni untuk kau pun aku dah menangis. Wawa cakap tak payah lah nangis. Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa aku menangis. Airmata tu keluar je. Banyak kenangan dengan kau. Susah nak lupa. Alangkah indahnya kalau aku tak perlu buat keputusan tu dulu.