You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Sunday, January 29, 2012

Persembahkan


Adik-adik yang disayangi, Danish and Natra. Danish ni gedik gila, geram aku. Kalau balik Klang dialah yang paling nakal sekali. Natra pulak mengada lebih. Alahh, kakak saaaaaaaaaaaaaaayang korang tau? Masa ni gambar time Danish orientasi Standard 1 kat MBS.

Hanya cinta yang mampu menghentikan peperangan.

'Kau pernah rindu Farid tak?'. My male friend ask.


Mestilah pernah. Banyak kali. Manusia lumrah lah kalau dia rindu sayang cinta kat orang lain kann? Lagi lagi orang tu orang yang bermakna dalam hidup kau. Tak semudah tu je nak lupa. Mulut je cakap dah benci and what not tapi hati tak boleh menipu. Hati takkan boleh menipu.


To be honest, lately ni aku macam kecelaruan perasaan. Tak tahu nak rasa apa. Rasa macam sunyi semacam. Ahhhh! Forever alone maybe. Rindu semua perasaan yang dulu-dulu. Rindu nak texting almost 24/7, rindu nak called each other silly names, rindu nak merajuk, rindu nak membebel, rindu nak gelak ketawa kalau on call, rindu nak berborak, rindu nak buat super savers macam takda hari esok, rindu nak care pasal someone, rindu nak gaduh.


Nana know this so she said 'Janganlah macamni Najah. Kau kan kuat.'
I replied 'Haha kuat? Aku tak pernah kuat Naa. Berpura-pura kuat, yes! All the time.'


Tkpe, aku redha :) Aku tahu Allah dah plan everything untuk aku. Aku hanya perlu go with the flow. Sabar Najah sabar. I have a friend, dia ni kalau dulu tak main aa nak cintan cintun nak pujuk pujuk awek kalau merajuk ke, takda maknanya. Boleh jalan nak layan perempuan macamtu. Takda masa nak layan dia cakap. Tapi sekarang dia dah jumpa yang betul-betul sesuai dengan dia kot. Dia kata perempuan tu banyak ubah dia, care psal dia, tanya solat dia semua. Anddddddd kalau perempuan tu merajuk, dia siap pujuk dah sekarang. Baru kau tahu makna sayang makna cinta. 


Dulu memang lah cakap macam tak perlukan perempuan dalam hidup tapi bila dah jumpa wanita yang betul-betul menambat hati, kan dahhhh! Hati automatik jadi lembut kau. Sayang memang macamtu. Kau sanggup buat apa saja tapi janganlah cakap nak redah lautan api. Lame sangat tu, hiperbola. Kalau dah sayang tu, ego pun tolak tepi, ego kasi turun kasi buang jauh-jauh. Kerjanya mengalah je, bertolak ansur. Buang semua perangai yang perempuan tu tak suka. Untung kalau ada orang sayang, aku percaya itu. Memang bertuah empunya diri :)

Thursday, January 26, 2012

Dragging back all the memories.

Kelmarin admire aku time dulu dulu call. Dia ada masalah sebenarnya so aku pun cakap apa yang perlu, bagi kata semangat konon. Nasib baik dia okay lepas aku cakap cakap tu.


Yang tak blah nya, kitorang boleh siap cerita masa time dia minat aku dulu. Alahaii. He's nice. Sangat tak berkira untuk orang yang dia sayang. Kalau dulu setakat nak topupkan or share topup, petik jari je aku dapat. Contoh macam aku takda credit untuk texting dia so dia topupkan. Number yang aku guna sekarang ni pun, dia yang beli dulu sebab dulu aku pakai celcom and dia pakai maxis. So untuk jimatkan duit dia, dia belikan number maxis.


Dulu kitorang selalu lepak kat beranda centre. Dia cakap semalam dia paling suka time kat situ. Paling aku tak sangka, dia ingat apa yang kitorang bualkan kat beranda. Dia ingat semua benda yang aku lupa. Tapi bila dia cakap balik, memang dragging back all the memories. Aku ingat. Dulu dia make effort untuk kawan dengan aku. Haha kononnya aku letakkan macam macam syarat lah. But he managed to get through semuanya.


Kalau tanya Diela, dia tahu. Mesti hidup kau heaven bila setiap hari kau adalah orang pertama yang lelaki tu fikirkan masa dia bangun tidur? Aku rasa bertuah, terharu. Bukan senang nak buat orang suka kita. To know that I'm the 1st things yang pop up dalam mind dia masa dia bangun tidur, alahaii. Dia cakap semalam dia pun pelik macammana dia boleh sayang aku sampai takut kehilangan aku. Yang lain dia cakap jangan bagitahu orang lain. Rahsia.


Kii, first of all aku nak mintak maaf. Dulu aku tahu perasaan kau tapi aku memang anggap kau macam kawan je. Aku sayang kau sebagai kawan. Terima kasih sebab suka aku, sayang aku, and tak pernah berkira dengan aku. Terima kasih jugak sebab kau defend aku. Aku ingat lagi dulu kau pernah cakap if Farid tak jaga aku baik baik, siaplah dia! Terima kasih untuk itu. Terima kasih sebab doakan aku bahagia dengan Farid. Aku hargai sangat. Masa aku bagitahu kau yang aku dah couple tu, aku tahu kaulah orang yang paling sedih sekali. Maaf untuk itu ye? Maaf sebab hancurkan hati kau. Kau still boleh cakap tahniah bila kau tahu sedangkan time tu kau dah sedih gila dah. Samad sampai marah marah kau suruh kau move on sebab Samad cakap aku dah ada Farid. Tapi kau suruh orang lain jangan masuk campur sebab ini pasal hati kau. Jangan risau, aku still ada kat sini. Kalau kau rasa nak share masalah, kau text aku. Aku doakan kau bahagia, jumpa orang yang betul betul boleh terima kau apa adanya kay? -Najah :)

Listening Test.

Tadi ada listening test. Masa jawab kertas tu, dia bagi 2 peluang je untuk kita dengar betul betul. And masa 1 mins utk semak balik apa yang kita buat. Masa buat test tadi bukannya aku buat sungguh-sungguh pun, aku mengelamun je lebih. Aku relate kan test tadi dengan kehidupan seharian.


Setiap manusia deserves a second chance. Tapi kalau dah lebih dari 2 peluang tu memang lemak aa. Macam test tadi, kau hanya diberi 2 peluang saja untuk dengar betul-betul, jawab betul-betul and come out with the best answer. Hidup ni pun macam tu. Kita kena grab peluang yang ada depan mata kita, jangan sia-siakan peluang tu. Kalau kau dapat peluang kedua, then fine. Tapi kalau itu adalah peluang terakhir kau, kau takkan dapat apa apa dah. Kosong. Peluang yang ada kena guna sebaiknya. Expression orang tak sama untuk peluang kedua. Sama macam test tadi, masa first buat kita tak tahu isi tu kat mana semua kann. So masa dengar tu relax je. Tapi bila 2nd time dia ulang balik, aku pay attention gila gila punya sebab aku tahu lepas ni memang takda peluang dah untuk dengar jawapan.


And kalau masa 2nd peluang tu pun kau buat lekk je, memang susah aa. Kau akan dapat markah sikit or tak dapat markah langsung. 

Saturday, January 21, 2012

Hati,


Ramai yang setuju :)


Wednesday, January 18, 2012

My very own Laili F (:


Laili send this MMS to me and I quickly online to see it. First expression was awhh :') Sweetnyaaaaaaa. Terharu sangat sangat sangat. On 16th, she texted me telling that dia takda mood nak belajar and ask me to make her study. Entah kenapa tiba tiba malas. But theres something in my mind so I spill my problem to her. Nampak takk? Dia text aku sbb suruh dia study, aku pulak luahkan masalah nak ajak dia berborak. Haha. So she listen and respond. At the end, dia punya kemalasan nak study tu biar macamtu je.  Rupanya dia rindu kat aku. Rindu sampai boleh takda mood nak study tau. Thats why belakang tu semua ada formula-formula math. Hee ini Laili yang cakap bukan aku syok sendiri naaaa. Laili, saya rindu awak jugakk. Belajar rajin rajin kay? Jangan malas. Nanti CNY kalau ada rezeki, kita jumpa. Much love- Your Najah N.

Friday, January 13, 2012

Thursday, January 12, 2012

Nur Najwa Natasha Bt Mohd Nasrudin (:


Presenting Najwa Nasrudin. Saya rindu awak sebenarnya wahai kak chik. Thats why nak tulis entry ni. Nilah adik aku yang paling gedik sekali, yang paling entah apa apa, yang paling degil, yang paling taknak dengar kata, yang paling kurang ajar. Geram pulak aku. Haha. But yet, this is the only one yang paling rapat dengan aku. I mean perempuan because Danial tu takkan faham isi hati perempuan. Wawa ni sangat caring dengan aku. Dia tahu semua cerita cerita aku dengan Frd dulu. Dia tahu kenapa aku menangis. Wawa ni degil sikit. Tapi dia baik. Kira macam kalau nak mintak tolong dia tu boleh diharap lah. Ni aku takda kat rumah mesti dia yang kena buat semua benda. Shiann diaaa! Tadi aku online masa kat class AIS dia pop-up chat aku. Tanya apa cerita? Nak tahu gossip je. Haha. Nanti kita cerita ye? Tunggu kakak balik rumah dulu, senang sikit nak cerita. Seeing her update her blog makes me realise dah besar dah adik aku ni. Dah matang dah dia.

Dengar ni budak sekolah. Saya saaaaaayang awak. Walaupun macammana pun perangai awak, saya sayang awak. Kita kan adik beradik? Kat sekolah nanti belajar rajin rajin, jangan bergaul dengan budak entah apa apa budak budak gedik ke jangan. Kakak tak suka. Jaga diri baik baik. Jangan couple! Awak tu kecil lagi, lelaki ni bukan semua boleh dipercayai. Awak cantik and kalau single biar orang respect. Single pun cool apa? Sepp sikit! Dengar cakap umi walid jangan melawan. Kalau umi suruh buat kerja rumah buat je, nanti dapat baaaaaanyak pahala. Dah nak cakap itu je. Takecare tau? I LOVE YOU <3

Hidup.


Hidup ni pelik. Setiap orang tu pelik. Setiap orang ada benda yang they have to deal with everyday. Their own problems and story. Jangan kita fikir orang kaya tu hidupnya senang. Jangan kita fikir orang kaya tu apa nak semua dapat. Allah tu Maha Adil. Kalau pun orang tu kaya, adakah maknanya dia bahagia dengan kekayaannya? Tidak semestinya. Dan adakah kalau orang tu miskin, dia tak bahagia sebab asyik nak fikir harini makan apa atau mana nak dapat duit?

Allah Maha Adil. Kebanyakannya kalau orang tu kaya, anak dia mesti sikit or takda anak langsung. Sebab Allah dah bagi kaya dia tu sebagai harta dia. Kalau orang tu miskin or orang susah, anak dia ramai 7 8 orang sebab apa? Sebab anak tulah harta dia. Lepastu anak-anak dia semua pandai pandai kerja bagus bagus. I'm not telling this to all cases. Ini cuma common situation. Ada jugak yang kaya and anak ramai, ada yang orang susah anak sikit. Ada je. This is just my opinion. Dont get it wrong.

Setiap orang perlu buat pilihan dalam hidup diorang. Hidup ni tentang buat pilihan. Kau nak mandi sekarang ke kejap lagi. Kau nak pergi class ke nak ponteng. Kau nak makan paprik ke tomyam. Kau nak dengar atau kau pilih biar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Semua tu pilihan kau sendiri. Dalam hidup ni, kita takkan faham tindakan seseorang tu melainkan kita alami keadaan tu sendiri. Kita ada di tempat dia berada baru kita faham. Sebab tu kita tak boleh nak judge orang macam tu je. Takda orang lain yang faham kau kecuali diri kau sendiri.

Jangan judge orang from what they did. Maybe they have to, who knows?

Wednesday, January 11, 2012

Berpijak di bumi nyata.

Aku always ingatkan diri aku untuk berpijak di bumi nyata. Sebab kadang kadang impian angan-angan aku tinggi menggunung. Tapi takpe tak salah berangan-angan. Aku tak tahu nak define life aku sekarang macammana. Bercampur baur tak tahu mana yang perlu didahulukan, mana yang perlu percaya, mana yang perlu difokuskan.

Sabtu ni ada test FAR 100 and I'm telling you I will die. Aku dahlah tak faham sepatah apa dalam FAR tu. Pray for me. Sekarang ni masalahnya bukan itu. Fikiran aku ni, otak aku ni pening. Lagu blog bukan main gedegang tukar lagu Move On konon bajet nak move on. Puii! Mulut cakap move on, hati kata tak boleh move on macam tu je. Haa! Mana satu kau nak dengar? Apa kau akan buat if kau kat tempat aku? Itu soalan aku.

This one guy tak boleh lupakan kau like really really tak boleh lupakan kau. Tapi kau yeah walaupun bukan mudah nak lupakan dia, tapi kau tahu yang kau boleh lupakan dia. Tapi lelaki ni tak boleh. Bila kau suruh cari pengganti, dia tak mahu. Dia nak tunggu kau. Sedangkan kau pun belum pasti adakah perasaan kau akan tetap sama terhadap dia kalau dia masih menunggu disitu. Tapi jawabnya dia tak peduli. Kalau nanti tak sayang, dia redha. Aku susah nak gambarkan kat sini.

Untuk kau yang aku maksudkan ini, aku tahu kau tahu ini kau kann? Ini memang kau. Aku nak kau tahu buat masa sekarang ni memang takda yang boleh gantikan kau. Aku masih lagi tersenyum bila teringat kenangan kenangan kita. Aku rindu kita yang dulu. Kita yang rapat dan gelak tak ingat dunia bila on call. Eh aku rindu kau yang ceria tu kau tahu. Aku masih menyebut nama kau tanpa jemu setiap hari. Aku masih bercerita mengenai kau pada kawan kawan aku. Takda yang seperti kau. Mungkin ada cuma aku je yang tak perasan? Entah.

Untuk orang yang bagi muffin chocolate buat berbuka tempoh hari, saya masih belum makan lagi benda tu walaupun awak pesan makan muffin tu dulu. Ada atas meja tu, sayang nak makan. Simpan je boleh takk? :)

Monday, January 9, 2012

Sayang.

Sayang je tak cukup. Kau nak bagi anak bini kau makan sayang kau tu ke kalau kahwin nanti? Kena berusaha jugak. Kalau kau betul sayangkan orang tu, kau kena tunjukkan kat dia. Tak semestinya kalau dia dah takda dengan kau, dah meninggal ke apa kau boleh buat apa yang kau suka. Contoh macam mak ayah kita, kalau mereka dah meninggal dunia, adakah kita boleh lupakan semua benda yang dia ajar kat kita? Tak kan. Mesti kita kena teruskan jugak apa yang dia ajar.

Same goes to this- kalau kau sayangkan seseorang tu means girlfie ke boyfie ke, korang mesti tunjuk yang korang boleh buat anything alone. Maksudnya bukan kalau korang dah clash tu, korang patah semangat. Yes! Everything takes time. Tak salah pun kalau benda tu semua perlukan masa yang sangat lama. Tak salah. Cuma jangan sebab sayang tu, satu benda tak jadi. Sebetulnya, kalau kita sayangkan orang tu, kita kena tunjuk yang kita boleh berjaya tanpa dia. Biar dia tengok, 'oh budak tu bagus sebab tanpa aku pun dia okay'. Tak pernah berhenti mencuba menjadi yang lebih baik kan? Buktikan ayat tu. Buktikan pada aku yang kau boleh. Aku cabar kau.

Friday, January 6, 2012

Setiap orang ada cerita masing masing. Ada kisah masing masing. Jangan fikir yang kau sorang je yang paling sedih paling susah paling miskin and what not lagi dalam dunia ni. No! Jangan fikir macamtu. Bersyukur dengan apa yang diberi. Aku cakap ni untuk diri aku jugak. Takda orang sebertuah kita dalam dunia ni. 

Satu cerita.

Malam semalam aku down gila. Gila gila punyalah. Aku tak tahu macammana nak describe semalam. Then ada satu peristiwa yang buatkan aku sedar yang ada lagi orang yang lebih rasa down daripada aku. Jangan kau fikir yang kau je dapat nasib yang paling buruk dalam dunia ni, Najah.


Its about my friend. Not to mention names, she's strong by judging on her outlook. Gelak sana sini, kepala otak macam aku gila gila. Tapi semalam bila aku menangis, dia tanya kenapa and pujuk supaya aku ceritakan kisah aku. Aku mulanya malu but then dia cakap 'At least kau boleh text dia'. Lalu aku tanyakan kenapa dia cakap macamtu. And she starts to share.


She's in relationship with this one boy and they are happy together. Tak pernah gaduh. But then mak lelaki ni tak suka and bla bla bla so diorang have to clash. Being a good obedient son, dia terpaksa ikut and my friends ni redha. Padahal diorang baru je in relationship bukan bertahun tahun pun.  Hobi boyfie dia ni dulu is make video. The video is super awesome GI-LA! Cair jadi ais batu kalau kau tengok. Sumpah aku menangis balik bila tengok video yang last lelaki tu bagi masa diorang berpisah. Serious sedih. Sweet gila. Dalam video tu dia cakap yang dia taknak my friend ni sedih and dia pesan suruh move on, cari lelaki yang lebih baik. Aku sebenarnya nak tunjukkan video tu kat sini biar korang percaya yang video cool gila tapi my friend tak kasi aku cerita kat orang lain, tulis kat blog nipun dia tak tahu. Lelaki tu tulis jugak yang dia nak my friend ni lupakan dia. And selepas itu, this boy deactivatekan segala social network dia. Facebook Twitter Tumblr Blogger. I asked her, 'Macammana kau boleh move on?' and she replied, 'Siapa kata aku move on?'. Yes bukan senang nak move on, bukan senang nak lupakan lupuskan kenangan seseorang yang dulu strangers tapi pernah jadi someone special dalam hidup kau. Tidak semudah itu.


Aku mula berfikir. Macammana aku kalau ditempat kawan aku tadi? Adakah aku akan boleh berlakon ceria dihadapan semua? Berpura pura bahagia? Berpura pura yang ini semua tidak menyakitkan aku walau sikit pun. Jawapannya, aku tak boleh. Aku baru sedar yang ada orang yang lebih teruk lagi kisahnya daripada aku. Sekurang kurangnya aku masih boleh tahu apa yang dia buat atau dia sihat ke tak. Kali ni, aku berjanji kat diri aku sendiri yang aku nak move on. Doakan aku semua (: