You are viewing Najah Nasrudin's blog. Born in '93. Currently persuing my bachelor in BBA(Hons) Finance. Sit back and relax. You're about to read Najah Nasrudin's life experiences. You can also find me here- www.nabilahnasrudin.tumblr.com

Friday, June 29, 2012

The most valueable thing that you bring along everywhere you go.

For BEL's class yesterday, our lecturer asked us to answer that question above. What is the most valuable thing that you bring along everywhere you go? Everyone came out with their own valuable things. Oh ya! We need to talk about the valueable thing infront of the class. Kira speaking practice but in informal way.

So Palie said his spec is the most valueable thing because without them, he can't see things or people clearly. Suha said her parent's photo is the most valueable thing as she keep the photo inside her purse. Nadia said her necklace given by her mum is the most valueable thing. Amirul said his purse. Adah said her dictionary. Che Dah said her money *Of course money is valueable to everyone. Hakim said his driving lisence. Fiezi said his watch. Daus said his pencilbox and so many more answer.

Me being silly said that my broadband is the most valueable thing I bring along everywhere I go. And my classmates- Atiqah. She cried when she talked about her most valueable thing. Its a gift from her bestfriend. I can tell its from her best best friend ever from the way she told us about it. Its a bracelet and she didn't even wear it(still in plastic)  but she bring that bracelet along wherever she go. 

Bila dia nangis tu, aku yang dengar pun naik touching dibuatnya. Rasa tersentuh gila weh. Because you'll never know how tiny things mean so big to anyone. Because you'll never know how much that person appreciate the thing you give them. You'll never know.

Macam bila crush kita text cakap 'Goodnight'. Perasaan happy time tu rasa macam nak bagitahu satu dunia yang crush kita text kita 'Goodnight'. And tak payah cakaplah bila nak delete text tu. Memang tak delete lah text yang satu tu. Samalah- that tiny little 'Goodnight' from your crush made your dreams. Yang crush tu pulak confirm confirm tak rasa apa. Bagi dia 'Alah wish 'Goodnight' je pun'.

Big or small doesn't matter. If it means something, it means something.


Saturday, June 23, 2012

Boleh tak kalau entri ni takda tajuk?

Pengalaman banyak mematang manusia. Benda yang berlaku disekeliling kita banyak mematangkan kita. Ada peristiwa yang bilamana kita takkan faham situasi tu kecuali kalau kita alami benda tu sendiri. Diam bukan bermakna kita lemah. Diam tak bermakna kita takut. Diam tak bermakna kita takda pendapat. Diam tak bermakna kita takda apa yang nak diutarakan.


Diam adalah salah satu peluang untuk kita belajar. Belajar macammana orang sekeliling kita bertindak. Belajar macammana hidup ni berjalan. Melihat dengan teliti apa yang berlaku disekeliling kita. 


Peluang dalam hidup takkan datang berkali-kali macam mat bangla yang jual roti tu hari hari lalu depan rumah kita. Sebab tu orang selalu kata, peluang jangan dilepaskan. Kena rebut peluang tu habis-habisan.


Macam naik komuter. Walaupun kau lambat hanya beberapa minit kalau train tu dah bergerak, kau tetap akan ditinggalkan. Walau kau berlari selaju manapun untuk kejar train tu, kau tetap takkan dapat naik. Walau kau dah beli tiket dan tiket tu boleh guna, tapi kalau kau tak sempat nak kejar train tu tetap juga kena tunggu train seterusnya.


Bila dah dapat naik train tu lagi satu hal. Semua orang nak selesa, semua orang nak duduk tapi belum tentu semua orang dapat apa yang dia nak. Ada yang kena berdiri, yang bernasib baik dapat duduk dengan selesa dalam train yang bergoyang-goyang tu. Bila dah sampai destinasi pun satu lagi hal. Kita kena merebut peluang yang ada tu untuk keluar. Pintu train tu bukannya akan terbuka selamanya. Tiba masa nanti pintu tu akan tertutup dan teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Masa nak turun tu pun kena hati-hati kerana manusia lain juga ada yang mahu turun. Manusia lain juga ingin merebut peluang yang sekejap itu. Manusia yang diluar pula ada yang baru ingin mulakan perjalanan mereka. Masing-masing baik yang didalam gerabak train mahupun diluar, dua dua pihak ingin merebut peluang. 


Itulah kehidupan. Rebut peluang yang ada sementara peluang itu masih ada. Kalau peluang tu dah takda, menangis airmata darah pun tak guna.


Aku pun tak tahu kenapa aku tulis mengenai ini. Random. Aku balik Klang semalam by train from KL Sentral to Shah Alam. Dari situ aku dapat inspirasi. Dari situ aku belajar sedikit sebanyak- merebut peluang yang ada depan mata. 

Saturday, June 16, 2012

I'm insecure. Don't know what for.

Pernah tak kalian rasa insecure? Insecure ni selalu specific untuk perempuan je, selalunya lah. Kalau lelaki insecure kejadahnya macam gay je lelaki nak rasa insecure kan. Haha insecure tu bagi mereka yang tak tahu adalah perasaan bila kita tengok perempuan cantik terus rasa diri ni tak cantik. Macam rendah diri pasal benda yang kita takda. Bukan cantik sahaja, semua benda ah. Terpulang pada situasi.


Malam ni perasaan insecure aku datang tak dijemput, datang tak diundang. Aku paling benci bila insecure aku datang, rasa nak menangis tahu? Aku rasa insecure sebab entah. Susah nak ungkapkan, susah nak coret kat sini. Pernah rasa satu bilik dengan orang yang in relationship with someone and you alone kat situ single?


Bukan single itu yang jadi masalahnya, masalah timbul bila aku rasa insecure masing-masing berborak on the phone dengan boyfie masing-masing dan aku duduk disini menghadap lappy layan twitter. Berita baiknya, aku dengar apa yang mereka bualkan. Those sweet lovey dovey talk =,= Its not that I'm jealous ya. Tidak sama sekali. 


Cuma bila berada di situasi itu, aku rasa loser serta-merta. Aku rasa macam takda orang sayang aku. Aku rasa macam apsal aku tak on the phone dengan boyfie aku. Aku rasa insecure lah insecure. Lagipun my bestfriends 2 orang tu jauh dari Melaka. So takda orang yang nak comfort aku. This is sad mayn.


Jujur aku memang suka dapat satu bilik dengan Ekin, Mimi and Iffa. Aku tiada masalah tentang tu. Tapi sebelum masuk sini, aku dah mohon kepada Allah semoga aku tak dapat satu bilik dengan orang yang in relationship. Bukan apa, inilah masalahnya. Aku taknak insecure aku datang menakluk fikiran. 


Sekarang insecure dah takluki fikiran aku. Aku rasa sedih sangat. Rasa sunyi sangat. Rasa alone sangat. Rasa nak tidur. Biar semua benda tu hilang and esok mula hari baru. Kak Eppa kata 'Insecure is a normal feeling' so yeah have to deal with it sampai aku tak rasa insecure dah. NO SHORTCUT!

Thursday, June 14, 2012

Hi Lendu.

Saya sudah dengan selamatnya sampai di Lendu pada hari Ahad yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa-doa saya. Dan barang saya tertinggal!!!! Black Forest yang letak dalam peti ais tu boleh tertinggal pulak. Dah halfway baru sedar yang BF tertinggal. Me so sad :/ Tapi dah pesan kat Wawa, balik rumah terus ambil and sorokkan sampai aku balik rumah.


Esok Jumaat bermakna minggu pertama sesi pembelajaran Part 2 hampir tamat. So far, semua class berjalan lancar. Maklumlah semua baru first class jadi semua intro sahaja. Takdalah masuk part yang heavy lagi. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar ye? Semoga Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana memakbulkan doaku. ALHAMDULILLAH! :)


 Black Forest yang tertinggal dalam peti ais. Tinggal gambar je sebagai tatapan kala rindu.

 Untuk yang tidak jelas biar saya beritahu. Saya dapat satu bilik dengan Ekin kesayanganku dan Mimi. Yes tak percaya kan?

ECO, FAR, BEL, QMT, CTU, MGT please be nice to me? Klang tunggu aku pulang.


Oh ya, mohon kepada semua siswa siswi yang ada kereta sila beli makanan kat luar ye. Budak Part 1 kuat makan jadi dewan makan semua penuh. Siapa yang ada kereta beli makanan kat luar and budak Part 1 beli makanan kat Temenggung je. HAHA mudah sikit aku nak beli makanan. 

Saturday, June 9, 2012

Saya balik London Ahad pagi :/


Jadi mungkin ini adalah entri terakhir sebelum diri ini berjuang di Lendu aka London. Plan gerak dari Klang ahad pagi lepas subuh or maybe pukul 7++ mcmtu. Beg tak kemas satu hapa lagi ni. Alaaa taknak balik Lendu :/ Going to miss my family, siblings, my bestfriends, Natra, Danish, masakan Umi, lepak dengan Lisa. Ahh confirm rindu semua lah.

Lepasni dah tak boleh tidur lambat dah. Tidur awal and bangun awal. Masa untuk bersuka-ria, berjimba-jimba dah tamat! Alhamdulillah, plan cuti sem banyak yang tercapai. Dapat jumpa Laili, Fieqa, Ekin, Rafaa and Diela toksah cerita kalau boleh nak jumpa hari-hari. Hihi jumpa lagi 4 bulan ya? (:

Selamat Datang, Lendu. Aku datang untuk menyambung perjuangan. Allah, bantu aku ya.

Thursday, June 7, 2012

Nampaknya panggilan balik Lendu dah sampai.

Yeah lepas cuti sem 2 bulan yang saya tidak buat apa apa dirumah kecuali makan dan tidur, tibalah masanya untuk kembali berjuang, kembali memerah otak untuk jumpa nombor dan lebih banyak nombor, kembali bangun pagi, kembali belajar, kembali berpanas di Lendu dan segala yang lain yang perlu dikembalikan. Haha


Balik Lendu hari Ahad pagi but I think by now aku dah patut kemas barang sikit-sikit kot. Tapi tidakk! Aku hanya akan pack barang on Friday. Enjoy the moment kat rumah dulu. Kadang rasa tak sabar nak balik Lendu sebab nak mulakan hidup baru, hidup berjadual, hidup bangun pagi pergi class, hidup tak cukup tidur, hidup buat assignments. Tapi kadang rasa macam taknak balik pulak :/


Eh lemak pulak kau ni Najah. Dah bagi 2 bulan cukuplah tu. Now masa untuk buckle up and starts to focus! Buat rakan seperjuangan aka classmates ku sekalian, aku rindu kalian. Kita jumpa Isnin nanti ye? Welcome to AC1102D classmates :)

Tuesday, June 5, 2012

L O V E (31)

'Cinta itu suatu benda yang pelik. Ia berupaya membuatkan orang yang paling lemah menjadi kuat dan orang yang paling kuat menjadi lemah'- Tumblr.

Monday, June 4, 2012

L O V E (30)

'Cinta itu buta. Lelaki perempuan dua-dua buta. Ada faham?'- Asyikin Hanafi aka roomates THS 010.

Yang mengejutkan.

Bila orang yang tidak disangka-sangka macam Yasmin tu pergi meninggalkan kita (meninggal dunia), aku terus terfikir kalaulah orang yang rapat dengan aku yang pergi tinggalkan aku dan dunia.


Kalau kawan rapat takpe jugak yelah dah memang ajal dia. Tapi kalau orang yang kita tak sempat nak minta maaf atas semua salah kita? Orang yang sebelum ni tahu semuanya pasal kita tiba-tiba jadi strangers dengan kita. 


Kita tak tahu apa jadi kat dia sebab dulu hari-hari text tapi sekarang tak. Kalau orang tu yang pergi macammana? Memikirkan itu, aku terus capai handphone dan mula menaip.


'Awak okay?' 4/6/2012: 0413AM

Sunday, June 3, 2012

Pictures (4)




 Budak Danial ni memang nak kena kutip ni =,=

 Haa apehal tu Danial? Sampai macamtu sekali muka. hahahaha


 Okay semua nak masuk gambar ni kan? Masuk masuk! Danial champion ye xD

 Sila fokus kepada Danish!


Done! Edisi terakhir gambar pergi PD haritu. Lepasni dah takda dah gambar vain macam ni semua. Haha maaf ye kalau kalian jemu.

Kenduri.

Tadi ada kenduri and walid yang mengetuai bacaan tahlil. Oh saya nak suami macam walid yang boleh jadi ketua baca doa kalau ada kenduri arwah ke apa. I am so glad to be his daughter. I love you, Lid :)


Macam biasalah kerja anak dara seperti aku, hahahaha tangkap gambar lah kita!








 Tokma.

 Pak Ustaz kita untuk malam ni.

Darwis merajuk. Kakak taknak tangkap gambar dengan dia, itu yang bila tangkap gambar pun buat pose begini.

Oh lupa tadi masa makan lepas kenduri tu ada orang tanya kat walid. 'Eh bila nak bermenantu?' Walid relax je boleh jawab 'Tak tahu dia'. Heh padahal walid yang tak kasi saya bercinta.

Saturday, June 2, 2012

Tak sangka.

'Jadi imam pun tergagap-gagap, ada hati nak bini pandai masak?'


Sebetulnya, first sekali aku baca ayat ni dari facebook Firdaus Salehan. Aku sangat tertarik dengan kebenaran dan logik ayat ini lalu aku tweet ayat ni sambil memberi credit kepada abang Firdaus ni. Tapi tadi masa tengah online twitter, ada sorang budak ni bagi link blog dia.


Aku saja je ringankan tangan pergi jenguk blog budak ni. Dia ada kongsikan sebuah kisah islamik. Kisah pasal perempuan alim kahwin dengan lelaki yang minum arak, kaki perempuan dan sebagainya. Tapi at the end, lelaki ni berubah jugak jadi suami yang soleh.


Nak dijadikan cerita, rupanya ayat diatas diambil dari cerita islamik ni. Bila aku baca cerita tu keseluruhannya, Firdaus ambil ayat ni dari cerita itu. Tak sangka Firdaus juga turut membaca kisah itu :') Tak sangka.

Friday, June 1, 2012

Umi kata hidup kita ni bukan sentiasa menongkah langit.

Faham tak maksudnya? Sebab mula-mula aku dengar pun aku tak mengerti maksudnya. Maksudnya kita hidup kat dunia ni bukan sentiasa tengok langit je kerjanya. Ada masa kena pandang jeling apa yang ada kat bawah ni jugak. Erti kata lain yang mudah, hidup ni umpama roda. Kadang kita kena lenyek kat bawah kadang kita bersenang lenang kat atas.


Apabila difikirkan balik, apa maksud sempurna bagi kalian? Setiap individu berbeza pandangan dan pengertian mereka tentang 'sempurna'. Tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni. Kalau kita tengok orang tu dari pandangan mata kita sempurna pasti ada juga yang tak kena. Kalian cari sendiri apa maksud sempurna bagi kalian ya.


Soalan seterusnya, pentingkah sempurna itu? Ada yang kata cantik itu sempurna. Lalu bergunakah cantik itu kalau empunya diri tak berbudi bahasa? Lalu bergunakah cantik itu kalau empunya diri badannya berbau hapak tak gosok gigi? Lalu bergunakah cantik itu kalau hatinya busuk? Lalu bergunakah cantik itu kalau empunya diri asyik kerja nak dengki kat orang, tak senang duduk dengan kehidupan orang lain?


Ada yang kata pandai itu sempurna. Bergunakah pandai itu kalau empunya diri tak reti nak guna kepandaian kearah kebaikan? Bergunakah pandai itu kalau empunya diri semata-mata nak berlagak dengan kepandaian yang ada? Bergunakah pandai itu kalau empunya diri hanya akan gunakan kepandaian itu sebagai lesen untuk mengutuk dan memandang rendah pada orang lain?


Ada yang kata kaya itu sempurna. Bergunakah kaya itu kalau empunya diri tak tenang hidupnya? Bergunakah kaya itu kalau empunya diri tak lena tidurnya? Bergunakah kaya itu kalau empunya diri tak reti guna sebaiknya? 


Ada yang kata beragama itu sempurna. Mohon fahamkan apa yang aku maksudkan disini. ISLAM ITU SEMPURNA tapi beragama belum tentu sempurna.  Bergunakah beragama itu kalau empunya diri tak praktikkaannya? Bergunakah beragama tu kalau empunya diri tak hormat orang sekeliling, tak hormat orang tua? Bergunakah beragama itu kalau empunya diri taknak bantu sesama manusia?


Mereka yang menghafal satu Al-Quran itupun kalau tidak menggunakan hafalan mereka sebaiknya, depan pintu syurga nanti ditahan dan disoal lagi. 


Sampai satu tahap, kita akan berdepan dengan situasi ini. 'Lebih baik aku jumpa perempuan yang hodoh asalkan hatinya baik'. 'Lebih baik aku berurusan dengan orang yang sederhana IQnya daripada berurusan dengan orang pandai tapi tak reti nak jaga budi bahasa'. 'Lebih baik aku miskin asalkan hidup aku aman bahagia, tidur aku lena'. 'Lebih baik aku tahu sikit dan beramal dengannya daripada aku hafal satu Al-Quran tapi tak beramal dengannya'.


Teringat satu insiden. Si A bertanyakan sesuatu kepada Si B. B ni budak pandai sangat. Lalu B menjawab 'Kalau kau nak tanya, kau kena pronounce dalam English. Aku tak retilah bahasa melayu ni'.


Ingat, dalam kubur nanti 'Marabbuka' jugak yang disoal. Time tu kau nak cakap apa kat malaikat? 'Eh aku tak faham lah bahasa arab, kau kena translate english dulu baru aku faham'. Macamtu?

Tadi pergi rumah Mak Teh, ada kenduri. Cut the story short, aku jumpa Yong. How nak explain the relation eh? Err saudara mara walid jugak. Haa Yong ni mak saudara aku. Tapi bukan mak saudara yang macam uda, mak lang tu semua. Bukan bukan sebab Yong ni dah tua dah. Pangkat nenek macamtu lebih kurang. But I used to called her as Yong. 


Actually Yong ni sakit. Idk dia sakit apa sebenarnya sebab time aku sekolah lagi, dia memang dah sakit. Macam macam sakit rasanya. Kencing manis darah tinggi and now mata dia dah tak berfungsi. Maksudnya dia memang dah tak nampak apa-apa. Tapi tadi tanya umi, umi kata Yong boleh nampak tapi samar samar je.


Nak jalan pergi mana mana pun, akan ada orang yang pimpinkan. Tadi aku nampak anak dia pimpin dia pergi makan. Terus terlintas kat kepala otak macammana kalau aku yang tak nampak? Macammana kalau aku yang tak boleh melihat? Bayangkan situasi itu saja sudah membuatkan aku takut. 


Masa nak balik, aku pergi salam tangan Yong. Macam aku cakap dia tidak boleh melihat jadi aku ajak umi temankan aku salam dia. Tapi umi taknak lalu mak teh yang bawak aku pergi pada Yong. 'Ni haa anak Din nak balik, dia nak salam kau tapi takut kau tak kenal dia', kata mak teh pada awal bicara. Yong tanya 'Mana dia?' sambil meraba-raba ruang kat depan mata dia.


Lalu aku sambut tangan dia untuk salam tapi dia tarik aku dan cium pipi aku kiri kanan. Ternyata dia masih ingat aku :') 'Yong dah lama nak jumpa Nabilah, nak tengok Nabilah. Yong asyik teringat je kat Nabilah. Jumpa jugak harini. Mesti dah cantik dah sekarang' sambil cium peluk-peluk aku tu dia cakap macamni. Dia tanya belajar kat mana sekarang dan dia sempat pesan 'Belajar elok-elok. Belajar rajin-rajin. Jangan cari pakwe lagi sekarang ni. Belajar dulu'


Tak sangka aku yang dia masih ingat aku. Maklumlah orang tua jadi aku tak mengharap sangat kalau dia tak kenal aku punn. Tapi ternyata dia ingat :') Sebelum pergi, aku usap bahu dia sambil pesan 'Yong jaga diri tau?'. Semoga Allah memberkatinya. Aminn.