Entri ni nak cerita pasal Ekin so yang bukan Ekin tu tak payah bacalah. Sebab entri ni panjang nanti kalian bosan pulak. Tapi kalau rela nak luangkan masa bersama saya, silalah baca tiada masalah :)
Ini masa pergi Tesco and Jusco Bandar Melaka.
Ini hasil karya Ekin. Roti sebenarnya ni tapi si kreatif ni pergi conteng sampai macamni. Haha
Ini masa melarikan diri from program apa entah kat Tun Hasan. Balik Klang terus wehh! xD
Ini nota FAR yang Ekin buatkan untuk aku. Dia tulis satu-satu and compile dalam ni. Sweet kan? Nota ni membantu sangat! Thank you Ekin :)
Tadi, hari Sabtu to be exact pergi bertemu yang dirindui roomates kesayangan aku, Ekin. Dah plan lama nak jumpa tapi asyik ada hal je so tadi adalah masa yang sesuai. Tapi dapat jumpa sekejap je since Shah Alam jauh, jumpa pulak kat McD Seksyen 3 so walid hantar and diorang pergi makan kat mana entah and terus ambil aku kat situ balik.
Bercerita mengenai dia, inilah roomates aku. Ini baru roomates aku! Yang selama ni cerita tu bukan, itu semuanya kawan kat Lendu. Tapi ini adalah orang yang satu bilik, satu katil, satu bantal dengan aku. Ceh poyo! Satu bilik je. Dia ni macam aku sikit. Sikit jelah. Kitorang ada persamaan dalam certain perkara.
Masa mula-mula kenal dia ni, aku sampai bilik dulu so aku berpeluang pilih katil mana yang aku nak. Then bila dia sampai, mak dia masuk bilik dulu. Dia kat kereta nak turunkan barang ke apa entah. Umi aku berborak dengan mak dia and from her mom, I know yang dia from Shah Alam and dia course sama dengan aku.
Happy gila kot. Aku dah 'Yess! Yess!' masa dengar mak dia cakap tu. Sebab fikir nanti boleh balik Klang dengan dia. Memang selalu balik Klang dengan dia pun, turun kat Shah Alam. Adik-beradik dia 6 jugak tapi bad news dia bukan anak sulung lah. Dia ni indiependent gila :O Aku ingat lagi masa first time umi call lepas masuk Lendu, aku nangis kot lepas habis cakap tu. Tapi dia relax je kemas baju macam takda apa berlaku.
Oh well untuk budak yang tak pernah duduk asrama macam aku, this is a very big deal since itulah first time aku berenggang dengan family aku. Walaupun aku anak sulung, bila orang tengok muka aku ramai yang tak percaya. Semua ingat aku anak bongsu. Muka anak manja habis ah wa cakap lu. Kat sekolah dulu pun orang cakap ingatkan aku anak last padahal Kak Long ni :p
So aku tanya Ekin lepas habis cakap dengan umi tu. 'Kau tak sedih ke bila tinggal kat sini?'. Dia jawab 'Aku dah biasalah. Aku duduk asrama since form 1' so aku pun macam okay aku sorang je yang rasa macamni. Tak survival langsung =,= Masa MDS, aku dengan Ekin macam kembar. Ke hulu ke hilir dengan dia je seorang, jadi rapat sebab aku memang tak kenal sesiapa kat sana dan dia pun sama. So kitorang saling memerlukan. Haha tak blah
Ekin ni adalah orang yang paling jarang teman aku pergi toilet kalau malam-malam. Boleh dikira pakai jari je berapa kali dia teman. Sebab aku ni hanya adik yang manja kepada Mimi and Nana sahaja. Ekin tak, dia garang. Haha dia ni jenis jiwa kental. Dia pernah cerita dia balik from asrama kat Melaka turun somehwere kat KL tapi boleh je sampai depan pintu rumah. Kalau aku memang aku call umi suruh datang amik kat KL, memang takda maknanyalah aku nak naik bas sendiri. Fuhh takkan. Survival Ekin ni
Kiranya mak ayah dia tak payah bimbang sangat sebab dia memang pandai nak hidup tak susahkan orang. Ekin jugak buatkan aku nota FAR. Dia tulis lawa-lawa, guna macam macam warna nak buat nota tu. Konon taknak kasi aku mengantuk lah tengok colourful macamtu. Hihi dia jugak banyak tahu pasal aku dengan Frd. Dia peminat number 1 Frd sebenarnya. Suka benar tengok muka Frd. Masa dengar suara Frd bila aku buat loudspeaker bukan main happy lagi dapat dengar suara mamat tu. Haha
Pernah sekali tu aku bagitahu dia, 'Ekin, aku dah taknak contact Frd lagi. Dia ada text pagi tadi tapi aku tak reply pun'. She replied, 'Kenapa kau taknak contact dia lagi? Kau kejam Najah. Kau kejam!' Hahahahaha gila sungguh. Aku sayang dia ni *Ekin maksud aku. Ada pernah sekali tu cerita pasal family, amik kau Ekin menangis. Tak pernah pernah aku tengok dia menangis :O Dia ni kuat, kalau sedih ke menangis ke dia simpan sorang sorang. Bukan senang nak tengok dia menangis.
Persamaan kitorang yang lain ialah aku dengan Ekin tak mudah menangis. Unlike Mimi and kembar, kalau UiTM pasang je video pasal mak ayah plus lagu background ayah dan ibu by Sudirman tu, memang diorang dah meleleh. Aku dengan Ekin tak. Masa kat Kem Puteri Solehah, penceramah tu kerjanya nak bagi kitorang nangis je =,= Cakap macam-macam pasal mak ayah. Its not that aku tak hargai mak ayah aku cuma aku tak nangis dengan cara macamtu. Last sekali bila tengok, Mimi dengan kembar dah lap air mata bagai nak rak. Aku dengan Ekin relax je gelak gelak senyap kat belakang situ. Harharhar
Dengan Ekin selalu sangat borak dengan dia dalam bilik. Aku selalu kacau dia kalau dia tengah buat kerja. Dia elok-elok buat kerja, aku pergi tarik kertas dia lah apa lah. Tadi masa jumpa sekejap tu, balik dia tweet- banyak benda nak cerita tapi bila jumpa depan depan, gugup pulak nak cakap. Haha apehal lah tu.
Untuk Ekin, aku sayang kau! Terima kasih jadi roomates aku walaupun kau jarang teman aku pergi tandas kan =,= Jangan lupa dinner date kita 10hb Jun kat Lendu naaa. Kau kuat jadi jangan biar benda kecil macam hal yang kita bincang tadi rosakkan kau. K aku faham, benda tu tak kecil bagi kau. Anyways, good luck in your life and ajak aku kalau nak jumpa si polan tu nanti :D